"Kenapa baru sekarang kau tanya aku? Kenapa tak lima tahun yang dulu?"

"Sebab aku tak bersedia lagi. Tolonglah aku dah usaha cari dia dekat mana-mana. Sekarang ni, aku nak kau berterus-terang dengan aku dekat mana Irdina duduk." Arah Nazran.

"I'm sorry, Naz. Aku tahu Irdina dekat mana tapi aku tak tahu dia duduk dekat mana. Tapi aku harap, kau boleh usaha lebih kalau kau sayangkan isteri kau."

"Aku tak kisah. Kau bagitahu aku je."

"Dia dekat Johor Bharu. That's it. Tu je aku boleh bagitahu kau." Setelah memaksa dan dipaksa oleh Hani supaya jangan membuka mulut, akhirnya Iskandar akur. Dia cuma bagitahu apa yang Hani suruh sahaja.

"Thank you so much Is. Aku tak tahu nak balas jasa kau macam mana. Terima kasih sebab percayakan aku." Ucap Nazran. Dengan berbekalkan sedikit maklumat, Nazran yakin bahawa dia masih ada harapan untuk berjumpa dengan isterinya.

Iskandar nampak senyuman Nazran kian lebar. Suka sangat Nazran ni. Jumpa isteri, itu perkara yang menggembirakan hidup seorang lelaki.

~~~
Aira sedang menonton televisyen manakala Irdina pula sedang melakukan kerjanya sebagai pengamal perubatan. Hidup sebagai seorang pelajar sains perlu belajar dan terus belajar.

Buku yang sangat tebal itu dibaca oleh Irdina. Tangan kanannya memegang cawan manakala tangan kirinya asyik menyelak buku tebal itu.

Fokusnya pada buku sangat tinggi sehinggakan Aira yang memerhatikan dia tidak diendahkan. Irdina tekun dengan buku-bukunya.

"Mama, tebalnya buku mama. Mama tak penat ke asyik baca je?" Soal Aira. Baru kali pertama dia melihat buku setebal itu. Lain bukunya, semuanya nipi dan tak sampai satu cm pun ketebalan buku itu.

"Tak. Mama dah khatam satu buku ni tau. Sebab tu mama boleh jadi doktor." Kata Irdina. Dia mahu perhatian Aira.

"Hebatnya mama. Nanti dah besar, Aira nak jadi hebat macam mama lah. Nak rawat orang dengan baca buku-buku macam ni." Kata Aira dengan bersemangat.

Irdina menggosok kepala Aira. Hanya senyuman dapat dibalas. Jika doktor ialah cita-cita Aira, dia tidak menghalang bahkan dia menyokong.

"Okay, kalau macam tu kena belajar pandai-pandai. Baru boleh rawat orang."

"Okay. Aira akan belajar pandai-pandai." Kata Aira. Comelnya!

Wahai anakku, tidakkah kau tahu yang menjadi doktor ini sangat susah. Asyik bersengkang mata baca buku tebal-tebal macam ni.

Tiba-tiba, bunyi ringtones i phone Irdina berkumandang. Tertera nama Zariff di skrin telefon itu. Dia terus melekapkan i phonenya di telinga.

"Assalamualaikum, Dr. Irdina." Zariff memberi salam.

"Waalaikumussalam. Lama berdiam sepi." Perli Irdina. Semenjak dua hari ni, Zariff kurang berkomunikasi dengan Irdina dan juga Aira.

"Saya balik kampung sekejap. Awak ada dekat rumah ke?"

"Ada, kenapa?"

"Kalau nak ajak awak lunch dekat rumah awak, tak manis pulak orang tengok. So, kita makan dekat luarlah. Saya belanja." Kata Zariff.

"Let me think about it."

"You have 3 second."

Irdina mula berfikir. Mahu keluar ataupun tidak. Mood masaknya pun sudah hilang jadi dia malas masak. Lagipun, ada barang lain yang dia nak beli.

"Okay, give me 45 minutes." Kata Irdina.

"Bring Aira too. I miss her so much!" Keterujaan Zariff membuatkan Irdina tersengih sambil memandang Aira.

"Bye." Panggilan tamat di situ.

Irdina memandang Aira yang sedang menonton kartun kegemarannya. Senyumannya kian melebar. Aira pun jadi pelik dengan mamanya.

"Jom kita siap."

"Nak pergi mana?"

"Keluar makan."

"Jom!"

Mereka membuka langkah besar menuju ke bilik tidur mereka. Sementara Zariff dalam perjalanan ke sini, mereka mengambil masa untuk bersiap.

