Lupa

406 26 1
                                    

Assalamualaikum para readers sekalian! So,hari ni kita nak cakap pasal lupa.

Ni bukan lupa biasa-biasa. Bukan juga buat-buat lupa. Tapi,kita nak cakap pasal lupa akan Allah dan nikmat yang diberi olehNya.

Kita ni...memang pelupa. Kadang-kadang lupa nak solat. Kadang-kadang lupa nak study. Kadang-kadang lupa nak buat homework or maybe korang sengaja kan tak buat...?

Apa-apapun,bagi author..lupa yang memang tak boleh blah blah blah tahap kuasa 7 ialah lupa pada Allah dan nikmat yang dia berikan pada kita.

Allah. Tak pernah lupa beri kita nikmatnya. Tapi,kita ni lupa pada Dia. Pagi,malam...lalai je kerja kita. Tengok dramalah...tinggalkan solatlah...asyik tengok artis kesayanganlah...menyanyi yang lagha-lagha lah dan pelbagai lagi aktiviti lagha yang kita buat.

Pernah ke dalam setiap tindakan kita..kita ingat pada Dia? Jalan ingat Dia. Makan ingat Dia. Sebab kita rindu pada Dia. Pernah ke?
Ya Allah,betapa lalainya kami ini! Ampunkanlah kami.

Kita ni...sampai kekadang lupa nikmat yang dia beri pada kita. Oksigen yang kita hirup sekarang ni. Ni bukti nikmatnya.

"Alah...memang hari-hari kita sedut oksigen ni. Benda biasalah.Kecik je. Tak yah nak besar-besar kan. Kata kena bersyukurlah...Ish..Poyo lah kau ni"

Kau pernah kena pelempang sampai tercabut kepala? Tak pernah kan. Nak rasa tak? Aku boleh bagi. Free je.

Cakap tu biar pakai otak. Memanglah kau rasa oksigen ni benda biasa. Nikmat biasa dalam waktu kau lancar bernafas sekarang ni. Tapi nanti kalau kau dah sesak nafas,kau nak kata ke yang :

"Allah...Tak payahlah bagi oksigen pada aku. Oksigen tu benda kecik je. Biar je aku mati"

Ada ke kau nak kata camtu? Takde kan... Jadi, jangan sombong dan lupa pada Allah.

Kuatkan iman kau. Jangan goyah dengan hasutan syaitan. Jangan ikutkan nafsu tu. Selagi kau hidup,usahalah untuk ke syurga. Untuk capai keredhaan Allah. Untuk jadi hamba kesayangan Allah. Kerna kau tahu kan..syurga itu bukanlah percuma. Jadi,usahalah. Aku tak mampu nak gerakkan hati kau sampai kau jadi alim ulama'. Tapi,mungkin aku dihantar oleh Allah untuk sedarkan kau. Sedarkan diri aku sendiri jugak. Kau ingat aku maksum ke? Percayalah. Aku pun ada dosa jugak. Kau hanya kenal aku dekat Wattpad ni je,bukan di alam realiti. Kau tahu, Allah sahaja yang bersama aku pada setiap detik. Dia Maha Mengetahui aku ni macam mana.

Kau,aku tahu kau ni mesti baik. Lebih baik dari aku. Sebab tu Allah bagi kau baca buku ni,chapter ni. Mungkin Allah nak kau,aku berubah. Nikmat hidup ni jangan kau sia-siakan. Gunakan sebaik-baiknya.

Dari hambaNya yang lemah,
novelidaman.

Islam QuotesOnde histórias criam vida. Descubra agora