"Pengantin lelaki bolehlah tengok pengantin perempuan untuk pastikan itu bakal pengantin awak." Arah tok kadi. Zariff menoleh ke belakang. Ya, dia pasti Isya berada di belakangnya. Bakal isteri yang dipilih untuk dijadikan teman hidup.

"Betul ke tu bakal isteri awak?" Zariff mengangguk.

"Bolehlah kita teruskan ye." Mereka semua mengangguk. Zariff sudah mula gugup. Mereka mula beristighfar dan selawat ke atas nabi. Tok kadi dan Zariff mula berjabat tangan.

"Muhammad Zariff bin Hisyam,"

"Saya,"

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Isya binti Adam yang berwakil walikan bapa kepadaku dengan mas kahwin 1000 ringgit tunai."

"Sah." Zariff menjawab. Semua orang ketawa. Gugup sangat dia ni. Zariff mula menggaru kepala. Dia rasa mahu menutup mukanya yang malu.

"Kita mula lagi ya?" Mereka mula berjabat tangan kembali.

"Muhammad Zariff bin Hisyam,"

"Saya,"

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Isya binti Adam yang berwakil walikan bapa kepadaku dengan mas kahwin 1000 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Nur Isya binti Adam dengan mas kahwinnya 1000 ringgit tunai." Dengan teliti Zariff lafazkan, maka dia sah menjadi suami kepada Isya.

Semua orang mengucap syukur. Tangan mula ditadah untuk membaca doa. Zariff mula lega. Sesungguhnya dia punya gugup untuk melafazkan ijab dan kabul itu, sangatlah mahu pecah jantungnya.

Selesai solat sunat syukur, Zariff ke pelamin untuk mengadakan upacara pembatalan air sembahyang. Rasa gementarnya, Ya Allah.

Rasa menggigil bila Zariff buat pertama kalinya menyentuh kulit antara satu sama lain. Diciumnya ubun-ubun Isya walaupun rasa malu kerana menjadi tatapan orang lain.

Selesai upacara itu, semua tetamu dijemput untuk makan. Mereka semua keluar dari rumah itu untuk mengambil hidnagan. Tinggal Isya, Zariff, Nazran dan Irdina di situ.

"Selamat pengantin baru, Isya." Ucap Irdina. Mereka berpelukan.

"Terima kasih." Jawab Isya.

"Bro, selamat pengantin baru. Semoga kau dapat layan karenah perempuan, ya. Good luck!" Ucap Nazran. Mereka semua gelak.

"Zariff, ingat. Jaga adik saya macam jaga nyawa awak. Jaga dia ni, banyak karenah dia. Jangan menyesal pulak eh kahwin dengan Isya ni." Zariff mula merangkul pinggang Isya.

"Hah, kau Isya. Jangan jadi pemalas. Kau tu dah jadi isteri orang. Sikit hari lagi, nak jadi mak orang. Oh ya, bagilah anak buah banyak sikit." Irdina mengenyit mata. Ah, sudah! Ni yang aku tak nak dengar ni.

Mereka selesai dengan ijab kabul. Alhamdulillah. Perancangan-Nya yang terbaik. Disusunnya satu persatu untuk menjadikan perjalanan hidup sempurna.

~~~
Tikar yang terbentang luas di pantai serta sebakul makanan ada di situ. Hiasan yang ditempah oleh Nazran untuk memberi kejutan kepada Irdina.

Angin yang menampar mukanya tenang untuk menikmatinya. Nazran mula menunggu kehadiran Irdina. Bagi mengisi masa terluang, Nazran bermain air di gigi pantai. Seluarnya disengseng supaya tidak basah.

Irdina muncul di tepinya. Kemeja putih yang dipadankan dengan kain yang bercorak pastel itu menaikkan kesesuaiannya untuk bergaya. Tudung berwarna maroon itu dipadankan. Sedap mata memandang Irdina.

"Lama tunggu?" Nazran hanya menggeleng.

"Tak sangat. Abang baru sampai. Lepastu set up sikit. Jom." Ajak Nazran. Kaki mereka mula melangkah ke tikar yang terbentang itu. Mereka duduk dan membasahkan tekak dahulu sebelum memulakan bicara.

"Patutnya sayang yang suprise kan abang. Bukan abang yang buatkan semua ni." Irdina merendahkan dirinya. Maklumlah, dia tidak menyiapkan apa-apapun untuk hari kelahiran Nazran. Dia rasa macam isteri tak guna pun ada.

"It's okay. Lagipun, bukannya abang nak sambut birthday abang pun. Abang nak kita dating dekat sini je." Itu tujuan sebenar Nazran.

"Abang tak nak sayang sambut birthday abang?"

"Tak nak. Nampak sangat abang dah tua." Nazran mula monyok. Irdina tergelak. Walaupun Nazran sudah tua tetapi wajahnya seperti lelaki berumur 20-an. Muda gittew.

"Tapi sayang nak ucapkan jugak. Happy birthday abang. Semoga abang diberi rezeki dan dipanjangkan umur untuk jaga kita orang. Thank you so much sebab banyak berkorban untuk sayang, Aira. You are our hero. I'm so proud to be your wife!" Ceria sungguh Irdina. Nazran hanya tersenyum. Dia mencium ubun-ubun isterinya. Rasa tersentuh dengan ucapan Irdina.

"Thank you sayang. Hadiah mana?" Gurau Nazran. Irdina seperti tercari-cari sesuatu.

Dipegangnya sebuah kotak yang kecil berwarna biru gelap. Dia menyerahkan kepada Nazran. Nazran mengambil lalu membukanya.

"Kenapa bagi abang pregnancy test ni?" Tanya Nazran dengan pelik. Nak suruh aku test mengandung ke? Takkanlah. Aku lelaki kot.

"Abang ni, lambat betul nak faham." Rungut Irdina.

"Abang betul-betul tak faham ni."

"Abang, maknanya kita akan dapat anak. Aira akan jadi kakak." Ucap Irdina dengan gembira. Nazran pula terkejut. Terus dibawa Irdina dalam dakapannya. Syukur, Ya Allah.

"Thank you sayang for this. You're really suprising me. Thank you so much. Abang janji, abang akan tebus kesalahan abang yang dahulu. Abang akan sentiasa di samping sayang sepanjang masa yang boleh. Abang nak tengok pengorbanan sayang dan abang nak rasa jugak." Ucap Nazran. Irdina menggengam tangan Nazran dengan erat.

"Sayang,"

"Yes?"

"Menjadikan sayang sebagai isteri abang adalah idea mama. Menjadikan sayang sebagai pemaisuri dalam hidup abang ialah anugerah yang tak terhingga buat abang." Ucap Nazran. Irdina tersenyum bahagia.

"Thank you to be my husband and father to our kids. Terima kasih atas segala-galanya. I love you so much!"

"I love you too, sayang!"

Di permulaan perjalanan yang agak pahit disudahi dengan yang manis. Begitu juga kehidupan Irdina yang banyak melalui liku-liku dugaan untuk menjadi seorang manusia yang lebih menghargai.

Masihkah ada sisa-sisa cinta kita? Ya, masih ada dan bukan sahaja sisa-siaa cinta bahkan ruang yang diisi oleh Irdina dengan cinta Nazran masih lagi bercambah dan bercambah.

Abang, tika sayang mampu bernafas lagi, cinta kita tidak akan mati.~ Irdina.

Sayang, pengorbanan yang tak terhingga sayang takkan dapat abang balas kecuali dengan cinta.~ Nazran.

-Tamat-

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now