Dia berjalan ke arah kaunter pejabat. Terdapat Zariff di situ. Dia mempercayai Zariff memerhatinya dari tadi.

"Hey, sejak bila jadi spy ni? Asyik perhatikan orang je." Usik Irdina.

"Saja. Sekali-sekala, tukar pulak kerja. Asyik rawat orang je. Penatlah." Rungut Zariff.

"Amboi, dah pandai menrungut!" Irdina mencekak pinggang.

"Takdelah. Saya gurau je tadi." Zariff menggaru kepala.

"Awak ni, asyik datang wad ni je. Kenapa, wad department awak tu tak de kanak-kanak yang sakit ke?"

"Takdelah. Saya nak refer dekat waris pesakit tadi. Saya tengok family dia orang, kesian dia. Mak sakit mengandung, anak kecil dia pulak demam panas." Luah Zariff.

"Lumrah kehidupan. Setiap manusia akan diuji untuk meningkatkan tahap kekuatan. Disebalik ujian ni, mesti terselit hikmah." Kata Irdina.

Zariff hanya mengangguk. Benar kata Irdina, manusia yang kuat akan sering diuji oleh Tuhannya. Dan ketahuilah bahawa Allah akan menguji atas kemampuan hambanya sendiri.

I phone Irdina berdering. Dia melekapkan i phonenya di telinga setelah dia menjawab panggilan tersebut.

"Yes. Dekat A&E. Ouh, nak bersalin."

"Okay." Irdina mematikan panggilan. Dia mahu membuka mulut tetapi Zariff sudah mengangguk tanda ya. Faham-faham jelah ye. Irdina terus beredar dari situ.

"Hey, Zariff. Aku tengok kau asyik pergi wad ni je. Kau ada apa-apa ke dengan Dr. Irdina tu?" Usik Haiqal yang memerangkap sebagai doktor di bahagian O&G. Dia ialah rakan kepada Zariff.

"Kalau ye pun, apa salahnya?" Kata Zariff.

"Eleh kau. Aku dah tahu dah kau memang ada perasaan dekat dia. Tak try confess ke?" Usik Haiqal lagi.

"Daripada kau sibuk ke tak aku confess dekat Dina, lebih baik kau confess dekat Amira tu, wad department aku. Jangan nak sibuk hal orang." Marah Zariff sebelum pergi. Haiqal pula sudah tersipu-sipu malu apabila Zariff menyebut nama Amira.

"Hey, Zariff. Tunggu aku!"

~~~
Iskandar mengangkat panggilan daripada Nazran. Dia terus melekapkan telefonnya pada telinga.

"Hello bro." Sapa Nazran.

"Amboi, suara ceria semacam je." Usik Iskandar.

"Mestilah weh. Aku nak ucap terima kasihlah dekat kau sebab kau bagitahu aku dekat mana Dina. Jasamu dikenang tau."

"Benda kecik je. Tak payah berterima kasih bagai. As long as kau happy dengan Dina." Kata Iskandar.

"Alhamdulillah." Ucap Nazran tanda syukur.

"Weh Naz, takkan semudah tu kau pujuk dia?"

"Haih, kenapa pulak?"

"Takdelah. Aku pelik jugak dengan Dina ni. Kau pakai ayat apa sampai si Dina tu nak dekat dengan kau? Kalau aku, si Hani tu tiga hari tiga malam jugaklah aku pujuk dia."

"Eh, macam tu pulak?"

"Perempuan ni, kau kena sentiasa dipujuk. Bukannya kau mengayat sikit dah okay. Kau kena pujuk dia sampai dia pergi dekat kau."

"So, kau nak kata, dalam kes ni aku kena pujuk Dina lagi?"

"Yes bro. Aku dengan Hani pun bergaduh sebab cadar katil inikan pula kau dengan Dina yang lima tahun tak berjumpa."

"Ouh. So apa plan kau?"

"Plan dia...."

~~~
Irdina melihat Nazran yang membawa dua buah beg bagasi itu ternganga. Nak buat apa dengan bagasi yang banyak dan besar itu? Takkan nak tinggal dekat sini?

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now