Dari kejauhan, saat telah sampai di pintu kubur, Saedah kembali pusing kebelakang, memandang kubur keluarga kandungnya.

Senyuman terukir manis dibibir, khas untuk mereka. Senyuman yang arwah umi dan arwah abinya sukakan.

Nafas ditarik dan dihembus perlahan.

"Zulia tetap sayangkan umi dan abi. Terima kasih kerana lindungi Zulia dulu, untuk berikan peluang kepada Zulia melihat dunia ciptaan-Nya ini." Dan Saedah berlalu pergi dari tanah perkuburan itu. Enjin kereta dihidupkan dan dia terus memandu pergi pulang ke rumah. Rasanya, sudah terlalu lama dia ada disini. Takut risau pula yang lain bila dia tidak pulang lagi.

·

·

·

·

Saedah memberhentikan kereta di dalam kawasan rumah. Matanya tidak berkelip melihat keadaan rumahnya yang sungguh meriah sekali.

Mana tidaknya, dia lihat sudah banyak selipar dan kasut depan pintu rumahnya. Bukan itu saja, banyak pula kereta bersusun cantik ditepi halaman rumah dia, kiri dan kanan. Cuma tengah-tengah saja kosong ibarat memberi tempat untuk dia memakir kereta di sini.

Sudah itu, dia melihat ke arah rumah Ramadhan. Makin pelik dia dibuatnya kerana rumah keluarga Ramadhan tertutup rapat dan senyap aje. Selalunya rumah itulah yang paling meriah tetapi kali ini lain pula jadinya!

Rumah keluarga dia pula over meriah!

Saedah keluar dari perut kereta. Pintu kereta dikunci dan dia melangkah masuk ke dalam rumah dengan perlahan. Memerhati keadaan sekeliling dan dia juga dengar, suara yang riuh-rendah dari dalam rumahnya.

"Assalamualaikum," ucap Saedah saat kaki melangkah masuk ke dalam rumah. Matanya terus terpaku ke arah ruang tamu yang penuh dengan ramai orang.

Terkebil-kebil mata Saedah melihat keadaan ruang tamu yang dipenuhi dengan saudara mara belah Mak Ijah, keluarga Ramadhan, Julia pun ada sekali dan juga beberapa buah keluarga yang dia tidak kenali.

Apa yang dia terlepas sebenarnya ini?

"Waalaikumussalam. Balik pun kamu Saedah," tegur Mak Ijah yang sedang duduk disofa. Mata Saedah terarah pada Mak Ijah dan tersenyum sebelum dia tertarik pada sesuatu yang ada di atas meja.

Dulang hantaran?

Mengapa ada dulang hantaran pula ni?

"Ada orang masuk meminang abang Ijat ke mak? Takkan kak Julia masuk meminang abang Ijat pula ni," teka Saedah mengundang tawa semua yang ada. Ijat pula sudah menayangkan muka toya.

Saedah blur. Dia terkebil-kebil di laluan yang menghubungkan ruang tamu itu.

"Apa pula akak nak pinang abang Saedah. Akak ada dekat sini pun sebab akak memang beraya dengan keluarga Adan tahun ni sebab keluarga akak ada dekat luar negara," ujar Julia tertawa kecil. Lucu pula dia dibuatnya. Dia datang memang hanya sebagai kawan Ramadhan yang menumpang untuk beraya sekali. Lagipun, dia tidak keseorangan pun saat datang kemari.

"Dah tu? Siapa yang pinang abang Ijat?" tanya Saedah, polos. Dia memandang wajah Mak Ijah dan Ayah Daud, inginkan jawapan.

Iyalah, dia pelik. Siapa pula yang datang meminang? Sudahlah, pada hari raya pertama pula tu. Takkanlah sebab ini emaknya kelihat terlalu sibuk sejak dua hari lepas?

"Ibu dan abah aku datang meminang kau untuk aku...." suara Khai yang muncul dari belakang Saedah menyentakkan dirinya. Terbeliak biji matanya mendengar kata-kata Khai sebentar tadi.

Datang meminang untuk dirinya dan bukan untuk abang Ijat?

Dan....

Pinangan itu daripada Khai?

Selamat Datang Ramadhan! [ C ]Where stories live. Discover now