57 - Lusia dalam bahaya

Start from the beginning
                                    

"Kamu masak apa ?" soal Adelia.

"Nasi goreng , roti bakar dan scrambled eggs." jawab chef.

"Saya makan apa yang ada jelah." balas Adelia. Melihat Adelia yang tidak mengambil tempat di meja makan  sebaliknya di bar dapur , chef itu terus berlalu pergi untuk memberi ruang privasi kepada Adelia.

"Good morning kakakku yang tersayang. Sorang je ?" tegur Hazreeq yang baru masuk ke dalam dapur. "Abang Syariff mana ?" soal Hazreeq lagi.

Adelia yang baru sahaja habis makan memandang Hazreeq dengan muka poker-nya. "Nerd tu sibuk dengan kerja dia sampai lupa nak teruskan hidup." balas Adelia dengan malas.

Berkerut dahi Hazreeq mendengar jawapan kakaknya. Tiba-tiba seseorang meletakan laptop di hadapannya. Hazreeq menoleh ke arah Syariff yang baru sahaja tiba.

"Apa ni bang ?" soal Hazreeq.

"Try uncode security system ni" kata Syariff.

"Syariff , awal pagi awak dah suruh adik saya hadap laptop !? Tak cukup ke awak je hadap laptop dari malam sampai ke pagi ?" marah Adelia.

Hazreeq tidak pula menolak. Dia dengan terujanya mengambil tempat di bar tu dan mula merenggangkan urat-urat tangannya sebelum dia mula untuk menyahkodkan setiap satu security system.

Syariff memandang wajah masam Adelia. Dia mencium pipi Adelia sebelum mengambil pinggan di rak. "Now , bateri saya dah full." kata Syariff.

Adelia memandang Syariff dengan muka tak puas hati. Syariff yang sekarang sedang sedap bersarapan manakala adiknya pula yang dah jadi zombie. Sungguh tenang Syariff makan , naik meluat Adelia dibuatnya.

"Syariff awak boleh tak jangan hasut adik saya jadi zombie macam awak." kata Adelia dengan tidak puas hati.

"Zombie ? Saya baru ingat nak ajak dia bekerja dengan saya di PL. PL and Lusia perlukan seseorang macam Hazreeq." kata Syariff dengan bersungguh-sungguh.

Adelia tidak mempedulikan apa yang Syariff katakan. Dia menoleh ke arah Hazreeq.

"Ni berapa lama Haz nak hadap benda alah ni ?" soal Adelia pada adiknya.

"3 jam." jawab Syariff bagi pihak Hazreeq. Dia dah kira dah selepas lihat video rakaman security untuk kerja uncode yang Hazreeq lakukan untuk hack security system malam semalam. Tiada apa yang yang boleh dia fikirkan selain memuji kehebatan Hazreeq. Budak 18 tahun berjaya uncode security system Syariff Iman !

"Sayang , buatkan saya milo." pinta Syariff.

"Buat lah sendiri." balas Adelia.

Melihat Adelia yang masih marah dengan dia, cepat-cepat Syariff bangun dan memeluk tubuh Adelia. "Awak marah saya sebab saya ignore awak ke pagi tadi ?" soal Syariff dengan lembut.

"Lepaslah , dalam rumah ni bukan kita jer." tegur Adelia. Dia menolak tubuh Syariff agar jauh daripada tubuhnya. Hazreeq langsung tidak ambil peduli dengan apa yang berlaku di sekelilingnya. Tanganya laju menekan setiap papan kekunci laptop.

Adelia tidak sekali pun meninggalkan Hazreeq di dapur manakala Syariff macam chipsmore. Sekejap ada , sekejap hilang. Apabila sudah hampir 3 jam sejak Hazreeq mula uncode security system yang diberinya tadi , Syariff kembali semula ke dapur.

Dia menunggu Hazreeq untuk menyelesaikan security gate yang terakhir. "Abang , siap !" kata Hazreeq apabila dia berjaya uncode kesemua security system.

Syariff menepuk tangannya dengan bangga. Mata Hazreeq yang masih menatap paparan laptop terbeliak besar saat dia melihat apa yang mula terpampar.

"Tahniah , Putera Diraja Lusia berjaya memecah masuk security pertahanan negara Lusia." kata Syariff.

"Shit , no way !" pekik Hazreeq. Adelia tak faham apa yang berlaku memandang mereka dengan kerutan di dahi.

"Ni semua rahsia negara kita ?" soal Hazreeq. Syariff mengangguk. Dia kemudian mengeluarkan telefon miliknya yang sudah di silent-kan. Panggilan daripada bahagian pertahan negara Lusia. Sebenarnya daripada tadi lagi dia dapat panggilan daripada pihak sana tapi malas dia nak angkat kerana dia tahu kenapa mereka call.

"Entah berapa kali dah mereka call." kata Syariff bagaikan tiada masalah.

"Kenapa tentera Lusia call abang ?" soal Hazreeq lagi.

"Macam mana mereka tak call , ada orang berjaya menggodam sistem pertahanan negara. Segala perkara sulit Lusia ada dalam tu." balas Syariff selamba.

Tidak lama selepas itu ,  Laksamana Amar melangkah masuk ke dalam dapur.  "Syariff , bahagian IT call abah. Mereka kata mereka tak dapat berhubung dengan kamu." kata Laksamana Amar Bakti dengan serius.

Hazreeq dan Adelia sudah faham apa yang berlaku. Orang yang paling terkejut sudah tentulah Hazreeq. Siapa sangka abang ipar dia dengan beraninya membiarkan dia menggodam sistem negara !

"Ada orang berjaya pecah masuk ke sistem pertahan negara. Penggodam negara tak berjaya menghalang penggodam asing itu tadi. Kita kena gerak sekarang."

"Tak perlu , bah." Syariff menarik laptop dan bawa ke hadapannya. Dia menekan setiap papan kekunci dengan laju. Menaip setiap satu code membuatkan Hazreeq terpegun. Memang Syariff abang ipar paling terbaik dalam dunia.

"Kenapa pula tak perlu ? Lusia dalam bahaya." kata Laksama Amar Bakti. Dia kemudian terdiam sebelum memandang kosong ke arah laptop yang terdapat di hadapannya.

"Anak tak guna !" Dia menyekeh kuat kepala Syariff. Terkejut Adelia dan Hazreeq. Mereka berdua langsung tak jangkakan yang itu.

"Boleh mati sakit jantung abah tadi bila general call." bebel Laksamana Amar Bakti. Dia dah faham apa yang telah dilakukan oleh Syariff.

"Sorry , bah." Sebaik sahaja Syariff meminta maaf , dia kembali menumpukan perhatiannya pada laptop dia. Menekan setiap satu papan kekunci. "Abang Syariff buat apa ?"

"Disebabkan Haz guna laptop ni untuk pecah masuk pertahanan negara , hacker negara takkan sesenang nak lepaskan Haz , mereka akan cuba jejak lokasi serta try tuk hack laptop ni untuk delete apa yang kita curi dan dapatkan semua maklumat mengenai abang yang ada dalam laptop ni. Jadi abang kena halang semua tu , nak pula kita kat Malaysia so abang kena manipulate location supaya tak ada ter - istihar perang dengan Malaysia gara-gara salah faham." terang Syariff panjang lebar. Nada suara dia kelihatan tenang dam bersahaja , macam dia dah jangkakan semua ini.

"Nerd , kau gila." kata Adelia dengan tidak percaya.

Syariff mengukirkan senyuman penuh bangga.




×××
Peace.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now