"Kau jangan lama sangat dalam hutan. Sebaik sahaja matahari terbenam, kau dalam bahaya. Kalau pemilik kuasa cahaya pun tidak mampu menyelamatkan diri, apatah lagi kau. Ingat sikit, hutan tu bahaya. Makhluk dalam tu buas lagi-lagi raksasa hutan."

  Raksasa hutan ya? Ah, kemahirannya hanya cukup untuk membunuh makhluk pelik itu. Tiada masa dia mahu memburu raksasa hutan walaupun harga tanduknya sudah mencecah ribuan #!

  "GROAH!!" Raungan seekor raksasa menarik perhatian Rien.

  Dia mengukir senyuman. Seekor raksasa bersaiz dua kali ganda dirinya meraung sakit akibat panah cahaya tadi. Mahu melawan cahaya? Semestinya dia menang! Mahu guna panah kegelapan? Hei, mahu bunuh diri ke?

  Pedang dihunus ke hadapan. "Bangun sekarang, makhluk!"

  Raksasa itu meraung. Anak panah yang tercacak di tangannya dicabut pantas. Darah berwarna hitam mengalir deras. Raksasa itu mencapai sebilah parang lalu dilibas ke arah Rien.

  Rien memerhati raksasa itu. Dapat! Tidak sia-sia dia membaca buku tentang raksasa! Raksasa ini berada di tahap 1. Lemah sahaja tetapi ia kejam dan panas baran.

  Penglihatannya tidak berapa berguna kerana keadaan agak gelap, malahan matanya sangat sepet. Sekali pandang, nampak macam tiada mata! Hidungnya pula kecil sahaja. Agak mudah rasanya... Mungkin?

  Rien melompat tinggi di udara lalu pedangnya dilibas laju. Kakinya sempat mendarat ke atas salah satu dahan pokok. Dia melompat ke dahan pokok sebelah sambil menggunakan busur dan anak panahnya pula. Anak panah yang digunakan istimewa kerana mengandungi kuasa seperti kuasa elemen.

  "GROAHHHH!!" Raksasa itu mula mengamuk. Parangnya yang melekat elok di sebatang pokok diambil lalu dilibas tanpa arah. Semestinya kerana dia tidak tahu di mana Rien.

  Rien hanya 'bermain' di atas pokok memandangkan kawasan di bawah tidak selamat. Sedang dia bersedia mahu memanah, dia terasa ditolak lalu jatuh ke tanah. Bunyi dia terjatuh ke atas daun kering dan ranting kecil menarik perhatian raksasa itu.

  Rien cemas. Rupanya pendengaran raksasa ini sangat tajam! Busur disimpan lalu pedangnya diambil, melawan parang raksasa itu.

  Raksasa itu berlari ke arah Rien. Hidungnya bergerak-gerak. Sah!

  Rien berlari ke arah raksasa itu lalu menyelit di celah kaki raksasa itu yang terbuka luas. Dia melompat secara backflip dan mendarat dengan selamat di atas tubuh raksasa itu. Telinga raksasa itu dipotong bagai sedang mencantas pokok.

  Raksasa itu meringis kesakitan. Rien menyepak kepala raksasa itu lalu menikam belakangnya seraya melompat ke atas satu batu yang boleh tahan besar. Tiga anak panah dilepaskan sekaligus.

  Anak panah jenis api, cahaya dan racun itu tercacak elok di atas tubuh raksasa itu. Ia rebah dengan darahnya yang berbau busuk dan meloyakan tekak gadis itu.

  Rien membersihkan pakaiannya. Sedang dia mahu berjalan ke satu arah, dia diserang. Membulat matanya.

  Bunyi salakan menguasai hening di hutan. Rien diam. Dia cuba menajamkan pandangan dan pendengarannya. Bunyi tapak kaki sesuatu sedang menuju ke arahnya!

  Tali busur ditarik.

  Prak!

  Terkejut Rien apabila anak panahnya patah sebegitu sahaja. Hulu pedang yang tersarung di sisi dipegang. Busur di tangannya diletakkan di tempat asal.

  ZZAP!

  Bunyi besi bergesel dengan sesuatu membingitkan telinga Rien. Dia sedaya-upaya bertahan dengan pedangnya. Kepalanya diangkat, mahu memandang apa yang sedang dia lawan.

  Terkejut dirinya apabila melihat wajah seekor anjing yang hodoh. Separuh wajahnya bagaikan terbakar dan separuh lagi bagaikan disimbah asid. Matanya terbeliak dan lidahnya terjelir keluar. Tubuhnya seperti seekor kerbau bertubuh sasa. Kerbau itu berdiri. Tangannya tidak memegang senjata sebaliknya hanya mengeluarkan kuku tajamnya. Cukup tajam untuk memburaikan isi perut Rien.

  Disebabkan terkejut, tangannya mencapai satu anak panah lalu dicucuk ke perut raksasa anjing-kerbau itu. Ya, ia bertanduk juga.

  Aura gelap keluar dari luka tikaman itu. Ia menyebabkan Rien berkali ganda terkejut. Bagaimana dia boleh tersalah ambil?!

  Raksasa itu mengukir senyuman sinis. Anak panah dicabut selamba. Tubuhnya mula membesar sedikit. Kalau tadi saiznya setanding dengan saiz Rien, cuma besar sedikit. Kali ini, ia tiga kali ganda!

  Raksasa itu cuba mencakar Rien. Rien melompat lalu memusingkan tubuhnya sebanyak 180°. Eh eh, masa-masa ini jugalah dia mahu bergimnastik!

  Gerun Rien melihat tubuh raksasa itu. Pandangannya jatuh ke tubuh raksasa itu, mahu mencari kelemahan raksasa itu.

  Raksasa itu menyalak kuat. Beberapa pasang mata muncul dari dalam kegelapan. Rien yang tidak mahu membahayakan dirinya terus melepaskan empat anak panah berunsur cahaya ke langit. Terus berundur raksasa lain. Raksasa itu pula melindungi matanya dengan tangannya.

  Rien mengambil kesempatan dengan menghiris tubuh raksasa itu. Tiba-tiba dia ternampak sesuatu, seolah-olah sebutir permata di dahi raksasa itu. Tidak mahu membazir masa dengan busur, dia terus menikam permata itu. Raksasa itu memekik kuat sehingga hampir memekakkan telinga Rien.

  Ia bertukar kepada debu. Permata itu sahaja yang kekal. Ia terapung di hadapan Rien. Rien terdiam. Tidak mahu membahayakan diri, bilah pedangnya bersedia mahu menghapuskan permata itu.

  Namun, lain yang terjadi apabila permata itu melekat di bahagian hujung bilah pedang itu. Rien terdiam lagi. Dia berlari keluar dari kawasan itu, mendekati kudanya lalu memacu kudanya pergi. Pedang tadi tidak disimpan sebaliknya sekadar dipegang di sisi. Dia mahu bertanya kepada Dark Knight.












To be continued

Sorry for a boring and short chapters. Hiks

Haha Rys baru perasan actually Rys sedang membuang masa plus chapter. Soooo, ready for the serious chapters?

Insya Allah \( ̄▽ ̄;)/

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now