Bab 9

139 18 0
                                    

Usai tarawih, Ramadhan bergegas balik ke rumah. Cadangnya bila dia keluar dari masjid tadi, nampaklah kelibat Saedah menolong makcik-makcik turun tangga tetapi tiada pula. Sudahnya, dia balik seorang diri sahaja memandangkan yang lain hanya melakukan solat sunat tarawih lapan rakaat.

Sesampai saja di rumah, dia lihat Julia dan ibunya sedang berbual. Salam diberi dan dijawab oleh mereka.

"Ha, Adan. Marilah sini borak sekali. Nak juga ibu dengar lagi cerita kamu dekat negara orang tu," ajak Mak Rahmah sambil menggamit Ramadhan. Julia hanya senyum saja melihat Ramadhan.

"Tak apalah ibu. Adan nak jumpa Khai. Dia ada dalam bilik dia ke?"

"Ada aje dalam bilik tu. Kamu tengoklah adik kamu. Ibu tak tahulah nak cakap apa. Ibu tegur dia sikit tadi pun, dah mula melawan. Ada dimarahnya Julia ini?"

Ramadhan terdiam. Dia memandang Julia inginkan kepastian. Melihat Julia mengangguk, betullah apa yang dikatakan ibunya.

"Tapi ibu tegur Khai mengenai apa?"

"Ibu tegurlah dia suruh jaga kelakuan dia tu. Ada ke patut adik kamu ni main langgar aje Julia waktu Julia nak bertegur sapa dengan Khai? Ibu tak ajar anak-anak ibu tak beradab macam tu."

Ramadhan berkerut kening. Ada ke kejadian seperti itu berlaku?

"Bila tu dia langgar Julia?"

"Petang tadi masa dia balik," jawab Mak Rahmah dan Ramadhan memandang Julia.

"Julia, awak kata macam tu pada ibu saya?" tanya Ramadhan. Nadanya masih dikawal agar tidak terlalu meninggikan suara.

Julia diam. Dia menundukkan kepala daripada memandang wajah Ramadhan. Melihatkan Ramadhan yang sudah mula mahu marah, dia jadi takut. Nampak gayanya, dia tidak boleh lari lagi.

"Julia, saya tanya ni!" meninggi suara Ramadhan. Kekasih tidak kekasih. Jika ada yang lakukan kesalahan, dia memang tidak akan diam dan menangkan saja yang salah. Patutlah semakin lama semakin susah dia nak dekat dengan Khai. Selalunya kalau Khai rasa benci pun, adiknya masih bersuara walaupun sinis. Kini, berselisih, jelingan tajam yang dia dapat.

Dengan terpaksa, Julia mengangguk. Ramadhan menggelengkan kepala tidak percaya.

"Julia, kan saya sudah pesan. Jangan terlalu ramah sampai awak tersebarkan berita tak benar. Pergi putar belitkan lagi cerita. Biarlah masalah yang ada dan kalau bukan berkaitan awak, jangan masuk campur," marah Ramadhan. Ini yang semua orang tidak tahu tentang Julia dan kalau boleh, dia malas hendak membuka cerita. Akan tetapi, bila sudah jadi begini, habislah sikap satu Julia itu diketahui ibunya.

"Adan, apa kamu ni? Yang pergi marah Julia pula kenapa?" Mak Rahmah bertanya sambil menahan geram. Tiada angin dan tiada ribut, anak sulungnya bersikap begini pula.

"Ibu, tadi kita orang balik dari pekan dan nampak Khai masuk rumah. Adan nampak dia terus masuk bilik. Celah mana pula Khai langgar Julia?"

Terdiam mak Rahmah dibuatnya. Dia jadi keliru dengan situasi sekarang. "Jadi, Khai tak buat semua tu?"

"Tak." Terus mengurut dada mak Rahmah dibuatnya. Ya Allah, terasa bersalah pula apabila marah anak sendiri begitu saja tanpa usul periksa. Sudahlah dia mahu jernihkan keadaan yang dulu tetapi semakin teruk pula jadinya.

"Julia, awak ni boleh tak kalau ubah perangai yang satu tu?"

"Saya... cuma nak tolong pulihkan hubungan awak dengan adik awak aje," kata Julia perlahan.

"Julia, saya tak perlukan pun. Biar saya sendiri yang uruskan memandangkan ini semua salah saya juga. Tak ada kena mengena dengan awak. Please, lain kali kalau ada apa-apa cakap dengan saya dulu."