~~~
"Yes, I dah sampai JB. You dekat mana Faz?" Soal Nazran di dalam telefonnya.

Nazran kini di Johor Bharu atas tujuan bekerja di cawangan Megah Holdings yang lain. Megah Holdings sudah melebarkan empayarnya ke serata negara asia tenggara bagi mengembangkan pengurusan dan perniagaan mereka.

"Dekat ofis lagi? Okay, kalau ada apa-apa just let me know. Oh ya, kalau ada hal penting, serahkan dekat Naurah. I dah call dia." Arah Nazran.

"Okay, thank you." Ucap Nazran. Panggilan itu ditamatkan.

Nazran meraup wajahnya. Penat memandunya pun belum hilang lagi ditambah pula dengan masalah di cawangan Megah Holdings. Dia terpaksa turun padang untuk menyelesaikan masalah.

"Susah jugak eh, jadi CEO ni." Iskandar menyedut minuman yang telah dia pesan tadi.

"Kau ingat senang ke? Benda yang menyebabkan susah tu bila semua tanggungjawab terletak pada bahu kau." Kata Nazran sambil memegang bahunya.

"Sama jugak kalau jadi doktor. Kau ketua bedah, kau punya tanggungjawab." Rungut Iskandar.

"Haih, cakap pasal doktor ni, rindu pulak aku dengan steteskop aku tu." Terkenang pula kenangan dahulu. Kenangan di mana dia menjadi seorang doktor.

"Tulah kau. Sesekali tu, jenguklah kita orang dekat hospital. Mentang-mentang dah jadi CEO." Perli Iskandar. Nazran hanya tersengih.

"Apa benefit yang aku dapat kalau aku jadi CEO?" Tanya Nazran.

"Antaranya, perempuan keliling pinggang." Iskandar seperti membisik.

"Amboi kau! Bagitahu Hani nanti." Ugut Nazran. Dia sudah gelak besar.

"Janganlah. Merajuk dia setahun nanti. Susah tau nak pujuk perempuan." Tegah Iskandar. Kalau Hani tahu ni, kompem tidur luar. Takut mak!

"Aku cakap pasal kau. Aku tengok kau alone je." Sambung Iskandar.

"Aku setia pada yang satu je. Irdina will be my first and my last wife. No one can replace her." Ucap Nazran dengan syahdu.

Iskandar yang mendengarnya membuat muka macam nak muntah. Gelilah dengan ayat Nazran. Hey, muntah hijau nanti, salahkan kau Nazran!

"Simpan ayat tu untuk isteri kau eh. Nak muntah aku dengar."

"Eleh kau. Tunggulah aku jumpa Dina nan..." mata Nazran menangkap figura manusia yang berpimpin tangan sambil bercakap dengan seorang lelaki.

Matanya memerhati wanita itu yang memegang tangan seorang budak. Susuk tubuh yang amat dikenali oleh Nazran.

"Sambunglah ayat kau tergantung tu." Kata Iskandar. Pelik tengok Nazran berubah sekelip mata.

"Kau tengok apa?" Soal Iskandar. Dia melihat apa yang Nazran lihat.

"I saw..."

"Irdina."

Hai! No double update for today because i'm super sick right now. Sis still sakit lagi. Ni je yang sis mampu. Harap korang bersabar sebab bab ni buat mood korang akan tertanya. Esok kita sambung, okay!

Mr. Doktor I love youМесто, где живут истории. Откройте их для себя