Tersenyum senang Syariff melihat Adelia yang teruja dengan reka bentuk bilik mereka. Sebenarnya ada lagi dia hendak tunjuk tapi nak kena keluar ke beranda. Terus dia matikan sahaja niatnya , nak pula sekarang dah pukul 5.00 pagi.

"Syariff boleh tak kita tour rumah ni sekarang ?" soal Adelia dengan teruja.

"Nope. Kita tidur okay ? after subuh if awak larat , kita tour rumah ni sampai awak penat." balas Syariff.

"Lepas tour , kita keluar beli barang tau. Saya dah tak sabar dah nak deco bilik kita. Saya dah ada idea what concept yang sesuai untuk bilik kita. Saya nak-"

"Sayang , saya nak tidur." pinta Syariff apabila Adelia dah mula nak membebel panjang.

"alright , alright.. saya lupa awak baru sampai." kata Adelia.

Mereka berdua melangkah masuk bilik tetamu. Segala kelengkapan dalam bilik itu sudah lengkap. Syariff sekejap sahaja sudah dibuai mimpi indah sebaik sahaja baring. Nampak sangat dia penat. Adelia mengusap lembut pipi Syariff sebelum sebuah kucupan dihadiahkan di dahi Syariff.

Tubuh Syariff juga dipeluknya erat.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
"Sayang tak nak bangun ke ?" kejut Syariff apabila jam sudah menunjukan pukul 9.00 pagi. Serba - salah dia nak kejutkan Adelia selepas dia tidur semula sebaik sahaja selesai solat subuh.

"5 minit." balas Adelia. Selimut yang ditarik oleh Syariff dicapai dan terus dia menyelubungi tubuhnya dengan selimut. Tergelak Syariff dibuatnya.

"Kata nak saya bawa awak tour rumah kita ni ? Lepas tu kata nak shopping beli barang bilik kita. Tak nak ke ?" soal Syariff. Laju sahaja Adelia menolak tepi selimutnya.

"Mestilah nak ! Jurp , saya mandi siap-siap." kata Adelia sebelum berlari masuk ke dalam tandas. Tidak lama lepas pintu bilik air tutup , pintu bilik air terbuka semula. Terjengul kepala Adelia di muka pintu.

"Awak , baju saya ada tak ?" soal Adelia.

"Ada." Syariff terus menghulurkan baju yang sudah siap dia sediakan dari awal lagi.

"Tuala ?"

"Guna tuala saya." Syariff menghulurkan tuala yang tergantung kepada Adelia.

Ketika Adelia sedang bersiap , Syariff mengambil kesempatan yang ada untuk menyediakan sarapan. Nasib baik dia dah arahkan setiusahanya beli barang dapur.

Adelia yang baru sahaja selesai bersiap , melangkah ke ruang tamu tetapi kelibat Syariff langsung tidak kelihatan. Bunyi bising di dapur membuatkan Adelia tersenyum kecil.

Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dapur. Mengucap panjang dia melihat dapur yang bersepah. Macam baru lepas berperang.

"Sayang awak buat apa ni ?" soal Adelia. Syariff yang sedang ralit menghias pancake-nya terkejut apabila Adelia menegurnya secara tiba-tiba.

"Ah !"

Tergelak Adelia dibuatnya. "Awak buatkan saya pancake ?" soal Adelia apabila melihat meja makan sudah tersusun cantik dengan sarapan pagi.

"Yup , pancake chocolate. Saya letak banyak chocolate dalam pancake ni." balas Syariff.

"Bila masa awak belajar buat pancake ?" soal Adelia dengan terharu. "Hmm ? Setiap kali saya tengok awak buat pancake chocolate." balas Syariff.

"Patutlah dapur bersepah dengan tepung merata-ratanya." kata Adelia sambil menjeling ke arah dapur elektrik yang penuh dengan tumpahan tepung dan juga acuan pancake. Kulit telur juga terbiar sahaja di dalam sinki.

"Itu bukan point utama , wak. Point utama kat sini , pancake buatan saya. Cubalah rasa." Syariff menarikan kerusi buat Adelia.

Sebaik sahaja Adelia duduk , dia mengambil tempat di sebelah Adelia. Berdebar pula nak tunggu reaksi Adelia. Sebaik sahaja Adelia makan sesuap pancake-nya , Syariff rasa macam dia tak bernafas !

"Sedap tak ?"

"Sayang manisnya !" kata Adelia dengan muka tak percaya.

"Manis ? Saya ikut 100% resepi awak." kata Syariff dengan tidak percaya. "Ke sebab chocolate yang saya guna ? Chocolate brand favourite awak tak adalah dekat Malaysia." kata Syariff.

Tergelak Adelia melihat wajah serba salah Syariff. Ingat nak kenakan laki sendiri tapi tengok muka dia , alahai rasa jahat pula aku main-mainkan dia.

"Bukan pancake. Tapi awak lah yang manis tu. Sweet sangat , terharu saya." kata Adelia dalam sisa tawa.

Terus tersenyum lebar Syariff dibuatnya.
"Dia ni kan..." dengan pantas Syariff mengucup lembut bibirnya Adelia.

"Hmm.. Ni pun manis juga." kata Syariff. Kali ini dia pula yang mengetawakan Adelia yang dalam keadaan terpinga-pinga.

"Mana boleh serang hendap !" marah Adelia. Syariff menarik leher Adelia , wajah Adelia dekat dengan wajahnya. Dengan lembut dia mencium bibir isterinya , sesekali dia mengigit nakal bibir Adelia.

Sebaik sahaja ciuman dilepaskan , Adelia mencubit geram bibir Syariff.

"Ouch ! Sakit lah sayang." adu Syariff.

"Padan muka !"









×××
Peace.

Adelia HumairaWhere stories live. Discover now