winter ❜ 0 3

101 34 30
                                    

DABIN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DABIN

"Dabin, bangunlah. Kata ada kelas hari ini, " Sedang nyenyak aku mimpikan crush aku, suara Taeri menerjah masuk telinga aku.

"5 minit"

"Yah, Kim Dabin!, " Aish, nak tak nak aku kena bangun. Susah kalau dah dengar si Taeri ini membebel. Sehari kau takkan terlepas dari dia.

Dengan malasnya, aku menggeliat. Susuk tubuh Taeri yang sedang bercekak pinggang aku pandang lantas menghadiahkan jelingan maut.

"Apa jeling-jeling? Dah sakit mata sangat ke nak pandang aku?, " Ssup, perlian dia masuk ke dalam otak aku. Sakit weyhhh dengar.

Eyyy minah ni karang. Mohon kepada sesiapa yang dapat dia, menyesal. Nasib lah kawan. Kalau tak, dah lama aku ikut kan kata hati yang ingin campak dia ke dalam lombong. Biar dia rasa mati dengan najis. Ya Tuhan, apa benda aku merepek ini. Dia kawan kau Dabin. Ingat.

Langkah yang kasar aku ambil menuju ke tandas. Hilang saja diri aku ke dalam tandas, Taeri juga keluar dari bilik aku.

winter ❜ jjk

Aku berlari ke kampus memandangkan aku sudah terlambat. Lagi 10 minit kelas Mr Min akan berjalan tapi kalau ikutkan aku dari sini ke kelas, mengambil masa lebih kurang 10 minit.

Ini semua gara-gara tempat parkir yang tiada. Nasib saja Taeri ada untuk gantikan tempat aku bagi mencari tempat parkir memandangkan dia tiada kelas pagi ini. Kelajuan larian aku tingkatkan lagi memandang masa tinggal lagi 5 minit.

Masuk saja ke ruang koridor, buku aku terjatuh ke lantai memandangkan bahu aku berlanggar dengan bahu seseorang. Ah, shit. Apakah semua ini? Masa aku lambatlah baru nak terlanggar bagai.

Tanpa membuang lebih banyak masa, aku menunduk untuk mengutip buku-buku yang bertaburan dengan pertolongan dari si dia. Nasib baik hati nak tolong, kalau tak dah lama aku sumpah saranah Mamat ini.

"Sorry, " Ucapnya sambil menghulur buku terakhir milikku

Aku memandang wajahnya. Jelas kelihatan yang dia begitu ikhlas memohon maaf. Aku tersenyum kecil lantas bangun dari terus bercangkung.

"Its okay. Maaf, saya dah lambat. Lain hari bila kita berjumpa lagi, saya belanja awak, " Kataku lalu beredar ke kelas. Jam di tangan aku kerling sekilas. Ah shit, aku dah lambat.

Ahhhh, konfem sir Yoongi akan attack aku dengan soalan padu dia itu. Mati kau Dabin, mati. Sampai di kelas, aku menghirup nafas untuk menenangkan diri. Pintu belakang kelas, aku tolak perlahan. Badan aku tundukkan sedikit bagi mengelakkan sir Yoongi nampak. Langkah penuh hati-hati aku ambil menuju ke meja.

"Kim Dabin, " Ouh shit.

Dengan perlahan aku bangun. Wajah garang sir Yoongi, aku pandang takut. Kini, semua mata pelajar-pelajar tertumpu padaku. Titik perhatian, lol.

"Maaf sir, ada berlaku kemalangan sedikit tadi, " Kemalangan sangat kalau setakat terlanggar lelaki tadi

"Kim Dabin, kamu dah lambat 5 minit. Kamu tahu kan? "

Aku mengangguk kecil lalu meneguk air liur tawar. Tak terasa langsung di tekak. Hati aku sudah berdebar tidak tentu arah akibat takut sir Yoongi memalukan aku. Apa? Ingat dia tak berani?

Pernah sekali dia suruh pelajar yang lewat masuk kelas dia menari di atas pentas sewaktu karnival tahunan kampus kami. Sir Yoongi ini memang gila dengan denda.

"Disebabkan baru sekali ini kamu lewat, berdiri di meja kamu sepanjang kelas saya. Hari ini, segala soalan yang saya tanya, saya nak awak jawab. Faham itu? "

Aku meneguk air liur. Haih, nasib jawab soalan saja. Kalau dia suruh aku menari depan orang, memang mati aku kerjakan dia. Aku menurut perintah dia. Tas tangan serta buku-buku aku letakkan di atas meja. Sekali ini saja Dabin kau berdiri.

"Pssttt, " Suara Jimin di sebelah, aku abaikan. Tak ada mood nak layan dia

"Sayang, " Ahhhh Jimin, tolong jangan panggil aku sekarang boleh tak? Aku cair ini.

"Sayang, " Panggilnya lagi. Kali ini aku pandang sebab sir Yoongi sedang sibuk menulis di papan putih.

"Apa?, " Soalku separa berbisik

"Kenapa lambat? "

"Nanti saya cerita, " Kataku lantas berpaling ke depan semula tatkala mendengar suara Sir Yoongi.

Haih, soalan demi soalan dia tanya. Dengan hati tak rela, aku jawab dan semuanya salah. Ya, aku tahu aku bengap dalam bab kimia. Tapi, se-bengap-bengap aku inilah, yang selalu dapat markah terbaik dalam kimia. Aku bengap dalam kelas saja. Waktu exam aku jawab lah betul-betul.

❛ ᵀᴼ ᴮᴱ ᶜᴼᴺᵀᴵᴺᵁᴱᴰ ❜

↷ lol, apakah hubungan Dabin dengan Jimin?

↷ feedback? Ada ke idok? Meh share sini

↷ How?:

Yes / No

↷ vote and Comments Darlings 🖤

↷ random tag:
yehetea saegullarity dadjeons kentangfav RaraNadirah Yumiyummy__ syalala- icelemonade- iris_baebae taehyungbabe-

Winter •° Jjk ft. PjmWhere stories live. Discover now