Possession | 22

73.8K 3K 266
                                    

         Tya tersenyum lebar sambil memerhati satu per satu bunga bungaan yang hidup segar di kawasan kecil milik ibunya. "Minum Tya, abah buatkan teh" jemput abahnya sebaik menghampiri Tya yang sedang leka bersama bunga-bunga yang dipelihara mereka bersama isterinya dahulu. Dulang di tangan diletakkan di atas pangkin yang diciptanya sendiri.

"Terima kasih abah". Teh buatan abahnya dihirup sedikit. Tak pernah tak sedap!

"Hmm, Cik Raudah mana? Dah sejam dah Tya sampai tak nampak pun dia" sambil menghirup teh mata diliarkan ke sekeliling mencari kelibat isteri ayahnya itu.

"Makcik Raudah tak ada, dah dua minggu tak balik" jawab si ayah bersahaja.

"Ha? Pergi mana?" soal Tya lagi, dapat dia lihat air muka abahnya sudah berubah. Bukan bertukar sedih tetapi lebih kepada malas mahu mengambil tahu hal wanita yang bergelar isteri.

"Rumah mak dia." jawabnya ringkas.

"Kenapa ni bah? Abah nak cerita pada Tya?" soal Tya lembut.

"Entah lah Tya, sejak dua menjak ni abah rasa macam abah dah tak boleh dengan Makcik Raudah kau tu. Sejak Tya balik KL tempoh hari dia dah mula dah buat perangai, lama-lama abah rasa abah dah tak boleh sabar dengan sikap dia" Tya mengusap lengan abahnya lembut.

Walaupun soalannya masih tidak jelas diberi jawapan tetapi jika itu sahaja yang abahnya terbuka hati mahu luahkan, Tya tidak mahu memaksa abah menceritakan lebih lanjut. Mungkin dia sedang menjaga maruah si isteri.

"Tya faham. Tapi kalau boleh abah jangan biarkan Cik Raudah pergi lama-lama, tempat dia di sisi suami" Tya tersenyum kecil sambil membalas pandangan abahnya. "Iyelah, tapi buat masa ni abah tak mahu ganggu dia dan abah tak mahu dia ganggu abah. Abah nak tenang, nak luang masa dengan Tya. Sudahlah Tya balik 3 hari je" semakin lebar senyuman Tya mendengar kata-kata abah. Satu-satunya lelaki kesayangan dia di dunia dan akhirat.

"Maria dengan Imran?"

"Entah lah dua orang tu, dia rasa dia nak balik dia balik kalau tidak batang hidung pun tak nampak masing-masing" jelas suara abahnya terselit rasa geram. Tya hanya mampu berdiam. Tak mahu cakap lebih-lebih, dia pun bukannya baik sangat.

"Abah, petang nanti kita pergi makan dekat kedai Cik Mar boleh? Tya rindulah nasi lemak dia" Tya mengubah topik perbualan, dia tahu dari raut abahnya sahaja jelas lelaki separuh abad itu tak suka topik yang Tya bangkitkan. Namun, sebut sahaja nama Cik Mar, bersinar seketika mata abahnya, macam ada sesuatu sahaja.

Hmmmm...

JAM menunjukkan tepat lima petang, selama lima jam ini Tya selesai mengemaskan keempat-empat bilik tidur yang kebanyakannya sunyi tidak berpenghuni, dapur juga sudah selesai dilap, pokok bungan milik arwah ibunya sudah disiram, tandas sudah disental segalanya dan kini di ruang tamu rumah diperhati juga sudah bersih. Sekali lagi bulu ayam diambil dan disapu-sapu di atas rak dan almari-almari buat terakhir kali. Dia berpuas hati.

"Tya dah habis kemas?" soal abahnya balik pulang dari menghantar rambutan dari kebun miliknya ke rumah jiran-jiran.

"Dah bah"

"Tya lapar? Nak pergi kedai Cik Mar sekarang?" Tya ketawa kecil. Geli hati melihat abahnya begitu.

Abahnya sesuatu... Eiii

"Jap eh, bah. Tya mandi lepastu kita gerak" Tya menunjukkan ibu jarinya kepada abah sebelum menerima persetujuan lelaki separuh abad itu. Mop, bulu ayam dan vacum dibawa bersama ke belakang.

Tiba di kedai makan yang ramai dengan pelanggan itu Tya terus ke dapur manakala abahnya ke arah meja.

"Assalamualaikum Cik Mar!"

Possession √Where stories live. Discover now