𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 45

55.3K 2.5K 202
                                    

Guys! Dengar lagu kat atas tu sambil baca part Harith okeh!

    

"

    

Tya?" Tya menoleh apabila namanya dipanggil.  Senyuman terbit di wajah apabila Wani yang berada dalam seragam formal tanda baru pulang dari kerja mendekati dia.

"Kenapa termenung sorang-sorang kat sini?" soal Wani.

"Habis, takkan nak termenung ajak Cik Hajar" sambil berloyar buruk dia beralih sedikit ke tepi memberi ruang kepada Wani duduk di sebelahnya.

"Ah, letihnya" sambil merungut tubuh disandarkan dan mata dipejam.

"Biasalah, nama pun kerja. So, macam mana?" Wani tersenyum.

"Alhamdulillah aku dah boleh coop sikit-sikit dengan kerja walaupun aku rasa tanggungjawab yang ibu bagi ni macam berat sangat" ada tawaan kecil di hujung bicara membuatkan bibir Tya turut menguntum senyum. Berat mana pun tanggungjawab itu Tya yakin Wani mampu. Wanita itu cukup kuat untuk segalanya.

"Aku yakin kau boleh Wani" Wani menyandarkan kepalanya di bahu Tya. Perut Tya diusap, itu sudah menjadi hobinya sejak Tya diawal kandungan.

"Baby cepat keluar ye.  Boleh Mama awak ni tolong Ibu uruskan syarikat besar Tok ibu awak tu" Tya tertawa kuat.

"Ibu eh? Sounds nice on you"

"Kan. Aku memang nak sangat anak-anak aku panggil aku ibu nanti. Manis gitu" jawabnya memberi pendapat.

Manis macam kau Wani.

Suasana sunyi seketika. Kesunyian yang mendamaikan.

"Tya, kenapa lately ni aku perasan kau banyak termenung? Makin kerap.  Kau tahu kan tu tak baik untuk baby" soal Wani bernada risau mengubah kepada topik yang baru. Topik inilah memang dia mahu bincangkan bersama Tya pun sejak dia perasan Tya banyak menyendiri kebelakangan ini.

Tanpa Tya sedar, tadi sudah hampir 20 minit dia berada di belakang Tya memerhati wanita itu.  Selalunya tak sempat dia ingin menyapa pasti Tya sudah dapat agak terlebih dahulu kehadirannya.

"Tak ada apa. Saja hirup udara segar luar ni. Kan bagus untuk baby" Tya membalikkan fakta pula.

"Serius lah Tya. Jujur dengan aku"

Tya melepaskan nafas berat.  Hatinya kembali hiba, berat untuk dia ceritakan pada Wani.  Hatinya terasa sebak sejak apa yang terjadi dua hari lalu yang meninggalkan luka kecil di jari telunjuknya.

"Aku tak tahulah Wani... Aku rindu dia" Wani mengangkat kepala.  Air liurnya ditelan apabila air mata Tya mula bertakung. Tangan lembut itu digenggam. Segunung bersalah yang sejak dulu menjadi peneman dia kembali hadir.

"Hari-hari Wani.  Aku rasa bersalah sebab aku tinggalkan dia dan makin hari rasa ni makin kuat lagi-lagi bila aku mengandungkan anak dia" wajah Wani dipandang sayu.

"Aku dah janji dengan dia yang aku tak akan tinggalkan dia, Wani. Aku dah janji yang aku akan ada dengan dia sampai bila-bila. Kenapa?  Kenapa aku rasa macam ni, Wani? Sakit sangat. Aku tak tahu apa yang aku buat ni betul ke tak, aku tak tahu kenapa aku rasa bersalah. Aku tak tahu, Wani. Aku penat dengan rasa ni" semakin galak Tya menangis semakin tersentap hati Wani.  Tubuh Tya pantas ditarik ke dalam pelukan.

"Aku minta maaf, Tya. Aku janji dengan kau, aku akan sentiasa ada dengan kau. Kita tempuhi benda ni sama-sama tapi sekarang tolonglah, demi anak kau jangan fikirkan masalah ni dulu" Tya terdiam seribu bahasa. Tya tahu Wani risau tapi Tya sendiri tak mampu mengawal fikirannya dari terus merasakan apa yang dia rasa kini.

Possession √Where stories live. Discover now