"Kalau sayang, jaga elok-elok." Jawab Iskandar. Hani hanya tersengih.

"Nazran ada jumpa awak?" Soal Iskandar secara tiba-tiba.

"Tak ada pulak. Kenapa?" Hani pelik. Mengapa Nazran berpelakuan sebegitu? Padahal hubungan mereka sedikit renggang disebabkan Irdina.

"Dia ada call abang. Cakap nak jumpa." Kata Iskandar.

"Kalau dah jumpa tu, jangan pandai-pandai nak bukak mulut tanya Dina duduk dekat mana. Kita dah janji dengan dia so please, abang." Balas Hani. Sakarstik.

"Yelah. Janji mesti ditepati."

"Bukan dicapati. Orang lelaki ni mana boleh percaya." Hani mempersendakan lelaki. Hello Hani, suami kau lelaki jugak tau.

"Yelah. Abang takkan bagitahu dia. So, how's your day? Penat ke?" Soal Iskandar dan dia mahu mengubah topik percakapannya.

Semenjak lima tahun lepas, merekalah yang menjadi perisai buat Irdina. Tak ubah seperti adik beradik tetapi hakikatnya kawan.

"Penat tu tak adalah sangat. Tapi kalau dah Adam hyper sangat, susah saya nak jaga." Rungut Hani.

"Biasalah, budak-budak. Kata nak anak ramai." Usik Iskandar.

"Yang mengimpikan anak ramai tu awak tau. Bukan saya."

Iskandar tergelak. Muka Hani sudah cemberut. Haih, Iskandar ni. Nasib laki aku.

~~~
"Ini bil hospital Dina." Kata Hani sebelum menyerahkan sehelai kertas di dalam sampul itu. Nazran mengambil surat itu.

"Bil hospital tu cukup bukti yang Dina tak pergi mana-mana pun selama dua hari awak tak ada. Hanya di hospital dan ramai saksi yang lain." Jelas Hani.

"Apa yang kau orang nak cuba sampaikan dekat aku?" Soal Nazran.

"Irdina tak pernah keluar dengan mana-mana lelaki kecuali awak dan abang dia. Dia jugak tak tidur dekat hotel mana-mana pun melainkan dekat hospital, rumah awak dan rumah saya. So, stop calling her like perempuan tak ada maruah!" Tengking Hani.

Nazran senyum sinis. Kertas itu dipegang. Lebih menaikkan angin Hani, dia mengoyakkan kertas itu. Lagi Nazran tersenyum dengan perbuatan dia.

"Tak payah nak back-up dia. Mesti kau nakk back-up dia sebab yelah. Dia tukan kawan kau. Aku pun akan buat kalau Iskandar macam tu. Even Iskandar salah." Balaa Nazran sakarstik.

"Apa yang kau nak dari Dina sampai kau seksa dia macam ni?" Soal Hani.

"Dia yang seksa diri dia. Bukannya aku. Siapa suruh dia cetuskan masalah macam ni?" Perli Nazran.

Hani yang menndengarnya mula naik angin. Dia berdiri sambil menjegilkan mata ke arah Nazran. Dia cuba kawal kemarahan dan dia menggunakan kesabarannya di tahap yang tinggi. Kalau tak, dah lama meja restoran itu dibaling. Dia perlu sabar.

Dia membuka langkah untuk keluar dari restoran itu. Begitu juga dengan Iskandar yang setia menemani di mana Hani pergi.

Lamunan itu segera dimatikan. Nazran menyisip kopi yang dipesannya tadi. Hari ini, dia akan bertemu dengan kawannya, Iskandar.

Tidak lama kemudian, Iskandar muncul dihadapannya. Segera Nazran memanggil pelayan untuk memesan minuman kembali. Setelah selesai, Nazran baru mula membuka agendanya.

"Kenapa nak jumpa aku?" Soal Iskandar. Ton suaranya cuba dikawal untuk menjaga perasaan Nazran.

"Aku nak tanya kau pasal bini aku." Iskandar sudah agak. Nazran memang nekad mahukan Irdina. Dia nampak kesungguhan Nazran itu.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now