Winter ❜ 0 1

159 40 115
                                    

DABIN

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

DABIN

Hoodie hitam kegemaranku, aku sarungkan pada badan. Dompet serta telefon pintar aku masukkan ke dalam poket kiri hoodie lalu menyeluk kedua - dua belah tangan ke dalam poket hoodie akibat kesejukan.

Sejurus itu, aku melangkah keluar dari bilik selepas memastikan semua suis tertutup bagi mengelakkan bil elektrik daripada menaik. Pintu bilik aku tutup semula setelah melangkah keluar. Kaki diayunkan pula menuruni tangga dengan laju dalam langkah berhati - hati.

" Taeri-ah, aku keluar sekejap tau," Kata kunci sambil mencapai kunci kereta yang tersangkut pada penyangkut belakang pintu.

"Kejap!, " Laungan Taeri yang datang dari dapur membuatkan langkah aku terhenti. Aku memandangnya yang menjengul kepalanya keluar dari pintu dapur.

"Kenapa? "

"Nak pergi supermarket ke itu?, " Soalnya dan dibalas dengan anggukan dari aku

"Belikan roti dengan telur boleh? Terasa nak buat puding roti pula malam ini, " Katanya lalu tersengih malu

"Hurm, iyalah. Nanti aku belikan. Lagi? Ada apa - apa lagi nak order? "

"Itu saja kut. Thanks tau, " Aku mengangguk seperti orang tidak ikhlas.

Bukan tidak ikhlas sebenarnya, tapi aku dalam keadaan malas sekarang ini. Sebab itu mood aku pun swing hari ini. Dedaun pintu aku tutup lalu menyarungkan selipar pada kaki. Punat on/off pada kunci kereta, aku tekan untuk membuka kereta yang sedia terkunci.

Winter ❜ Jjk

Handbreak aku tarik sebelum mematikan enjin kereta. Siap segalanya, kunci kereta yang terletak di atas dashboard, aku capai lalu dimasukkan ke dalam poket seluar. Bagi langkah berjaga-jaga juga. Kang kalau aku letak dekat dalam poket hoodie karang, takut tercicir pula.

Troli yang tersedia di tepi ruang tempat masuk Market, aku ambil dan meneruskan misi aku, iaitu membeli segala barang dapur. Masuk ruang pertama, aku mencapai sekotak corn flakes perisa banana yang menjadi kegemaranku tiap kali sarapan pagi.

Baru hampir 1 jam berada di pasar raya, troli aku sudah hampir dipenuhi dengan pelbagai barangan dapur dan keperluan diri. Sedang khusyuk aku memilih tepung pancake, secara tiba - tiba aku merasakan ada seseorang menarik tanganku ke belakang.

Aku yang masih terkejut terdorong ke dalam dakapan lelaki aku. Aku diam terkedu dalam pelukan dia. Tapak tangan kiri aku pula sudah selamat menahan dada bidangnya. Tidak lama kemudian, aku dilepaskan dari pelukannya.

Dengan segera aku menoleh ke belakang di mana tempat terletaknya koleksi tepung pancake dan melihat banyak tepung pancake bertaburan di atas lantai. Sekarang baru aku mengerti mengapa lelaki itu menarik aku. Aku menoleh memandangnya kembali untuk mengucapkan 'terima kasih'

Namun, belum sempat aku memulakan sebutir bicara, dia sudah menghilang. Menghilang ke arah yang aku sendiri tidak pasti di mana. Secara tiba - tiba aku diterpa oleh dua orang pekerja yang sedang mengah mungkin kerana baru lepas berlari barangkali?

"Maafkan kami cik, atas kecuaian kami, cik hampir menjadi mangsa, " Ucap salah seorang daripada pekerja itu.

Aku sekadar tersenyum tawar. Bukan apa, dalam kepala otak aku ini asyik terfikir saja ke mana lelaki tadi pergi. Dahlah aku tidak sempat mahu melihat wajahnya lagi. Kalau aku tengok tadi, senang sikit kalau terserempak.

"Its okay, " Kataku pada dua orang lelaki itu lalu menarik troli beredar dari situ untuk mencari lelaki tadi. Harapnya aku dapat jumpalah.

❛ ᵀᴼ ᴮᴱ ᶜᴼᴺᵀᴵᴺᵁᴱᴰ ❜

────

↺how? Harap tak hambar lah untuk first chap ini 😅

Yes / No

↺ vote and comment darlings 🖤

↺random tag:

dadjeons biskutpendek RaraNadirah Yumiyummy__ sooriee1 BANGTANTHIGHS- Dnutscaramel naylysha syalala- taehyungbabe- iris_baebae icelemonade- liakookme qnynaa areummato

Winter •° Jjk ft. PjmWhere stories live. Discover now