Zariff hanya mengangguk. Kalau ikutkan hatinya, nak je dia tanya dimanakah Nazran tetapi dia diamkan diri sahaja. Sepanjang dia berkenalan dengan Irdina, Irdina tidak pernah menceritakan apa-apa pun tentang dirinya kecuali kawannya, Hani.

"Saya rasa awak nak bonding time, kan? Saya keluar dulu." Kata Zariff. Dia meminta diri untuk keluar dari situ.

Melihat Irdina menggendong bayi itu membuatkan dia sebak. Rindu dengan ibunya di kampung.

Kasih seorang ibu itu akan kekal sampai bila-bila.

"Dina." Panggil Zariff yang mahu menyedarkan Irdina dari lamunan. Irdina meneguk air tin itu untuk menghilangkan rasa kering di tekak.

"Yes?"

"Saya tanya awak, how about Aira?" Soal Zariff lagi.

"Dia sihat je. Dia rindukan awak." Kata Irdina. Memang Zariff rapat sangat dengan Aira.

"Dia rindukan uncle Zariff dia. Mama dia?" Sakat Zariff. Irdina tersengih.

"Pandai-pandai jelah awak ni. Dia kata uncle Zariff tak jenguk dia ke? Kesian dia kena main masak-masak dengan Kiki." Kiki ialah nama kepada anak patung kepunyaan Aira.

"Uncle Zariff busylah. Weekend nanti uncle datang eh." Irdina tersengih. Ingat aku ni Aira ke nak bahasakan diri macam tu?

"Awak jangan cakap je. Mesti buat. Last time awak janji, merajuk teruk dia. Tambah pulak kerja saya nak memujuk dia."

"Yelah. Uncle Zariff is coming." Kata Zariff.

Mereka tergelak. Rapat sungguh Aira dengan Zariff. Orang akan memilih kasih sayang daripada kepunyaannya sendiri sebab lumrah sebagai seorang manusia memerlukan kasih sayang.

~~~
Kereta dipakir di dalam rumah teres dua tingkat. Inilah kediaman Irdina dan Aira. Syurga yang mereka bina di sini.

Nur yang datang sambil memimpin tangan Aira serta membawa beg keperluan Aira itu muncul di hadapan Irdina.

"Baru nak ambil Aira tapi Aira dah sampai dah." Usik Irdina.

"Aira ni, dengar je kereta awak terus dia lari keluar." Kata Nur.

Rumah Nur betul-betul berada di sebelah Irdina. Nur merupakan babysitter Aira. Jika Irdina oncall atau syif malam, Nur ialah penyelamat Irdina untuk menjaga Aira.

"Hari ni, Aira pergi tadika ke?" Soal Irdina. Aira memang liat untuk ke tadika tetapi Irdina bersyukur. Semakin hari semakin mahu duduk dengan Nur dan mahu ke tadika.

"Mestilah pergi mama." Kata Aira sambil memeluk kaki Irdina. Dengan ketinggiannya paras peha Irdina. Comelnya.

"Yeke?" Irdina sudah mula curiga. Boleh percaya ke budak ni?

"Ye Dina. Akak yang hantar dia tadi. Sekarang ni, dah pandai dengar kata orang." Puji Nur.

"Terima kasih Kak Nur." Ucap Irdina.

"Sama-sama." Balas Nur. Beg keperluan Aira bertukar tangan.

"Akak balik dulu." Nur meminta diri untuk beredar. Mereka terus masuk ke dalam untuk merehatkan diri.

"Aira dah mandi ke?" Soal Irdina.

"Dah, dekat rumah ibu Nur tadi." Jawab Aira dengan bersemangat.

"Okay, mama mandi dulu eh. Nanti kita masak sama-sama." Kata Irdina. Dia mula naik atas manakala Aira menonton televisyen.

~~~
Makan malam sudah terhidang. Hasil masakan Irdina ini menjadi santapan makan malam mereka. Baunya sangat sedap. Aira pula setia untuk makan bersama dengan Irdina.

Usai menyuruh Aira membaca doa makan, mereka makan. Fokus sungguh Aira makan makanannya. Sememtara itu, Irdina melihat segala notifikasi yang masuk.

Mesej dari Zariff.

"Aira, weekend ni, kita jumpa uncle Zariff eh." Cadang Irdina.

"Wah, jumpa uncle Zariff. Nak jumpa uncle Zariff. Aira rindu dia."

"Seronok ke jumpa uncle Zariff?"

"Seronok. Uncle Zariff selalu temankan Aira main masak-masak. Tak sabarnya nak jumpa uncle Zariff." Teruja sungguh Aira apabila mendengar nama Zariff.

