The Worst Past

228 22 4
                                    

Assalamualaikum semua. Lama betul author tak menulis. Jadi, hari ni author belanja satu topik,ok?
Sebelum mula topik ni, author nak tanya satu perkara.

Korang pernah ada masa silam yang teruk dan tak boleh dilupakan?
Atau korang langsung tak ada masa silam yang teruk ?

Baguslah kalau tak pernah ada. Sila teruskan hingga nyawa diambil. Tapi,bagi yang pernah ada masa silam, satu je benda awak kena ingat. Jangan buka aib sendiri. Jangan cerita kat kawan tentang betapa teruk dan hinanya masa silam awak. Sedangkan Allah jaga aib awak, takkan pulak awak nak bocorkan sendiri.

Bagi author, awak sepatutnya tingkatkan iman, jadi kuat dan tabah selepas lalui masa silam. Perbaiki diri agar tak terjatuh lagi dalam lubang yang sama. Kan itu lebih baik? Ingat jalan yang awak tempuhi ke syurga ni belum berakhir. Masih ada masa lagi untuk awak berubah. Tapi, janganlah sebab ada masa lagi tu awak lengah-lengahkan lagi taubat. Awak tak tau kan bila awak akan dibalut dengan kain kafan?

Ingat. Syurga tu adalah untuk pendosa yang bertaubat. Awak pernah lakukan dosa, author pun pernah. Senang cerita semua orang pun pernah. Tapi, apa yang bezakan kita nanti? Adakah kita bertaubat setelah melakukan dosa atau terus hanyut dengan dunia? Sebab tu, tak kira teruk macam mana pun, hina macam mana pun masa silam kita, teruskan hidup dan jangan putus asa. Bangkitlah dari lubang yang pernah awak jatuh di dalamnya. Kuatkan azam awak, bulatkan tekad yang awak tak akan terjatuh lagi dalam lubang ini.

Walau banyak kali awak melakukan dosa, jangan berhenti taubat. Banyak orang ingat kalau dah dua kali buat dosa yang sama, Allah dah tak terima taubat. Siapa yang cakap macam tu? Asalkan awak betul-betul ikhlas ,penuhi syarat taubat dan insaf, In Shaa Allah taubat awak diterima. Yang penting, jangan disebabkan masa silam yang teruk, awak dah tak nak cuba untuk bertaubat lagi. Jangan anggap diri awak akan ke neraka terus. Usahalah. Kita di dunia, bukan syurga lagi. Cubalah dapat kan tempat yang baik di syurga dengan berusaha di dunia ini. Mana tau awak tergolong dalam syurga paling atas? Tengok-tengokkanlah author sekali. Nak masuk syurga jangan sorang-sorang tau. Tariklah author sekali.

Islam QuotesWo Geschichten leben. Entdecke jetzt