22 - Selamat datang ke Malaysia

14.9K 874 23
                                    

"Tu bukan ke Fariz ?"

"Yelah , Fariz ! Apa dia buat dekat KLIA ??"

"Jom jom tanya dia , alang-alang mana tahu dia boleh bergambar dengan aku."

Fariz menantikan akan Adelia yang sudah berjanji untuk berjumpa di KLIA. Dia whatsapp Adelia untuk memberitahu yang dia menunggu Adelia tidak jauh dari pintu keluar antarabangsa.

"Fariz." tegur seseorang. Terkejut Fariz ketika dia menoleh ke arah suara itu. Sekumpulan wanita memandangnya sambil tersenyum. Dia membalas senyuman setiap peminatnya.

"Ya , saya."

"Betulah awak Fariz !? Ka..kami nak tangkap gambar boleh ?" soal salah seorang daripada mereka. Fariz tidak menolak , dia sama-sama mengambil gambar dengan kumpulan itu. Selesai sahaja bergambar , bertubi-tubi soalan diterima olehnya.

"Fariz buat apa dekat sini ?"

"Fariz nak keluar negara ke ? Ada shootimg ke ?"

"Shooting drama ke movie ?"

"Mana crew yang lain ?"

Fariz tersenyum ke arah mereka. "Banyak sangat soalan ni , mana satu saya nak jawab dulu ni ?" soal Fariz. Senyuman dia sahaja sudah mampu mencairkan hati kaum hawa. Terpegun mereka melihat senyuman Fariz.

"Fariz buat apa dekat sini ?"

"Saya tengah tunggu Adelia." kata Fariz. Semua peminat terkejut saat nama Adelia meniti di bibir Fariz.

"Adelia !? Pelakon baru tu ??? Berita panas sengsasi ni !!" kata salah seorang daripada mereka dengan tidak percaya. Fariz tergelak kecil melihat reaksi wajah mereka.

"Kami berdua kat sini sebab nak menjemput tertamu terhormat dari Lusia." terang Fariz.

"Owhhhh" balas mereka semua.

"Samalah dengan kita orang. Kita orang datang sini sebab nak sambut Putera Hazreeq Zaith !" kata salah seorang daripada mereka. "Patutlah ramai orang kat KLIA" balas Fariz.

"Fariz !!"

Mereka semua menoleh ke arah suara itu. Adelia dengan dress bunga pink paras lututnya berlari anak mendapatkan Fariz yang dikelilingi oleh peminatnya.

"Adelia." sahut Fariz, terpegun dia melihat Adelia manakala Adelia terkejut melihat perempuan - perempuan yang ada di sekeliling Fariz.

"Girlfriend Fariz ke ?" soal Adelia pada salah seorang daripada mereka. Hakikatnya dia tahu mereka adalah peminat Fariz.

Merah pipi perempuan yang ditanya oleh Adelia. "Mana ada , saya peminat dia lah !" kata perempuan tu pada Adelia. Dia tersenyum malu ke arah Fariz.

Adelia menjeling ke arah Fariz sebelum memandang semula ke arah peminat tadi.

"Samalah tu , peminat perempuan , girlfriends Fariz laaa.. Kan Fariz ? Kau cakap girlfriends kau adalah peminat kau." kata Adelia dengan nada mengusik , dia sempat menyiku perut Fariz.

Terus semua peminat Fariz bersorak suka. "Sweet-nya Fariz !" puji salah seorang peminat lelaki itu. Adelia mengangkat kening ke arah Fariz dengan muka bangga. Pandai tak aku takcle hati peminat kau ? Bisik Adelia dalam hati.

Fariz hanya tersenyum malu. "Okay lah semua , kami minta diri dulu. Jom , Adelia." ajak Fariz.

"Jom. Bye , semua ! Jaga diri." pesan Adelia sebelum berlalu pergi.

"Adelia tu selamba gila weyh !"

"Dia  tak sombong pun , siapa kata Adelia sombong ? Okay je tadi aku tengok dia."

Adelia HumairaOnde histórias criam vida. Descubra agora