48 - otak drama Queen

15.4K 807 30
                                    

"Saya minta maaf abang Fazi , saya betul-betul ada masalah saya sendiri." kata Baiduri bersama linangan air mata. Muka takut-takutnya juga dipamerkan.

"Kalau awak ada masalah nak cuti , tak boleh bagitahu saya ke ? Siapa awak sampai boleh main pass pass kat crew kata nak cuti ? Dan siapa dorang untuk approvekan cuti awak ? " soal pengarah itu dengan serius.

Terdiam semua crew. Mereka semua langsung tidak tahu menahu yang Baiduri minta cuti pada mereka. Apa yang mereka tahu manager Baiduri kata , Baiduri ambil cuti maka mereka fikirkan yang Baiduri sudah maklumkan pada pengarah Fizi.

"Sa..saya.." Baiduri mengetap kuat giginya. Boleh pula mamat dia tanya aku , siapa aku !? Habis apasal Adelia boleh buat dia tak boleh buat !?

"Ni lah masalah artis baru , baru popular sikit dah naik kepala !" bising pengarah Fizi.

"Abang tak boleh macam ni. Ni tak adil." kata Baiduri.

"Apa yang tak adil !?" soal pengarah Fizi.

Semua orang yang melihat persengketaan mereka hanya mampu berdiam sahaja. Berani betul Baiduri menjawab setiap apa yang dimarahkan oleh pengarah.

"Kenapa Adel boleh cuti tanpa sebarang alasan tapi saya punya hal personal tak diterima ?" soal Baiduri dengan berani.

"Adel bagitahu saya sebab dia minta cuti dan dia bagitahu saya sebab kenapa semua ni secara tiba-tiba. Saya langsung tiada masalah untuk bagi dia cuti sebab saya tahu masalah dia tapi awak ? Lepas saya approve Adel punya cuti , awak pun lesap kan ?" soal pengarah Fizi.

"Saya minta maaf , bang." kata Baiduri lagi.

"Ni first and last warning. Sepatutnya bila awak mula kerja dengan saya awak patut tahu yang saya pantang betul artis hilang macam tu je." kata pengarah Fazi.

"Saya minta maaf semua." kata Baiduri berserta tangisan dan esakan. Pengarah Fazi rasa serba salah pula marah Baiduri. Teruk sangat ke dia marah ? Rasanya dia dah cuba kawal marah dia tadi.

Aida memimpin Baiduri ke khemah artis.  Dia juga memberikan tisu kepada Baiduri. Baiduri perasan akan beberapa crew yang berdiri tidak jauh darinya. Dia memberi isyarat kepada Aida.

Aida faham.

"Baiduri , kenapa you baik sangat !? Bagitahu jelah you cuti sebab atuk you jatuh sakit so you balik kampung." kata Aida dengan suara sedikit kuat.

"Shh , Aida , apa you buat ni , nanti orang dengar lah." kata Baiduri dengan riak serba salah.

"Apa salahnya if dorang dengar. You bukan buat salah pun." kata Aida lagi.

Beberapa crew yang terdengar terdiam. Mereka mula rasa kasihan pada Baiduri. Dan berita itu mula tersebar sekelip mata.

"Ish !!" Adelia terkejut melihat Ika yang tiba-tiba berdesis.

"Kau kenapa ?" soal Adelia. Ketika itu , semua crew dan artis sedang berehat selama sejam sebelum mula sambung pengambaran.

"Kau tahu tak, sekarang ni semua orang cakap si Bai tu like angel la apa semula." kata Ika dengan tidak puas hati.

"Apa nya yang like an angel ?" soal Adelia. Dia mula menyuapkan sesuap nasi ke dalam mulutnya. Baru tiga hari kembali ke dunia lakonan , semuanya sama seperti sebelum ini. Sentiasa tak pernah habis dengan drama.

"Orang kata si Baiduri tu cuti sebab jaga atuk dia. So orang sekarang ni be like , baiknya dia , dia mintak cuti sebab nak jaga atuk dia yang sakit but dia tak menunjuk pun yang dia cuti sebab nak jaga atuk dia. Aku annoyed gila tahu tak !" kata Ika.

"Kau ni apasal benci sangat si Baiduri tu ?" soal Adelia bersama tawa kecil.

"Dia tu busuk hati ! Aku tak suka dia , dah lah everyday dia jeling kau macam tengah tunggu nak jatuhkan kau je." kata Ika dengan geram.

"Dia nak jatuhkan aku ? Apasal pula ?" soal Adelia dengan tidak percaya.

"Apasal kau kata !? Kau artis popular kut. If dia boleh buat kat Malissa takkan lah kat kau dia tak boleh buatkan ?" soal Ika.

Makin kuat Adelia ketawa.

"Kau ni banyak sangat tengok drama erh ?" tegur Adelia.

"Aku serius lah wey ! Aku nampak dia duk jeling kau." kata Ika.

"Kau lupa ke siapa aku ?" soal Adelia sambil menjongketkan keningnya.

"Puteri diraja Lusia."

"Tahupun. So , kenapa aku kena takut. Berani ke dia nak cuba jatuhkan aku ?" soal Adelia. Terangguk-angguk Ika mendengar kata-kata Adelia.

"Betul juga. Lainlah kalau dia tak tahu yang kau ni puteri diraja tapi masalahnya , satu Malaysia kenal kau siapa kan ? Tak logik lah dia tak tahukan ?" soal Ika.

"Tahupun."

"Ika , Adelia." mereka berdua berpaling ke arah suara itu apabila nama mereka dipanggil.

Kelihatan Baiduri berdiri tidak jauh dari mereka bersama bungkusan makanan.

"Nak join semeja makan boleh ?" soal Baiduri.

"Boleh boleh." balas Adelia.

Ika tidak membalas , dia hanya berdiam diri sahaja.

"Macam mana keadaan atuk , Baiduri ?" soal Ika. Adelia menyepak kaki Ika tanda dia tak suka dengan soalan Ika.

Terhenti suapan Baiduri saat Ika mula bersuara. "Atuk dah meninggal..." Baiduri mula menangis.

"Sebenarnya , pagi tadi baru dapat berita yang dia sudah tak ada." kata Baiduri dalam tangisan.

Ika terkejut.

Adelia tidak membalas. Dia hanya diam dan perhati.

"Kenapa tak balik ?" soal Ika.

"Nanti abang Fazi marah." kata Baiduri.

Ika dan Adelia memandang antara satu sama lain. Ada yang tak kena.

"Adel , kau nak air tak ? Aku nak ambil air." soal Ika.

"Boleh juga." balas Adelia.

Sebaik sahaja Ika berlalu pergi , Adelia perhatikan Baiduri yang masih senyap di hadapannya.

Baiduri merenung lama gelang emas ditangnnya.

"Baiduri okay tak ?" soal Adelia.

"Gelang ni , atuk yang bagi. Dia bagi dari saya kecil lagi." kata Baiduri sambil mengusap gelang emas ditangannya.

"Owh." balas Adelia pendek.

"Adel , nah air kau." Ika menghulurkan sebotol air mineral. Dia perhatikan mereka berdua yang senyap tidak berkata apa.

Sorang sedang menangis.

Sorang lagi sedang makan tanpa pedulikan yang sedang menangis.

"Kenapa ni ?" soal Ika.

Baiduri mengesat air matanya. "Ika , Adel. Saya pergi dulu ya." kata Baiduri bersama senyuman kecil.

Sebaik sahaja Baiduri berlalu pergi , Ika memandang ke arah Adelia minta penerangan.

"Dia tetiba bercerita dengan aku tentang gelang arwah atuk dia bagi masa dia kecil." kata Adelia.

"Aku tak sedap hati lah Adel." kata Ika. Adelia faham kenapa. Dia juga dapat agak apa yang bakal Baiduri lakukan nanti.

"Aku rasa dia dengan kau share otak lah Ika." kata Adelia dengan bersahaja. "Berani kau samakan aku dengan minah tu !?" soal Ika dengan tidak puas hati.

"Yelah , dua-dua otak drama queen. Tak ada niat nak jadi penulis skrip ke ?" soal Adelia dengan muka seposen.

"Banyak lah kau !" balas Ika dengam geram.

Adelia tersenyum mengusik. Suka betul dapat buat Ika bengang.







×××

Selamat berpuasa ya semua.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now