"Dina, ayah minta maaf atas semua ni. Atas semua yang terjadi, Dina yang kena tanggung sorang. Kalau ayah tahu hal ni dari dulu lagi, ayah akan betulkan keadaan. Tapi, masa dah berlalu. Ayah minta maaf atas segala perbuatan ayah." Ucap Encik Adam.

Air mata Irdina mengalir. Tubuhnya bagaikan patung. Dia masih dalam keadaan terkejut. Seperti semua ini berlaku dalam sekelip mata.

"Ibu pun nak minta maaf dekat Dina. Ibu dalam kemarahan masa tu dan ibu rasa ibu tak patut buat Dina macam tu. Ibu minta maaf atas semua yang ibu pernah buat dekat Dina." Rayu Puan Iffah.

Irdina berdiri dari kedudukannya. Dia memandang semua tetamu yang tidak diundangnya. Semuanya keluarga dia tetapi sedikit pun tidak menyentuh perasaannya untuk memaafkan mereka.

"Maya, dengan perkataan maaf ni, kau boleh ke kembalikan lima tahun yang dulu? Kau boleh ke pulihkan hubungan aku dengan semua orang yang ada dekat sini?" Soal Irdina. Kepala Maya tertunduk malu.

"Tak boleh, kan? Baru aku tahu aku ni hidup atas dendam orang, atas perbuatan orang. Tahu tak, betapa peritnya aku lalui semua ni? Tahu tak? Seorang diri, aku perlu berdikari untuk hidup aku. Aku perlu bangkit untuk hidup aku sendiri. Kau ada ke ambil berat pasal semua tu?

Orang macam kau takkan pernah ambil berat macam tu, kan? Takkan tahu pengorbanan apa yang aku lalui. Hidup yang aku lalui ni cukup penat. Sangat penat." Sambung Irdina.

Dia mula mahu bersendirian. Dia mahu naik ke biliknya. Tiba-tiba, kakinya ditarik oleh Puan Iffah di tangga. Dia sungguh terkejut.

"Dina, maafkan ibu. Ibu minta maaf sebab buang Dina. Ibu minta maaf." Rayu Puan Iffah.

"Jangan sentuh akulah. Aku tak kenal kau siapa pun!" Tengking Irdina. Dia menyambung naik tangga.

Puan Iffah tersedu-sedan menahan rasa sakit di dada. Inilah kifarah yang dia dapat. Balasan yang dia dapat. Kesalahannya hanya membuang anaknya atas fitnah.

Nazran bangun lalu menenangkan Puan Iffah. Belakang Puan Iffah digosok oleh Nazran. Tangisan yang dihadapi oleh Puan Iffah cukup terkesan buat semua yang ada di situ.

"Ibu, bagi dia sedikit masa dan waktu. Dia masih terkejut lagi tu. Bagi dia tenang dulu." Pujuk Nazran.

Puan Iffah mengesatkan air matanya. Dia berdoa semoga hati anaknya terbuka untuk menerima dia sebagai ibu kembali.

~~~
Nazran menurun tangga sambil memimpin tangan kecil Aira. Selangkah demi selangkah mereka memijak anak tangga untuk turun ke bawah.

"Papa." Panggil Aira.

"Ya sayang." Sahut Nazran.

"Kita nak jumpa siapa?" Tanya Aira. Langkah Nazran terhenti. Dia segera melutut di hadapan Aira.

"Kita nak jumpa nenek dengan atuk, pak long, mak su, aunty Maya." Kata Nazran sambil tersenyum segaris.

"Siapa dia orang tu?" Soal Aira lagi.

"Dia orang tu ahli keluarga kita." Kata Nazran.

Mereka menyambung semula memijak anak tangga sehingga anak tangga yang terakhir. Kelihatan semua sudah menunggu kehadiran Nazran untuk memperkanalkan Aira sebagai cucu Puan Iffah dan Encik Adam.

"Ibu, ayah. Ni Aira, cucu ibu dan ayah." Nazran memperkenalkan kepada mereka.

Terus Puan Iffah pergi ke arah cucunya lalu digomol. Diciumnya dari dahi hingga ke dagu. Dipeluknya dengan erat. Darah daging dan juga keturunan yang ketiga selepas Irdina berada di hadapannya. Jujur, dia tak tahu yang Irdina mengandung. Kalau dia tahu, tentu dia akan menjaga Aira dan Irdina dengan baik.

"Aira, ni nenek." Puan Iffah memperkenalkan dirinya. Aira hanya menggaru kepala yang tidak gatal.

"Yang tu, atuk Aira. Sebelah atuk pulak, tu mak long. Maksu dan sebelah dia, Aunty Maya." Jari Nazran ditudingkan ke arah mereka untuk memperkenalkan semua ahli keluarga Irdina kepada Aira.

"Cucu ibu." Tangisan Puan Iffah bertambah lagi apabila melihat Aira di situ. Sungguh, dia ketinggalan masa-masa yang begitu berharga. Semasa Irdina mengandung, melahirkan, berpantang.

Mereka semua juga bergelinang air mata menahan sebak di dada. Seorang telah hadir dan menjadi ahli keluarga baru buat keluarga ini.

~~~
Irdina menangis di biliknya. Buat masa ini, dia perlukan masa untuk menghadam semula cerita-cerita keluarganya.

Menyatakan semua perasaan ketika melalui dugaan ini, Irdina lega. Rasa yang terkumpul di hatinya sudah terlepas tetapi rasa berdosa pada ibunya tetap hadir di perasaan. Rasa bersalah mula menyelubungi diri. Irdina kesal.

Muncul Nazran di tepinya. Belakangnya digosok oleh Nazran untuk menenangkan Irdina.

"Sayang tak patut buat ibu macam tu." Tegur Nazran.

"Awak kisahkan pasal mak mertua awak je. Saya? Apa awak kisah?" Rungut Irdina.

"Dina, sayang kena tahu yang sayang tengking tu ialah ibu Dina sendiri. Ibu yang melahirkan Dina. Ibu yang membesarkan Dina. Sakit demam sayang bukan je sayang yang tanggung. Ibu sekali yang mendengar keluhan, luahan sayang.

Sejahat-jahat mana pun ibu kita, tak kiralah berbeza pendapat ke, kemahuan ke atau agama sekalipun, kita sebagai anak perlu hormat ibu. Sebab dia dah mengandungkan kita, melahirkan kita, membesarkan kita. Dialah ibu kita." Panjang lebar Nazran memberi teguran kepada Irdina. Macam ceramah motivasi pun ada. Tapi, itu semua untuk menyedarkan Irdina tentang Puan Iffah.

"Sayang dah pernah rasa dah pahit getir membesarkan anak sendiri. Sayang pun ibu dan sayang patut faham perasaan seorang ibu bila anak dia tengking. Apa perasaan sayang bila Aira buat macam tu? Bukan sayang je yang lalui semua benda ni, ibu pun pernah lalui semua ni. Membesarkan abang Iz tanpa ayah disisi." Kata Nazran lagi.

Irdina sebak mendengarnya. Dia pun rasa begitu. Rasa bagaimana Aira memperlakukan terhadapnya. Sangat sakit apabila diperlakukan sebegitu.

Mr. Doktor I love youTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon