⚠️-Tundukkan Pandanganmu

905 85 4
                                    

Assalamualaikum semua! Hari ni author nak habaq sikit pasal mata. Mesti semua fikir ada apa dengan mata 👁?

Ok. Semua sedia maklum,yang mata ni nikmat pinjaman dari Allah untuk melihat. Sungguh kita beruntung kerana mampu untuk melihat lagi. Tapi,bila Allah dah bagi, jaga baik-baik. Gunakan mata tu untuk kebaikan,bukan untuk mendatangkan dosa.

Sekarang ni,era dosa lah senang dipanggil. Sebab apa? Sebab sekarang banyak video tak senonoh.Dalam movie tu,berapa banyak perempuan tak tutup aurat? Mesti banyak sangat sampai tak boleh kira.Haih!

Dan sekarang ni kat dalam insta, Facebook atau mana-mana laman sosial lain. Jujur saya katakan hampir semua gambar yang dipost, merupakan gambar orang yang cantik dan handsome. Jadi,kita kena tundukkan pandangan. Jangan kita dok tatap muka dia. Dosa!  Yang perempuan tolong akhi-akhi kita ni tundukkan pandangan! Ada beberapa hukum pasal post gambar ni. Nanti kalau ada kesempatan saya share. Lebih baik,jangan post gambar. Adakah korang nak jadi perempuan yang mukanya sudah ditatap oleh jutaan lelaki? Jangan pulak kita jadi asbab mereka mendapat dosa sebab tatap muka kita di laman sosial. Yang lelaki pulak. Hmm. Kalau nampak gambar perempuan,tundukkan pandangan ye. Saya tahu memang susah sebab korang tu laki kan namanya. Tapi,takkan lah korang ni nak sangat dosa.

Kalau nampak orang yang berlainan jantina lalu ke apa ke kan,tundukkan pandangan.

Dah dikatakan dalam Al-Quran:

Allah berfirman :

قُلْ لِلْمُؤْمِنِينَ يَغُضُّوا مِنْ أَبْصَارِهِمْ وَيَحْفَظُوا فُرُوجَهُمْ ذَلِكَ أَزْكَى لَهُمْ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا يَصْنَعُونَ * وَقُلْ لِلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat". Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya" [QS. An-Nuur : 30-31].

Ada paham? Janganlah pi usha pulak ye.

Sampai situ je lah khutbah author pada hari ini. Semoga semua berjaya dalam misi menundukkan pandangan ni ye. Assalamualaikum.

Islam QuotesWhere stories live. Discover now