Bab 16

165 17 0
                                    

Tok! Tok! Tok!

Pintu bilik diketuk berkali-kali namum langsung tiada balasan daripada orang di dalam. Ramadhan mula berasa hairan. Takkan Saedah tidak ada di dalam sedangkan Mak Ijah kata dia langsung tidak mahu keluar.

Ramadhan cuba sekali lagi. Tangan naik dan mengetuk pintu bilik Saedah. Harapnya, kali ini adalah balasan daripada Saedah. Kalau tidak ada juga, dia angkat kaki sajalah!

"Mak, ada apa ni? Saedah tengah tidur tadi," kata Saedah dan terus membuka luas pintu bilik tanpa melihat siapa orang yang mengetuk pintu. Matanya digosok perlahan bagi menghilangkan rasa mengantuknya.

Ramadhan sudah terbeliak biji mata. Terkaku dia dibuatnya saat matanya bertemu dengan susuk tubuh Saedah saat pintu dibuka. Tidak dijangka inilah situasi yang dia bakal hadapi.

Saedah yang tidak mamai lagi berasa pelik apabila langsung tiada balasan daripada Mak Ijah. Selalunya emaknya itulah yang selalu bising jika dia lambat menyahut.

Saedah mendongak melihat siapakah gerangan yang mengetuk pintu biliknya. Saat matanya bertemu dengan sepasang mata milik Ramadhan, dia mula terkejut. Lagi-lagi melihat Ramadhan yang langsung tidak lepas memandang dirinya.

Terus mata memandang susuk tubuh sendiri. Dia mengeluh lega apabila tubuhnya tertutup dengan sempurna. Baju t-shirt lengan panjang dan seluar sukan. Nasib baik!

Tapi....

Tangan naik memegang kepala sendiri. Apabila tangannya menyentuh kepala yang tidak tertutup dengan sebarang hijab, terus dengan pantas dia menutup pintu.

Aurat dia habis dilihat Ramadhan! Tapi, mengapa lelaki itu boleh muncul di depan biliknya?

Ramadhan yang sedar dari lamunan terus menggeleng kepala. Dalam hati, dia istighfar banyak-banyak. Terasa berdosa pula kerana telah melihat aurat Saedah yang tidak sepatutnya dia lihat.

Ramadhan berdehem sekali. Tangan kembali mengetuk pintu bilik Saedah. "Saedah, bukalah pintu ni. Abang nak cakap dengan Saedah ni."

"Abang Ramadhan buat apa dekat depan bilik Saedah? Macam mana boleh terlepas sampai sini?" tanya Saedah disebalik pintu. Tangannya lincah mengikat rambut dan menyambar tudung sarung yang ada di kerusi belajarnya.

Ramadhan tersenyum lebar.

Abang Ramadhan?

Haih, sudah lama dia tidak mendengar Saedah memanggilnya begitu. 20% rindu dapat dilepaskan!

Ramadhan mula mengawal riak mukanya kembali apabila Saedah kembali membuka pintu bilik dan kali ini, sedikit saja pintu dibuka.

"Nak apa?" tanya Saedah perlahan. Dia merenung ke arah lain berbanding merenung Ramadhan.

"Tak nak bagi abang masuk bilik Saedah ke?"

"Takkan lapan tahun duduk luar negara tu sudah lupa kut! Mana boleh, bukan mahram!" jawab Saedah membuatkan Ramadhan sedikit tersentap. Lupa pula dia dibuatnya. Hai, diri. Sedarlah, kau tu cuma jiran sebelah rumah aje. Bukannya suami nak main masuk bilik Saedah!

"Sorry tapi bukalah pintu bilik ni luas. Abang Ramadhan nak cakap dengan Saedah ni. Kita duduk bersila dekat sini," ujar Ramadhan dan terus bersila di hadapan pintu bilik Saedah.

Saedah diam dan memerhati sahaja semua gerak-geri Ramadhan. Dia rasa pelik dan agak janggal untuk berdepan dan bercakap dengan Ramadhan seperti dahulu. Iyalah, semenjak Ramadhan pulang dan ingin mendekatinya, dia pasti akan menjauh dan menyorok. Ini, nampak gayanya dia tidak dapat mengelak lagilah.

Dia mula membuka pintu lebih luas. Namun, apabila memikirkan Ramadhan sudah ada Julia, terus dia mengubah fikiran. Semakin merapat pintu biliknya.

"Eh, kenapa nak tutup balik? Bukalah," ujar Ramadhan kalut dan terus menahan pintu bilik Saedah dari terus tertutup.

Selamat Datang Ramadhan! [ C ]Where stories live. Discover now