𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 43

53.5K 2.6K 293
                                    

T

    

engku Harith tersedar dari lena panjangnya apabila terasa suhu dingin bilik tidurnya semakin tidak menyelesakan.

"Hmmm" wajah berkerut seribu apabila pening kepalanya membuatkan mata yang ingin dibuka tertutup kembali.  Sakitnya tak terkata.

"Rith?" masuk sahaja suara itu ke gegendang telinga, semakin tak gemar dia ingin membuka mata.

"Kenapa mummy ada dekat sini? In my house" tiada hati lagi mahu berbicara dengan wanita awal 50-an itu. Lebih empat minggu tidak bertemu, selalunya cukup seminggu sahaja dia sudah tak tahan menanggung rindu. Kali ini berbeza, mungkin organnya sudah benar-benar hancur sehingga perasaan juga dia seakan sudah tiada.

"Kenapa you cakap macam tu? After 4 weeks larikan diri dari mummy sekarang macam ni pula..." Tengku Harith tidak menjawab.  Tiada hati mahu bertekak. Tubuh sedaya upaya dibangkitkan.

"Macam mana mummy masuk? And why can't I remember anything from last night?" soalnya sambil berjalan perlahan ke arah tandas. Tekak terasa loya.

"Daniel, dia datang malam tadi and dia yang beritahu mummy you dah tak sedar diri atas lantai sejak dia datang. You demam panas..." Tengku Qasyrin terdiam seketika sementara menunggu anak lelakinya keluar dari tandas. Hatinya risau. Sangat risau akan kesihatan yang semakin hari semakin teruk si anak tunggal.

Keluar sahaja lelaki muda itu, dia masih membisu. Tidak seperti dulu, Tengku Harith tidak betah untuk berbicara lagi.

"What is wrong with you, Harith?  You buat mummy makin risau. Badan makin susut. Muka tu, dah tak terurus. Reputasi you dekat office pun makin teruk. Kenapa ni?" Tengku Harith kembali ke katil. Soalan bodoh dari si ibu.

"You know the answer, mom" cukup bersahaja.

"Takkan disebabkan perempuan tu? Apa dia dah bagi you makan sampai you gilakan dia macam ni?" Tengku Harith hanya berdiam diri, berdebat macam mana pun dia dengan Tengku Qasyrin, wanita itu tak akan faham apa yang dia rasa dan dia juga tak akan dapat memahamkan Tengku Qasyrin apa yang dia rasa. Buat apa gaduh kalau boleh diam.

Yelah, mummynya bukan kenal apa itu cinta. Dia berkahwin dengan Tengku Ibrahim pun kerana aturan keluarga. Ye, kerana harta. Kononnya mahu memperbesar lagi empayar mereka. Itulah mungkin definisi kebahagiaan buat Tengku Qasyrin. Harta.

"Rith, please. Don't be this stupid" wajah Tengku Qasyrin dipandang dengan kerutan serius.

"Tell me, kenapa you dingin dengan mummy macam ni?" soalan Tengku Harith dibalas herotan sinis di bibir Tengku Harith, fikirkan ibu sahaja jika tidak pasti sudah dihambur segala di dada.

"Mummy tahu jawapannya." sekali lagi diulang. Tengku Qasyrin melepas tawa sinis.

"Sebab you rasa mummy ada kena mengena dengan kemalangan perempuan tu dan mummy yang buat dia hilang tak munculkan diri sampai sekarang? Apa buktinya? Tell me!" soal Tengku Qasyrin yakin, setelah dia tahu siapa yang telah memudahkan kerjanya menghapuskan Tya Irena berani sahaja dia berkata begitu kepada Tengku Harith. Fikirnya si anak tidaklah berdingin begini dengannya tetapi silap. Tengku Harith bukan sahaja dingin bahkan tidak seolah membuang dia dari hidup lelaki itu tempoh hati.  Mahu tercabut nyawanya.  Kerana satu wanita pewaris tunggalnya itu sanggup membuang dia.

Malah, anaknya juga seperti orang tidak waras pula. Kerana satu perempuan yang entah dimana itu.

Bukannya salah dia. Ye, memang dia juga merancang untuk menghentikan segala hubungan Tengku Harith dan Tya hari itu, tetapi belum sempat pun orang-orangnya membuat kerja orang lain sudah menyelesaikan dulu.  Jadi? Kehilangan Tya bukan salahnya.

Possession √Where stories live. Discover now