Bab 19

196 20 0
                                    

Suara takbir raya yang berkumandang kedengaran amat merdu sekali. Saedah memejamkan mata, ingin menghayati alunan suara yang kedengaran sungguh merdu dan tenang itu.

1 Syawal.

Maksudnya, sudah sebulan berlalu dan Ramadhan telah pun meninggalkan semua umat Islam.

Sebulan juga berlalu, setelah Ramadhan kembali menjejakkan kaki setelah lapan tahun diluar negara.

Sebulan berlalu, setelah semua dugaan di bulan Ramadhan Saedah perlu tempuhi.

Saedah tersenyum. Matanya dibuka dan memandang sepasang baju kurung yang disangkut elok beserta tudung bawal berwarna putih. Tudung milik arwah uminya yang dijaga penuh rapi. Memang setiap kali raya, Saedah akan memakai tudung milik arwah uminya terlebih dahulu sebelum menukarkan dengan tudung yang dibelinya sendiri.

Tok! Tok! Tok!

Kedengaran pintu bilik diketuk membuatkan Saedah sedar dari terus hanyut dengan memori lama. Dia mula melangkah dan membuka pintu tersebut.

"Ada apa mak?" tanya Saedah penuh sopan.

"Tak pakai baju raya lagi? Ya Allah budak bertuah ni. Cepat bersiap dan tolong mak sikit dekat dapur. Nanti nak pergi solat sunat raya pula. Cepat siap dan terus ke dapur!" bebel Mak Ijah dan terus berlalu pergi. Nampak benar dia terlalu sibuk saat ini.

Saedah mula berasan hairan. Sudah mengapa emaknya itu kelam-kabut begitu. Lain macam sibuknya berbanding raya yang lepas. Macamlah ada sesuatu majlis yang besar sekejap nanti!

Dengan malas, dia menutup pintu dan mula bersiap. Baju kurung Pahang yang menjadi pilihannya disarungkan pada tubuh dan tudung bawal berwarna putih dipakai kemas. Kain telekung dan sejadah dibawa bersama serta sebuku surah Yasin turut dibawa.

"Mak, Saedah letak barang dalam kereta kejap! Nanti Saedah tolong," beritahu Saedah kuat dan terus keluar bagi meletakkan barang miliknya. Dia kembali masuk ke dalam untuk mengambil satu jag yang berisi beberapa jenis bunga. Untuk arwah umi dan abinya nanti.

·

·

·

·

Saedah membaca surah Yasin untuk kedua-dua arwah umi dan abinya.

Sayu.

Rindu.

Dua perkataan yang mengungkapkan keadaannya sekarang. Dalam pada semua masih berpeluang meluangkan masa bersama ibu bapa kandung, dia telah hilang kenikmatan itu semenjak di bangku sekolah rendah lagi.

Namun, Saedah tetap bersyukur kerana dia masih keluarga Mak Ijah sebagai saudaranya, tempat dia boleh bergantung harap.

Setelah bacaan Yasin telah tamat, satu jag air yang dicampur kuntuman bunga disiramkan pada dua kubur arwah umi dan abinya, dimana kubur mereka hanya berselahan sahaja.

Dua kubur yang sudah cantik dibersihkan sebelum sedekahkan surah Yasin tadi dilihat dengan penuh rasa sayu. Saedah mengukir senyum.

Sebenarnya, banyak benda yang dia mahu luahkan. Banyak perkara yang mahu dikongsikan dan cuma dengan berdoa kepada-Nya saja dia mampu lakukan untuk luahkan segalanya.

Zulia rindu dan sayang umi dan abi, bisik hatinya.

Zulia.

Nama panggilan daripada arwah umi dan arwah abinya. Nama panggilan yang hanya mereka berdua sahaja boleh guna.

Saedah mula bangkit setelah mengemas apa yang patut. Iringan langkahnya, disertakan selawat untuk umi dan abi, serta semua orang yang telah meninggal dunia.

Selamat Datang Ramadhan! [ C ]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt