61 - Anak babah

15.6K 769 10
                                    

6 bulan berlalu..

Syariff melihat jam digital di dalam kereta , jam menunjuk pukul 1 pagi. Dia melepaskan keluhan berat , sekali lagi dia tidak dapat tunaikan permintaan Adelia untuk dia balik kerja awal. Sejak dua menjak ni , dia ada banyak kerja di lab lagi-lagi bila dia memang dah bawa segala kerjanya di pulau Khazanah ke Malaysia gara-gara tak nak berpisah dengan Adelia.

Syariff tidak terus melangkah masuk ke dalam bilik mereka , sebaliknya dia masuk ke dalam bilik tetamu untuk membersihkan diri terlebih dahulu sebelum masuk ke dalam bilik tidur mereka. Apabila dia masuk ke dalam bilik mereka , Syariff masuk macam dia pencuri , sehabis mungkin dia berhati-hati untuk tidak buat bunyi bising.

Sebaik sahaja dia baring di atas katil , Adelia yang baring membelakanginya mula mengubah posisi menghadapnya. Tersenyum dia melihat habit isterinya yang satu itu. Dia melihat perut Adelia yang jelas besarnya macam tak percaya tu 7 bulan. Ibu bapa mereka berdua kata maybe anak mereka berdua lelaki tetapi walauapapun jantina anak mereka , mereka tak kisah. Asalkan baby mama and babah sihat , itu sahaja doa mereka.

Syariff menyusupkan lengannya di bawah kepala Adelia agar isterinya baring beralaskan lengan dia. Perlahan-lahan dia semakin rapat dengan Adelia dan berhati membawa Adelia ke dalam pelukannya, Sesekali dia mengusap perut Adelia. "Anak babah nakal tak malam ni ?" bisik Syariff dekat dengan perut Adelia. Saat dia menyentuh perut Adelia , dia boleh rasakan pergerakan kecil.

"Anak babah tak tidur lagi !? Nakal erh anak babah ni. Tidur lambat pula dia ya.." kata Syariff bersama senyuman yang tidak lengkang. Makin lebar senyumannya saat merasakan pergerakan anaknya sekali lagi.

"Tidur ya baby , jangan kacau mama nak tidur." tegur Syariff dengan lembut. Sekali lagi dia dapat rasakan tendangan di perut Adelia. "Boleh tahan nakal jugak erh anak aku yang sorang ni." bisik Syariff dalam hati. Dia mengusap lembut perut Adelia sebelum terlelap.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Syariff terjaga daripada lenanya saat terasa seperti seseorang menampar lembut pipinya. "Hey , dah bangun ?" soal Syariff dengan suara serak basah.

"Awak balik pukul berapa semalam ?" soal Adelia , soalan Syariff tadi rasanya macam tak payah jawab kut. Syariff tidak segera menjawab sebaliknya dia menarik Adelia ke dalam pelukannya , bau tubuh Adelia membuatkan dia tenang , dia kembali memejamkan mata.

"Satu pagi." jawab Syariff dengan malas.

"Lambatnya balik."

"Saya kan nak cuti masa awak berpantang nanti so kena lah kerja kuat lebih sikit." terang Syariff tiba-tiba dia dapat rasakan tendangan dari perut Adelia. Terus terbuka luas matanya , dia memandang ke arah Adelia.

"Anak babah dah bangun lah." kata Syariff dengan teruja. Dia menyentuh dan mengusap lembut perut Adelia yang berbukit. Tergelak kecil Adelia menahan geli. "Sakit tak sayang ?" soal Syariff. Adelia menggeleng , matanya tak lari daripada memandang Syariff.

"Sayang hari ni kita keluar cari barang baby nak ? Sayang laratkan ?" ajak Syariff.

"Saya okay jer."

Seperti yang diajak oleh Syariff , mereka suami isteri bertolak ke pusat membeli belah apabila masa mula menginjak ke 12 tengah hari. Hari ini mereka berdua keluar berdua tanpa Haziq , Vince dan juga pemandu mereka.

"Cantiknya baju ni." puji Adelia, matanya tak lari daripada melihat baju - baju baby yang sudah terpampar di hadapannya.

"Cantik." balas Syariff.

Adelia memandang Syariff dengan muka sedih. Syariff memandang pelik ke arah Adelia yang buat muka.

"Kenapa ?"

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now