𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 41

53.2K 2.5K 225
                                    

T

    

ya termenung ke arah luar dinding kaca hospital, terbentang luas langit biru dihiasi kekabu awan putih yang indah - karya Tuhan. Bergabung dengan bangunan-bangunan mercu hasil gigih tenaga kerahan manusia yang teguh berdiri ditanah pinjaman milik Tuhan. Menenangkan.

Tangannya tidak berhenti mengusap perut yang masih kempis, ada nyawa yang menumpang di rahimnya. Bibir Tya terhias senyum indah bersama air mata mengalir perlahan merentas di pipi mulusnya. Belum pun berbentuk, belum juga ditiupkan rohnya tapi kasih Tya pada si anak syurga sudahpun tiada berbelah bahagi. Terlalu sayang.

Setiap kali mengenangkan si anak juga Tya tak henti mengingati si penanam benih di rahimnya. Setiap saat tidak terlepas dari ingatan. Setiap saat hatinya terasa perih, setiap saat ada rindu bertamu, setiap saat jiwanya menangis.

Inilah pengakhirannya...

Kerana ini kebaikannya.

Pengakhiran kisah cinta kita.

Wani yang sedang lena di katil tetamu bersebelahan Tya terjaga apabila terdengar esakkan Tya.

"Tya?" dengan mata yang masih kabur, dia bangkit dan rapati Tya.

Tya yang menangis di atas katil memandang ke arah Wani. Gusar.

"Wani! Anak aku Wani? Anak aku macam mana?" tangan Wani ditarik, air mata sudah berjujuran merentasi pipi, wajah putihnya sudah memerah.

"Shhh, anak kau selamat alhamdulillah. Tya, tenang" Tya memejam mata.

Syukur Ya Allah.

Degupannya mula beransur tenang mendengar jawapan Wani. Tangannya erat menggenggam jemari Wani, meminjam sedikit kekuatan gadis tabah itu.

"Aku mengandung Wani" bisiknya bersama senyuman. Tuhan sahaja tahu apa yang dia rasakan sekarang, sakitnya seakan hilang mendengar berita baik itu. "Ye Tya"

"Harith?" senyuman di bibir Wani mati sepenuhnya membuatkan senyuman di wajah Tya juga mati.

"Dia tak tahu aku dekat sini?" Wani menggeleng.

"Tak. Demi kebaikan kau" Tya terdiam seribu bahasa. Matanya galak membalas pandangan sayu Wani.

Sekelip mata ada mutiara jernih mengalir. Dia faham maksud pandangan Wani.

"Kau pernah bagitahu aku dulu, kalau diberi peluang kau nak lari jauh dari dia. Bukan sebab benci tapi sebab terlalu cinta. Kau tak nak cinta dia makin mekar bila kau semakin lama dengan dia sebab kau tahu hubungan kau akan buat kau dengan dia merana. Kan?" air mata Tya mengalir lagi.

Sakitnya Ya Allah.

Hatinya bagai dicarik. Air liur cuba ditelan, perit.

Ye, dia pernah beritahu Wani perkara itu suatu ketika dulu sebaik menceritakan bencinya Tengku Qasyrin pada dirinya.

Bagaimana wanita itu sedaya upaya cuba menghapuskan dia. Ditambah pula dengan mimpi yang bagai memberi klu apa yang bakal berlaku di masa akan datang, dengan segala ugutan wanita berpengaruh itu dan segala yang pernah terjadi.

Semunya alasan untuk dia pergi.

Bagai mustahil jika sengsara tidak menanti di penghujungnya, jadi sebelum waktu itu tiba dan memberi rasa yang lebih sakit. Lebih baik dia berudur sekarang bukan?

Tya bukan orang kaya, berpengaruh jauh sekali. Dia tak mampu melindungi diri dan menjamin masa hadapannya dari kebencian Tengku Qasyrin.

Wanita bernama Tengku Qasyrin mampu melakukan apa sahaja. Walaupun yang mustahil di akal fikiran Tya.

Possession √Where stories live. Discover now