Julia hanya diam menunduk. Dia menggigil menahan rasa sekarang ini. Dia cuma mahu mesra dengan orang sekeliling dan dia cuma mahu menolong apa yang dia boleh lakukan. Tidak sangka pula caranya salah dan lagi membuatkan keadaan huru-hara. Ingatkan, bila mendiamkan diri dan buat seperti tiada apa pernah berlaku, tak adalah sesiapa yang sedar apa yang dia lakukan.

"Julia?" Mak Rahmah memanggil Julia. Tangannya naik menyentuh tangan Julia. Sejuk. Takutkah gadis ini sekarang?

"Maafkan saya, Mak Rahmah. Saya tak bermaksud pun nak buat semua tu. Saya ingatkan bila saya putar belit sikit cerita pasal yang saya adu pada Mak Rahmah tentang Khai, bolehlah semua benda ni makin selesai tapi tak sangka jadi macam ni. Saya betul-betul minta maaf," pinta Julia dan terus mencium tangan Mak Rahmah.

Dia tahu yang dia sudah salah. Pasti orang dalam rumah ini tidak menyukainya. Anggap dia tidak sedar diri, menumpang dirumah ini, boleh pula menyibuk seperti salah seorang ahli keluarga ini.

Ramadhan hanya diam memerhati. Itu rupanya yang jadi. Haih, Julia. Ingatkan sejak kes dia pernah memarahi Julia kerana masuk campur urusan rumah tangga kawannya di luar negara itu, sudah berubahlah Julia. Rupa-rupanya, masih lagi dengan perangai itu!

"Tak apalah, Julia. Mak Rahmah dah maafkan. Cuma, lepas ini ambil iktibar dari semua ini ya? Jangan pula lepas ni kamu malu-malu nak tegur mak Rahmah pula. Buat aje macam biasa. Kita cuba lupakan apa yang jadi." Lembut aje Mak Rahmah berbicara tetapi dalam hati, mahu saja dia masuk ke dalam bilik Khai dan memeluk anak bongsunya itu. Sudah banyak salahnya terhadap Khai.

Julia mengangkat kepala memandang Mak Rahmah. Melihatkan senyuman terukir dibibir Mak Rahmah, dia mula hendak menangis.

"Maafkan Julia, Mak Rahmah. Janji tak buat lagi." Terus Julia memeluk Mak Rahmah, sebelum dia menoleh ke arah Ramadhan.

"Adan, saya minta maaf. Betul-betul minta maaf atas semua yang saya buat. Awak tak marahkan saya lagi, bukan?"

Ramadhan mengeluh. Hendak marah lama-lama, tengok muka kesian Julia aje sudah tidak kuat.

"Iya, saya maafkan."

"Kita masih couple kan?"

"Iya. Saya takkan mudah nak putus sebab perkara macam ni. Tapi, saya akan tolong awak ubah perangai awak yang tu. Saya takkan putus dengan awak sebabkan ini kerana saya terima kekurangan awak macam awak terima kekurangan saya."

Julia senyum. Legalah kalau begitu.

"Habis dah drama pukul 10 malam?"

Suara Khai yang mencelah membuatkan mereka bertiga diruang tamu menoleh serentak.

"Khai, kamu nak ke mana?" tanya Mak Rahmah.

"Pergi makan. Lapar," jawab Khai dan terus berlalu pergi ke dapur. Dia sebenarnya dengar semua yang berlaku. Baguslah kalau si langau Julia tu sudah kena dengan abang Adan. Bolehlah aku cuba untuk fikir sama ada perlu ke tak aku teruskan plan nak berbaik dengan abang Adan, bisik Khai.

"Tak apa, ibu. Duduk aje kat ruang tamu. Biar Adan ke dapur. Lagipun, Adan nak cakap dengan Khai berdua," kata Ramadhan saat melihat ibunya mahu bangun. Kemudian, dia mula berjalan menuju ke dapur.

·

·

Okay, maaf untuk bab kali ni yang merapu, merepek dan kalau ada yang tak faham. Aku pun tak faham dengan diri aku asal taip macam ni. Tapi, insya-Allah bab seterusnya akan cuba untuk bagi jalan ceritanya senang faham.

Selamat Datang Ramadhan! [ C ]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon