Bab 4

161 17 0
                                    

Sebuah kereta berhenti betul-betul di hadapan rumah Mak Rahmah. Seseorang memerhati keadaan sekeliling untuk melihat sama ada terdapat orang yang sedang melakukan aktiviti di luar rumah masing-masing.

Kosong. Tiada nampak kelibat walau seorang sedang berada diluar. Dalam hati, dia mengeluh lega. Baguslah jika tiada orang diluar. Lebih senang untuk dirinya memberi kejutan kepada keluarganya.

"Adan!" panggil seorang perempuan yang duduk di tempat duduk belakang. Pelik dia dibuatnya apabila melihat Ramadhan hanya diam memerhati keadaan sekeliling.

Ramadhan memandang wajah perempuan tersebut. Kepala dianggukkan bertanya mengapa.

"Abang grab ni dari tadi panggil awak. Bayarlah cepat tambang grab," katanya penuh kelembutan.

"Oh.... Maaf ya encik. Saya termenung pula." Ramadhan menggaru kepala yang tidak gatal. Segan pula dia dibuatnya apabila ditangkap termenung disaat begini.

"Tak mengapa," balas si pemandu grab. Dia hanya menghadiahkan segaris senyuman kepada pelanggannya. Agaknya, mungkin sudah lama tidak pulang ke kampung halaman. Mestilah terasa rindu dengan suasana kampung tempat membesar.

"Ini duitnya encik. Terima kasih," ucap Ramadhan penuh sopan. Dia mula keluar dari perut kereta dan menuju ke arah but kereta, ingin mengeluarkan semua bagasi miliknya dan milik perempuan tadi.

"Cantiknya rumah awak, Adan," ujar perempuan itu penuh teruja. Dia memerhati kawasan halaman rumah keluarga Ramadhan. Disudut hujung, terdapat taman mini yang dipenuhi dengan beberap jenis tumbuhan dan bunga.

Ramadhan hanya senyum. Suka dia melihat perempuan itu teruja. Lega juga dia rasakan kerana perempuan itu boleh menerima keadaan rumahnya.

"Julia, awak tak kisah ke dengan keadaan rumah keluarga saya ni? Rumah kampung aje tau." Ramadhan bertanya saat si pemandu grab beransur pergi. Dia memandang Julia yang masih ralit memerhati keadaan sekeliling.

Julia menoleh dan tersenyum. "Saya tak kisah. Lagi saya suka sebab dah lama saya tak rasa suasana kampung macam ni. Last tak silap saya masa saya darjah 4."

Ramadhan mengeluh lega. Nasib baiklah Julia okey dengannya. Risau dia kalau-kalau Julia tidak selesa dan merengek mahu tinggal di mana-mana hotel berdekatan.

"Adan? Kenapalah awak asyik termenung saja sejak kita dalam perjalanan ke rumah awak. Awak okey atau tidak ni?" Julia bertanya. Risau dia kalau-kalau Ramadhan berasa kurang selesa apabila dia mengikuti lelaki itu pulang.

"Saya okey saja. Jomlah, buat apa panas-panas dekat sini. Saya tak sabar nak jumpa ahli keluarga saya ni," balas Ramadhan dan terus berlalu pergi meninggalkan Julia dibelakang. Dua beg bagasi bersaiz besar ditarik dengan penuh hati-hati. Risau patah saja rodanya nanti. Sudahlah dia main sumbat aje semua barang dalam dua beg ini. Jimat ruang katakan!

Julia hanya menggelengkan kepala. Tanpa banyak soal, dia hanya mengikut dari belakang. Biarlah Ramadhan ke hadapan. Biar lelaki itu lepaskan semua perasaan rindunya itu.

Ramadhan berhenti betul-betul dihadapan pintu utama rumah. Tangan hendak mengetuk pintu tetapi gemuruh pula rasanya. Ada baiknya juga dia mengambil nafas seketika dan menenangkan diri.

"Eh? Kenapa pula awak patah balik ni? Keluarga awak tak ada dekat rumah ke?" Julia bertanya hairan. Dia memandang Ramadhan yang kelihatan gelisah. Sudah kenapa tiba-tiba gelisah pula?

"Bukan itu. Saya gemuruh. Tenangkan diri kejap," balas Ramadhan dan dia bergerak setempat di hadapan Julia. Mata pula meliar melihat keadaan sekeliling sebelum berhenti pada satu arah. Bukan itu saja, kaki yang berjalan di hadapan Julia juga turut berhenti.

Selamat Datang Ramadhan! [ C ]Where stories live. Discover now