Memorial Of Quotes #1

304 25 0
                                    

{Allah made you a Muslim because He wants to see you in Jannah. All you have to do is prove that you are worthy of it}

{Allah makes the impossible, possible}

{Be somebody in the eyes of Allah even if you are nobody in the eyes of people}

{Life isn't perfect because it's not Jannah}

{Take everyday as a chance to be a better Muslim}

You
Know
Who
Is
The
Lucky
Person
Here?

Please read the first word again.

Ya. Awak. Awak orang yang beruntung tau. Sebab awak diberi hidayah. Kenapa pulak hidayah? Tak nampak pun.

Ya. Memang awak tak nampak. Actually, tak perasan sebenarnya. Cuba pandang perkara yang berlaku dalam hidup awak. Tau tak Allah turunkan hidayah dalam pelbagai bentuk.

Contohnya, tengah-tengah berjalan. Tiba-tiba, terdengar pulak azan berkumandang. Hati pulak entah kenapa terasa sayu. Otak pulak terfikir. Dah berapa lama aku tinggalkan Allah? Solat aku tak pernah nak cuba khusyuk pun. Kalau solat pun, macam ayam patuk padi. And kalau solat, mesti aku lewat-lewatkan sampai dah nak habis waktu. Apa nak jadi dengan aku ni? Bilalah aku nak berubah.

Tau tak itu satu bentuk hidayah? Cuma kita perasan atau tidak. Dan cuma kita terima, guna pakai atau tak. Memang gilalah siapa yang dapat hidayah, tapi mensia-siakannya. Tolonglah. Once awak dapat hidayah,jangan sia-siakan. Berubahlah. Berubahlah. Itu je yang saya mampu cakap. Itu je saya mampu nasihat. Keputusan berada di tangan awak. Kerna saya hanya manusia biasa. Yang sama macam awak. Mungkin sebab apa yang pernah saya rasa, saya harap awak tak patut sia-siakan hidayah.

2018. Dah pergi. 2019 mari. Apa yang perlu kita buat semestinya perbaiki diri kita. Dari segi atau sudut mana pun. Ibadah, akhlak, pelajaran. Semuanya perlu penambahbaikan. Belajar dari kesilapan. Jangan asyik buat kesilapan yang sama je. Ingat Allah. Pentingkan Allah. Utamakan Allah. Dalam segala urusan awak. In Shaa Allah, hati tenang sentiasa walau apa yang berlaku.

Salam sayang,
@novelidaman

A/N: Fyi, kebanyakan quotes saya copypaste. Ada idea bahagian dakwah saya ambil dari banyak sumber dan cuba kembangkan serta terangkan pada awak semua. Sorry. Sebab ada yang tak letak credit. Itu je.



Islam QuotesWhere stories live. Discover now