Bab 16

165 17 0
                                    

"Assalamualaikum, Ijah!" Mak Rahmah memberi salam sejurus dia dan Ramadhan betul-betul tiba di hadapan pintu rumah. Matanya meliar memerhati sekeliling untuk melihat sama ada Mak Ijah atau anaknya berada di halaman rumah.

Ramadhan pula, hanya diam dan menunggu sahaja pintu rumah Mak Ijah dibuka. Jantungnya berdegup laju dan dia mula berasa gemuruh. Hendak dikatakan tidak pernah menjejakkan kaki di rumah Mak Ijah, dulu selalu juga dia datang.

Datang hendak membalas dendam dengan Saedah!

"Waalaikumussalam. Eh, Rahmah, jemputlah masuk. Adan pun ada? Mari masuk." Ramah Mak Ijah menyapa dan menjemput tetamunya itu ke dalam rumah. Dia dan Mak Rahmah bersalaman dan melaga pipi masing-masing.

"Kenapa datang kemari? Ada apa-apa hajat ke?" tanya Mak Ijah selepas sahaja dia melihat tetamunya itu sudah selesa duduk di ruang tamu. Cuma, Ramadhan saja yang dilihatnya seperti mencari sesuatu.

"Cari Saedah ke, Adan?" tebak Mak Ijah seraya tersenyum. Dia tahu anak muda di depannya ini mencari siapa kalau datang menjejakkan kaki di rumahnya. Bukannya Ijat tetapi Saedah.

Ramadhan sudah termalu sendiri apabila Mak Ijah dapat menangkap perbuatannya. Dia hanya mampu tersengih dan menggaru-garu kepala yang tidak gatal. Kepala diangguk jua perlahan.

Mak Rahmah disebelah sudah memandang Ramadhan pelik. Terdetik dia dihati, siapa yang datang mahu berjumpa siapa ini sebenarnya?

"Saedah ada aje dalam bilik. Terperap aje sejak dia tahu orang kampung sudah tahu nama penuh dia. Mak Ijah ada juga pujuk dia suruh keluar apa semua tapi dia tak nak. Makan pun sikit aje. Boleh tak kalau Mak Ijah minta tolong Adan untuk pujuk Saedah?"

Ramadhan kaku ditempatnya. Mak Ijah meminta bantuannya? Tetapi kenapa dia?

"Lagipun, Adan dengan Saedah kan pernah rapat. Mana tahu dia terpujuk dengan pujukan Adan ke? Mak Ijah tak tahu nak buat apa lagi. Dulu tak adalah teruk macam ini kalau dia rasa rendah diri ke apa. Haih, tak tahulah nak cakap apa. Orang kampung ini pun satu. Menyibuk tak bertempat!"

"Teruk ke keadaan Saedah sekarang ini, Ijah?" Mak Rahmah pula bertanya. Jelas kerisauan terpamer pada raut wajahnya.

"Boleh katakan teruk dari dululah, Rahmah. Makan pun dah tak lalu. Sikit aje makan tu untuk alas perut. Berat pun susut satu dua kilo," adu Mak Ijah. Ada bagusnya Mak Rahmah datang ke rumahnya. Ada jugalah tempat dia hendak meluahkan cerita. Dia pun sebenarnya sedih melihat keadaan anaknya itu.

"Rahmah, bolehkan aku minta izin kau nak minta tolong Adan ni cuba pujuk Saedah? Mana tahu, dia termakan pujukan Adan ni. Kita berdua pun tahu yang dulu dia orang ni rapat," ujar Mak Rahmah. Kedengaran sayu saja suaranya ketika ini.

"Boleh aje, Ijah. Ha, Adan. Apa lagi? Pergilah sana ke bilik Saedah cuba pujuk dia," balas Mak Rahmah dan laju saja dia menyuruh Ramadhan untuk pergi memujuk. Alang-alang Ramadhan pergi memujuk, bolehlah dia cuba menenangkan jirannya ini. Kesian pula dia saat melihat Mak Ijah. Dugaan mereka dalam bulan Ramadhan ini.

Ramadhan hanya mengangguk dan terus bangun berlalu pergi. Kakinya melangkah ke arah bilik Saedah yang bersebelahan dengan bilik tidur Ijat. Nasib baik dia tahu di mana bilik Saedah memandangkan dulu selalu dia menerjah masuk dengan membaling serbuk bedak terus ke arah muka Saedah.

Tertawa Ramadhan dibuatnya. Apabila diingat kembali, memang membawa pelbagai rasa.

Haih, Saedah. Dulu bukan main lagi serupa lelaki. Sekarang? Kembali ke pangkal jalan sudah rupanya, desis Ramadhan dalam hati.

·

·

·

·

Selamat Datang Ramadhan! [ C ]Where stories live. Discover now