55 - Berangkat ke Malaysia

Start from the beginning
                                    

"Mulai hari ni , awak ada dua orang nak kena jaga." kata Adelia.

"Thank you , sayang." ucap Syariff lagi. Dia mencium lembut dahi Adelia.
"Sayang , jom kita balik Lusia. Saya nak bagitahu keluarga kita yang lain. Mesti yang lain happy." cadang Syariff.

"Next week boleh ? This week saya nak kena jumpa pengarah drama terbaru saya nak bincang kontrak drama baru ni." balas Adelia.

"Lia , awak tak payah kerja lah sepanjang pregnant ni." kata Syariff lagi.

"Tu tak boleh. Saya nak kerja juga. Lagipun awak jangan risau , saya rasa habis jer shooting , maybe kandungan saya ni dalam enam bulan. Lepas habis drama ni baru saya rest. Okay ?" balas Adelia.

"Awak larat ke masalahnya ?"

"So far saya tak ada morning sickness dan saya rasa macam biasa. Awak jangan risau lah." balas Adelia.

"Okayy.."

Ketika mereka berdua dalam perjalan pulang ke rumah , berita mengenai Adelia mengandung mula tersebar di internet. Semuanya bermula apabila salah seorang peminat Adelia secara tak sengaja terdengar perbualan Adelia dengan jururawat yang bertugas.

Berita mula tersebar laju sehingga tiba di pengetahuan Sultan Amirullah.

Bunyi ketukan di pintu pejabat Sultan Amirullah menghentikan tugasnya meneliti kertas kerjanya. Dia memberikan isyarat mata kepada pelayan yang bertugas untuk membukakan pintu.

Pelayan rasmi keluarga diraja melangkah masuk ke dalam bilik pejabat Sultan apabila telah diberikan kebenaran.

"Ampun Tuanku."

Sultan Amirullah tidak menjawab , dia memandang ke arah pelayan istana itu. Di tangan pelayan itu terdapat sebuah tab.

"Patik hadir menghadap tuanku adalah untuk mengkhabarkan berita mengenai cucu tuanku , puteri Adelia Humaira." kata pelayan istana.

Saat Sultan Amirullah memberikan isyarat mata untuk dia datang menghampiri mejanya.

Pelayan itu menghulurkan tab kepada Sultan Amirullah. "Adakah berita ini benar ?" soal Sultan Amirullah.

"Salah seorang bodyguard mengatakan berita ini benar. Mereka baru sahaja pulang dari klinik."

"Kenapa cucu beta tidak sendiri khabarkan kepada beta ?" soal Sultan Amirullah dengan muka tidak puas hati. Naik kecut pelayan itu hendak menjawab soalan Sultan.

"Mungkin berita ni tersebar dengan pantas sedangkan tuan puteri baru sahaja menerima khabar mengenai kandungannya." jawab pelayan itu.

Sultan Amirullah melepaskan keluhan kecil. "Panggil putera beta." titah Sultan.

"Menjunjung perintah , tuanku." balas pelayan itu. Sultan Amirulla melihat gambar keluarga yang diletakan di dalam bingkai gambar yang terletak cantik di atas meja kerjanya. Wajah cucunya dipandang sayang.

"Dah besar rupanya Lia." katanya dengan penuh kasih sayang. Tak sangka dia bakal mendapat cicit.

Pintu pejabatnya dibuka dari luar, Putera Wafiq dan Puteri Kasih melangkah masuk ke dalam pejabat Sultan. Walaupun Puteri Kasih tidak dipanggil untuk menghadap Sultan , dia tahu yang Sultan memanggil Putera Wafiq mesti kerana Adelia.

"Ayahanda panggil senda." tegur Putera Wafiq.

"Kita akan berangkat ke Malaysia." putus Sultan.

"Sekarang ke ayahanda ?" soal Putera Wafiq lagi.

"Ya."

"Ayahanda tak nak khabarkan dulu kepada Lia ke mengenai keberangkatan kita sekeluarga ?" soal Puteri Kasih.

"Tak perlu."

"Tak pe kita pergi tanpa beritahu kepada mereka ?" soal Putera Wafiq pula.

"Tak apa , berani ke cucu ayahanda nak marah ?" balas Sultan. Putera Wafiq tidak membalas. Cakap lah apapun , bukannya ayah dia akan dengar.

Mereka bertiga duduk di ruang rehat dan berbual sesama mereka. Sekali sekala terdengar gelakan Sultan Amirulah dan anaknya , putera Wafiq. Masing-masing begitu teruja dengan berita ini.

"Tak sangka beta berpeluang untuk melihat cicit beta." luah Sultan Amirullah.

"Senda pun tak sangka yang senda akan mendapat cucu dalam masa terdekat. Senda ingat mereka nak honeymoon setahun." kata Putera Wafiq pula.

"Orang muda buat apa merancang awal-awal. Anak itu rezeki." balas Sultan Amirullah.

"Ayahanda, apa kata kita ajak sekali keluarga besan kami. Mereka pasti mahu berjumpa dengan anak menantu juga. Betul tak ?" cadang Puteri Kasih.

"Beta ikutkan sahaja , anakanda buat lah apa yang patut. Petang ni kita berangkat ke Malaysia." putus Sultan Amirullah.

Sekelip mata sahaja , semua orang besar di Lusia berangkat ke Malaysia.








×××
Atok neneknya teruja.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now