59 - Jangan balik Lusia

13.7K 776 16
                                    

Syariff dan Laksamana Amar Bakti tetap bertolak ke lapangan terbang tengah hari itu juga. "Syariff uruskan lah apa yang patut dekat Lusia , mama dan papa ada untuk jaga Lia." kata Puteri Kasih.

Syariff mengangguk , dia tahu dengan adanya Sultan Amirullah sekeluarga , dia tak perlu risaukan perihal Adelia.

Hazreeq melihat abang ipar yang semua serba boleh but yang tak boleh blah semua tip top ! Kaw kaw kebaboom !

"Apa je yang abang tak boleh buat huh !? Haz tengok semua abang boleh buat." soal Hazreeq dengan kagum pada Syariff. Tergelak Syariff dibuatnya.

"Beranak. Confirm." jawab Syariff. Tersedak Hazreeq mendengar jawapan Syariff. Dia tak sangka yang lelaki itu akan berikan jawapan beranak.

Adelia tersenyum kecil mendengar jawapan Syariff. Dia memandang ke arah Syariff. "Take care." bisiknya.

Syariff mengangguk sebelum memeluk erat Adelia. Masing-masing tengah beremosi nak pula sejak Adelia mengandung masing-masing emosi tak stabil. "Bukan suami kamu nak pergi berperang physically pun Lia." tegur Sultan Amirullah.

Semua memandang ke arah Sultan dengan muka masam. Bagi can lah mereka nak ber-sweet ! Syariff merenggangkan pelukan mereka. Mereka bersalaman dan dia mencium lembut dahi Adelia.

Syariff menoleh ke arah Vince. Dia memberi pandangan serius. "Jaga Adelia." pesannya.

"Baik , tuan."

Hazreeq memandang Syariff dengan penuh mengharap. Dia sebenarnya nak cuba sangat try uncode new security system Lusia walaupun dia tahu sebenarnya salah dan apa mereka buat tadi pun salah sebenarnya serta dia boleh nampak yang abang ipar dia salah guna kuasa tadi.

"Haz , this time bukan system security Lusia or any other country but abang cipta sendiri and name it uncode game khas untuk Haz. Click link yang abang send kat email. Good luck." kata Syariff. Terus bersinar anak mata Hazreeq. Bila masa abang ipar dia ada masa untuk ciptakan game khas untuk dia !

"You are the best brother - in - law in the world. Incredible super amazing cool and awesome brother in law ever !" puji Hazreeq dengan bersungguh-sungguh.

Sultan Amirullah menjeling ke arah cucu-cucunya. Hazreeq yang tersedar akan kesilapannya hanya menayang gigi tanda tak bersalah. "Bahasa Jiwa Bangsa." tegur Sultan Amirullah.

"Baik , nenda." balas Hazreeq. Terus dia cuba bawa bertenang. Teruja gila wey !

"Syariff gerak dulu." kata Syariff bersama senyuman yang tidak lekang. Kelakar betul adik iparnya yang seorang ni.

Dua beranak itu mula bertolak pergi.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Adelia melepaskan keluhan berat apabila tiba waktu untuk dia tidur. Baru dia sedar yang setelah hampir 3 bulan lebih nikah , ini kali pertama mereka berpisah.

Telefon yang dipegangnya dibuka dan dimatikan semula. Tiada langsung panggilan daripada Syariff. Malaysia lambat dua jam dari Lusia. Dah pukul 10 means dah pukul 12 dekat sana.

"Takkan busy lagi ? Call laa call laa." bisik Adelia dalam hati.

Tidak lama selepas itu telefonnya berbunyi , panggilan daripada Syariff !

"Sayang.." panggil Syariff dari hujung sana.

"Tak tidur lagi ?" soal Adelia.

"Banyak kerja sikit. Lia kenapa tak tidur lagi ? Dah pukul 10 kan ? Awak tu pregnant , jangan tidur lambat sangat." pesan Syariff.

"Saya tunggu awak call." jujur Adelia.

Syariff tersenyum lebar mendengar kata-kata Adelia. Budak ni kan , kalau dah dekat depan aku ni memang peluk tak lepas !

"Awak ?" panggil Adelia.

"Syariff ?" panggil Adelia lagi.

"Haa.. Ya , saya ada je dekat sini." balas Syariff.

Kali ini Adelia pula senyap. "Sayang ? Kenapa ni ?" soal Syariff dengan risau. Dia mencapai tab peribadinya dan menekan sesuatu. Dia sebenarnya melihat cctv di bilik mereka tapi bukan cctv video jelas muka manusia sebaliknya hanya pergerakan haba di dalam bilik. Dia boleh nampak bayang manusia bewarna oren duduk di atas katil.

"Sayang , awak fikirkan apa ?" soal Syariff lagi. Lega hati dia melihat Adelia tidak apa-apa.

Tiba-tiba dia terdengar suara esakan kecil. "Adelia Humaira , awak menangis ?" soal Syariff dengan serius.

"Saya nak ikut awak boleh ?" soal Adelia dengan esakan yang tertahan.

"Kenapa ni ?" soal Syariff dengan risau. Dia dah bersedia untuk call Vince dan mengarahkan kundang itu tengok-tengokan Lia.

"Saya rindu." sekali lagi Syariff melepaskan hembusan lega. "Sayang , boleh tak awak jangan takutkan suami awak dekat sini ? Saya jauh daripada awak sekarang ni." tegur Syariff.

"Saya bukan nak takutkan awak tapi rindu." luah Adelia lagi.

"Sayang , saya ada benda nak beritahu awak ni." kata Syariff dengan serius. Terus berubah masam muka Adelia.

"Kalau tak ada benda awak nak bagitahu saya , awak memang takkan call saya kan  ?" soal Adelia dengan nada terasa.

"Saya tak balik esok. Saya akan stay sini seminggu." kata Syariff tanpa mempedulikan soalan Adelia tadi.

Adelia melepaskan keluhan panjang. Tiga bulan stay bersama , dia dah lupa perangai Syariff yang satu , call bila ada benda penting sahaja. Tak apalah , at least sekarang ni bila depan aku ada lah gaya EQ dia dah bertambah.

Apa guna ada IQ tinggi tapi EQ rendah. Adelia mengusap perutnya. "Baby , baby jangan jadi macam babah ya sayang anak mama. If IQ tinggi , EQ pun kena sama tinggi ya sayang." pesan Adelia atau lebih kepada memerli Syariff.

Syariff tidak pula terasa. Alahai isterinya yang sorang ni. Macam-macam ragamlah. "Sekejap je seminggu tu. Pejam celik pejam celik dah seminggu." pujuk Syariff.

"Saya nak balik Lusia boleh ?" soal Adelia.

"Kerja awak ?"

"Saya tolak. Saya nak jumpa awak." kata Adelia lagi.

"Tak menyesal ke nanti tolak ?" soal Syariff lagi. Adelia sudah mencebik.

"Bukan awak patut suka ke saya tolak. Alah , boleh lah , saya ikut awak. Saya tak boleh lah tidur bila awak tak ada dekat dengan saya. Baby pun rindu babah." pujuk Adelia.

Tergelak Syariff mendengar alasan Adelia. "Baby 6 weeks pun dah pandai bercakap ke sayang oi ?" soal Syariff lagi.

"Alah , boleh lah wak. Saya nak ikut awak." pujuk Adelia lagi. "Okay , awak nak balik bila ?" soal Syariff.

"saya dah book tiket flight pagi ni. Saya akan sampai tengah hari nanti." balas Adelia.

"Sayang , habis family kita macam mana ?" soal Syariff.

"Saya tak bagitahu mereka lagi." jawab Adelia.

"No , cancel flight awak esok. Jangan balik Lusia." putus Syariff.

"Tapi.."

"Tak ada tapi-tapi."

"Alaa syariff."

"No."

"Alaaa sayang , saya nak balik." rengek Adelia.

"Tak payah."

Baru sahaja Adelia ingin merayu panggilan sudah ditamatkan oleh Syariff.
Terbeliak besar mata Adelia. Dia tak percaya Syariff buat dia macam ni.










×××

Peace.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now