Dia menggosok kepala Aira. Haih, seronok sangat jumpa uncle Zariff dia tu.

"Kalau macam tu, habiskan makanan ni." Arah Irdina.

Zariff suka melayan budak-budak. Sebab itu dia rapat dengan Zariff. Bukan mahu kata Irdina tidak pandai melayan budak-budak, tetapi dia tegas. Manja pula ada masa. Patutlah Zariff mahu mengambil keputusan untuk menjadi pakar pediatrik, pakar kanak-kanak. Memang minatnya ke arah itu.

~~~
"Assalamualaikum!" Laungan suara itu datang dari luar rumah.

Irdina berlari anak untuk melihat siapa gerangan itu. Irdina terus membuka pintu. Terkejut Irdina dibuatnya.

"Hani!" Laung Irdina. Dia terus memeluk kawannya. Pelukan erat itu disambut oleh Hani.

"Lamanya tak jumpa kau." Kata Hani. Lamanya tak jumpa dia.

Hani dan Irdina masih lagi berhubung tetapi dari jauh. Hani masih lagi menetap di Shah Alam. Mereka sudahpun mendapat cahaya mata. Adam Izz Haiqal namanya. Sedap nama tu. Iskandar pula dilantik sebagai ketua jabatan ortopedik di Shah Alam Medical Centre. Kehidupan mereka sentiasa bermurah rezeki.

"Aku pun lama tak jumpa kau, Hani." Kata Irdina.

"Yelah. Orang tu dah jadi consultant O&G lah katakan. Mana nak pandang medical officer macam aku ni." Perli Hani.

"Eleh, kau tu yang tak nak sambung masters. Jomlah masuk." Pelawa Irdina.

Alang-alang masuk ke dalam rumah, masuk sekali ke dapur. Senang, terus hidang air di meja makan saja. Lagipun bukannya siapa-siapa pun. Kawannya sendiri.

"How's your life? Better?" Soal Hani.

"Alhamdulillah. Aku dah ada Aira so hidup aku complete." Irdina tersenyum. Cukup Aira pelengkap hidup Irdina.

"Alhamdulillah. You know what, bila aku compare balik kehidupan kau lima tahun lepas dengan yang sekarang, berubah 360 darjah. Aku tengok kau dulu down gila. And sekarang Irdina yang aku kenal ialah Irdina yang kuat menghadapi ujian." Puji Hani.

"Aku kuat pun sebab kau yang banyak tolong aku. Thank you so much Hani." Ucap Irdina.

"Kau ni, asyik ucap tu je. Thank you Hani lah, apalah. Ucaplah benda-benda yang something new dekat aku ni." Perli Hani yang mahu hidupkan keadaan baharu.

"Something new? Apa yang baru?" Ditilik wajah Hani yang kian berseri.

"Kalau aku kata aku pregnant 4 weeks, aci tak?" Mulut Hani dirapatkan ke telinga Irdina.

"Pregnant? Are you serious?" Irdina terkejut. Pregnant? Sejak bila.

"Seriously, aku pregnant. Yeay, dah jadi mak anak dua!" Laung Hani. Terujanya seperti budak kecil.

"Yahoo! Boleh Aira dapat kawan lagi!" Laung Irdina. Masuk air juga dia ni.

"Cakap pasal Aira ni, mana dia? Tak nampak pun." Soal Hani sambil memandang sekeliling. Selalunya dia datang, Aira orang yang akan menyambut kehadiran dia tetapi lain pula.

"Dia keluar dengan uncle Zariff dia. Pergi jalan-jalan." Kata Irdina.

"Uncle Zariff? Siapa tu?" Soal Hani.

"Kawan aku. Eh, kau makan dekat sini jelah eh. Aku masak." Pelawa Irdina.

Hani hanya mengangguk. Makan apa yang Irdina masak. Memang sungguh menyelerakan. Masakan Irdina sangat sedap. Requestlah apa-apa pun. Mesti menjadi punya.

Sis dengar luahan hati korang yang inginkan chapter lagi. Korang mesti dalam mood suspen dan menjadi overthinking dengan Nazran kan? Sabar kepada sesiapa yang geram pada Nazran.

Mungkin korang semua boleh gunakan #DiNazran dan #DinaZariff untuk memilih siapa lelaki yang berdamping dengan Irdina. Hahahahahahahahahahahahhahahahahahaahhahaa.


Chapter 53 is on typing.

Mr. Doktor I love youDonde viven las historias. Descúbrelo ahora