Zariff hanya tersenyum apabila melihat Irdina yang sedang bercerita. Timbul di hatinya rasa suka. Ah, adakah ini dinamakan cinta?

"Awak ni, buang tabiat ke apa? Senyum macam orang gila." Tegur Irdina. Pelik dengan tingkah laku Zariff.

"Memang saya tergilakan awak pun." Jawab Zariff.

"Hah?" Irdina tidak dengar kerana kenyataan yang dibuat oleh Zariff terlalu perlahan. Semut yang berjalan terkedek-kedek pun belum tentu dengar.

"Nothing. Weekend ni, awak free tak?" Soal Zariff. Sengaja mahu ubah topik. Tetapi, memang itu tujuannya untuk datang ke sini.

"Weekend ni? Hhmmm." Jarinya diurut di dagu. Memikirkan hujung minggunya kosong atau tidak. Tiba-tiba, i phonenya berdering menjerit mahu diminta untuk mengangkat.

"Hello?"

"Ah, emergency ward? Coming." Kata Irdina sebelum meletakkan panggilan tersebut. Dia segera meninggalkan Zariff berseorangan di dalam bilik itu. Zariff pun faham mengapa Irdina bertindak begitu. Dia pun seorang doktor.

~~~
Puan Iffah menghadap ke tingkap bilik hotel yang ditempah oleh anaknya, Isya sambil mengenangkan perasaan yang dialaminya di rumah Irdina.

Ibu apakah jenis dia ni? Itu persoalan yang sering disoal diri sendiri. Salahnya cuma satu tetapi boleh mengubah sesuatu hubungan. Dan kesannya ialah Irdina. Irdina yang jadi mangsa keadaan.

"Dahlah bu. Jangan sedih-sedih. Isya tahu yang kak Dina tu tak marah pun. Dia cuma terkejut dengan semua ni. Nanti, Isya pujuk dia." Pujuk Isya sambil menggosok belakang Puan Iffah.

"Salah ibu. Ibu yang buang dia, ibu yang cetuskan kemarahan Dina." Katanya sambil tangisan tidak henti.

"Ibu, jangan salahkan diri ibu. Ni semua ujian buat kita. Allah nak uji kita sebab Allah rindukan kita. Daripada nangis mengenagkan kak Dina, baik ibu ambil wudhu, solat. Lepastu doa banyak-banyak supaya hati kak Dina lembut untuk terima ibu. Lagipun, ibu tak boleh stres sangat. Nanti tekanan darah ibu naik." Nasihat Isya.

Biarpun Isya tidak mengetahui hal ini sebenarnya tetapi dia faham akan apa yang dilalui oleh Irdina. Walaupun dia hanya seorang adik, tetapi dia juga berhak untuk menasihati sesiapa. Dia sudah ada misi baharu. Misi memujuk Irdina untuk melembutkan hatinya supaya dapat menerima Puan Iffah kembali.

~~~
Irdina baru selesai dengan kesnya di wad kecemasan tadi. Pesakitnya yang sednag mengandung mengalami kemalangan. Nasib baik, keadaan ibu dan bayi baik-baik sahaja.

Irdina melihat Zariff yang seperti menunggu seseorang di bilik kerjanya. Pelik juga dengan perangai Zariff. Dan kenapa Zariff tunggu dia di bilik ini sedangkan dia ada bilik sendiri dan kerjanya sebagai seorang doktor selalu sibuk?

"What are you waiting for?" Soal irdina. Zariff menoleh ke arah Irdina.

"I'm waiting for you." Kata Zariff.

"Waiting for me? Kenapa pulak?" Soal Irdina lagi.

"Awak tak jawab lagi soalan saya."

"Soalan? Soalan yang mana satu?"

"Weekend ni? Free tak" Zariff mahu mengingatkan Irdina.

"Ya, saya free. Kenapa?"

"Saya nak ajak awak makan tapi kita berdua je. Ada benda nak dibincang."

"Okay, insyaAllah kalau saya free." Kata Irdina.

Zariff tersenyum gembira. Akhirnya, impiannya yang mahu keluar bersama Irdina sudah pun tercapai. Irdina mungkin tidak katakan ya tapi dari segi ayatnya menunjukkan dia terima ajakan Zariff.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now