Possession | 15

95.8K 4.2K 180
                                    

          JAM sudah menunjukkan tepat jam 10 malam. Tengku Harith masih belum pulang dan Tya juga tidak rasa seperti mahu tidur. Awal lagi pun kalau dia nak mengelak bertembung dengan Tengku Harith kerana waktu biasa lelaki itu pulang kan 12 malam ala-ala Cinderella.

Seperti sejak 3 jam sebelumnya, Tya masih kekal duduk di atas rumput buatan di belakang rumah. Sejak minggu pertama berada di rumah Tengku Harith, di belakang rumah itulah tempat yang sering dia pergi untuk sesi 'Sort out my thoughts' yang sentiasa berakhir dengan tanda tanya.

Tya sukakan tempat itu, tenang. Kawasan itu tidak terlalu luas dan tidak terlalu kecil, sedang-sedang sahaja. Dari tempat yang Tya duduk, dia dapat lihat langit malam yang terbentang luas dengan berhiaskan terangnya bulan dan bintang. Waktu siang pula awan yang membiru menjadi pemandangannya. Tya suka, kerana karya Tuhan ini sungguh mendamaikan jiwanya yang bercelaru.

Di siang hari juga kawasan itu tidak terlalu panas kerana sebahagiannya adalah kawasan tertutup. Lapang kawasan itu yang kosong tanpa apa-apa perhiasan melapangkan fikiran Tya. Entah apa fungsinya tempat ini,

Sejak 2 minggu lalu juga dia mula meluangkan pagi dan malamnya di situ juga, Tya sering mendekorasi ruang itu melalui imaginasinya - air pancut buatan berbentuk berada di tengah-tengah kawasan itu dan di kelilingnya ada kolam ikan, pokok-pokok yang digubah menjadi suatu bentuk ala-ala filem hollywood mengindahkan lagi pemandangan. Ada outdoor day bed ala kepompong yang boleh dibuat tidur, ada buaian.

Haih, tapi itu bukan rumah Tya jadi hanya berangan sahaja yang dia mampu lakukan.

Kan seronok jika dia dapat jadikan impiannya itu kenyataan, pasti dia akan meluangkan harinya di situ tanpa jemu.

Tup!

Tubuh Tya terhenjut mendengar bunyi itu. Matanya dibuka seluas mungkin meneliti kegelapan malam.

Jantungnya berdegup laju.

Kepala ditoleh ke belakang namun yang dia nampak hanya gelap kerana lampu semua telah dipadamkan kecuali lampu kecil dapur kerana dia ke belakang ini melalui pintu dapur. Tiada siapa dan kalau ada sesiapa pun tiada apa yang dia nampak. Di belakang rumah itu juga gelap kerana lampu tidak dibuka.

"Si-siapa tu?"

Tya menelan air liur. Bulu romanya sudah meremang. Kesal menutup lampu dan tidur lewat.

Telefon bimbit dibuka dan matanya tertancap ke arah jam 10:44 malam. Bahagian call dibuka dan bersedia untuk menelefon nombor tuan rumah. Sekurang-kurangnya kalau ada apa-apa Tengku Harith boleh menyelamatkan dia memandangkan lelaki itu sahaja boleh datang dalam waktu yang singkat.

Tup!

Sekali lagi bunyi itu mengganggu pendengaran Tya. Kuat tetapi jauh, mata Tya makin buntangkan cuba mencari dari mana datangnya bunyi itu walaupun takut menguasai.

Ya Allah.

Segala doa dibaca dalam hati. Nak masuk dia takut nak tunggu lagi dia takut.

"Siapa tu? Janganlah main-main" soal Tya semakin gemuruh. Jarinya sudah mula sejuk. Kakinya juga terasa mahu tercabut.

Tya cuba bergerak. Beberapa anak tangga kecil yang memisahkan ruang belakang rumah dengan dapur dipanjat sehingga dia berada betul-betul di hadapan pintu masuk dapur.

"BAH!"

"Ahh!" sekaligus sesuatu yang mencengkam pinggangnya dari belakang ditolak kuat sehingga terdengar bunyi seperti cempedak jatuh. Tanpa mampu berfikir panjang entah apa yang ada di tepi dinding Tya capai dan hayunkan kepada bunyi itu.

Buk!

Buk! Buk!

"Argh!!"

"Hey! Stop!"

Possession √Where stories live. Discover now