Bab 12

159 18 2
                                    

Sudah dua hari berlalu semenjak Cik Ara memberi cuti kepada semua pekerjanya. Saedah yang baru pulih daripada demam terus berasa teruja hendak keluar daripada rumah melihat pemandangan yang tidak pernah jemu dilihat berbelas tahun lamanya.

Dua hari terperap dalam rumah sahaja, membuatkan dia jadi bosan. Hidupnya yang sentiasa keluar melihat alam terasa bebas saat dapat menghirup udara segar.

"Gembiranya dapat keluar dari rumah!" ujarnya ceria sambil mendepakan tangan. Dipejamkan matanya menikmati suasana yang dirinduinya.

"Sudahlah tu dramanya. Baru dua hari aje terperap dalam rumah tapi gaya macam bertahun tak tengok dunia luar," sampuk Mak Ijah merosakkan mood Saedah. Dia mengelap tangan yang basah menggunakan apron yang dipakai sebelum mengeluarkan sesuatu dari kocek baju kurungnya.

Saedah menayangkan muka masamnya. Mahu saja dia merengek kerana emaknya telah merosakkan suasananya.

"Tak payah buat muka macam itulah. Tak lalunya mak nak menengoknya. Ni, tolong mak kejap," pamit Mak Ijah yang menghiraukan saja muka anaknya yang mencuka. Dalam hati, dia ketawa. Itulah, tidak habis-habis mahu berdramanya. Serupa aku kurung dia aje bertahun dalam rumah, desis Mak Ijah.

Saedah membulatkan mata. Baru hari ini dia sihat sepenuhnya, sudah mahu meminta tolong daripadanya? Emaknya ini, pantang betul tengok Saedah tidak buat apa-apa. Pasti ada saja yang disuruh.

"Saedah baru pulih. Minta tolong abang Ijatlah," kata Saedah perlahan tetapi didengari Mak Ijah.

"Abang kamu tu kerja. Mana balik lagi. Cepatlah Saedah, mari tolong mak beli barang nak masak buka nanti. Sebagai habuannya, mak masakkan lauk kegemaran kamu."

Dengar saja habuan yang bakal diterima, laju saja kaki Saedah melangkah menghampiri Mak Ijah. Tangannya dihulurkan untuk menerima sejumlah wang dan juga senarai barang yang perlu dibeli.

Mak Ijah tersenyum melihat gelagat Saedah kini. Cepat saja menurut kalau bagi habuan. Kalau tidak, banyak saja alasan dia bagi!

"Kan bagus macam ini. Nah, kunci motor sekali. Tolong beli ya? Lepas dah beli tu, jangan melencong singgah beli benda lain. Terus balik rumah. Faham?" Sempat lagi Mak Ijah memberi pesanan penaja. Pesanan yang selalu diberikan kepada Saedah tiap kali dia meminta Saedah membeli barang.

Saedah mengangguk tanda memahami. "Baik, mak. Saedah terus balik semula. Tak beli apa dah. Saedah nak makan lauk kegemaran Saedah aje nanti berbuka."

"Bagus anak mak ini. Sudah, lekas pergi beli. Karang lambat pula mak nak masak nanti."

"Baik, bos! Dengan ini, saya akan menurut perintah! Pergi dulu, Assalamualaikum," ujar Saedah penuh semangat dan menyalami tangan Mak Ijah. Dicium penuh hormat tangan wanita yang sudi membesarkan dirinya ini.

"Waalaikumussalam. Hati-hati bawa motor," pesan Mak Ijah lagi. Dia menghantar pemergian Saedah dengan pandangan mata. Pandangan yang penuh sayu dan penuh rasa risau. Entah mengapa, dia berasa tidak sedap hati pula. Sudah dua hari begini dan lagi dia jadi tidak sedap hati apabila melihat Saedah.

Ada apa-apa yang bakal terjadi ke terhadap anaknya, Saedah? Ya Allah, lindungilah Saedah, doa Mak Ijah dalam hati.

·

·

·

·

"Kau tengok tu, dia ada dekat sinilah."

"Iyalah! Dia ini, memang berani ya tunjuk muka depan khalayak ramai. Lepas itu, buat seperti tiada apa berlaku."

"Kan.... Aku rasa perempuan macam dia ini, bukan kisah pun. Memang tidak tahu malu."

Selamat Datang Ramadhan! [ C ]Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum