𝐏𝐨𝐬𝐬𝐞𝐬𝐬𝐢𝐨𝐧 | 28

64.7K 3K 235
                                    

Tengku Harith hanya duduk sambil mendengar setiap bait butir penjelasan Jazee. Sekarang sudah jam 3 pagi.

Sebaik Jazee datang lebih 2 jam tadi, terkesimanya dia semakin bertambah apabila melihat tangan kanan Jazee berbalut kerana terseliuh dan Wais terpaksa ditahan hospital kerana lelaki itu tidak sedarkan diri saat berlakunya kemalangan tadi.

"Tengku" Tengku Harith yang ralit bersama telefon bimbit mendongak dan matanya terbuntang.

"What exactly happened, Jazee?" bagaimana soalan itu tidak diaju jika matanya tertancap pada balutan di tangan orang kepercayaannya malah dahi sebelah kanannya juga bertampal.

Jazee mengambil tempat di hadapan majikannya. "Perkara ni tak boleh diambil ringan Tengku kalau tidak saya tak jamin Cik Tya akan selamat" Jazee dipandang dengan kerutan. Dia percaya.

Rahangnya diketap. "Kenapa?"

"Kemalangan tadi bukan sahaja sebab kabel brek yang sengaja diputuskan, tapi juga sebab ada orang follow kami..."  tidak mahu hanya sekadar memberi cerita kosong kepada Tengku Harith, Jazee menyerahkan rakaman CCTV yang dia dapatkan sebelum tiba di banglo itu kepada majikannya.

Tengku Harith melihat tekun, kereta yang dipandu Jazee tiba-tiba menjadi tidak tentu arah, mungkin kerana menyedari kereta tersebut tidak dapat dibrek kemudian tidak semena-mena satu kereta yang dipandu laju memotong dan menghalang kereta dipandu Jazee membuatkan Jazee memutar kereta ke tepi dan melanggar pokok di hadapan kuat.

Jelas, sisi kereta itu remuk teruk kerana pemanduan Jazee yang laju dan yang paling teruk adalah bahagian penumpang belakang sebelah kiri — hampir remuk separuh dari bahagian belakang kereta.

"Bahagian kiri, tempat Cik Tya biasa duduk" bagai mahu putus nafas apabila Jazee menyuarakan hal itu. "Kalau Cik Tya balik dengan Wais tadi, saya berani cakap ada 55% peluang Cik Tya mati" Tengku Harith menelan air liur, kesat melalui kerongkongnya. Susah mahu menerima kenyataan itu.

"Macam mana dengan Wais sekarang?" soal Tengku Harith.

"Cukup parah untuk buat dia kena admit hospital.  Tapi Tengku jangan risau tulang bahu dia keluar dari trek sikit" Jazee cuba mengendurkan suasana tegang itu. Tidak mahu Tengku Harith terlalu meletakkan masalah sakit Wais kepada Tengku Harith.

"Tengku, saya bukan nak tuduh tapi saya berani cakap yang ini angkara Tengku Qasyrin"

"Kenapa?"

"Tengku tengok ni" rakaman CCTV kembali dimainkan dari awal dan rakaman itu diberhentikan di tengah-tengah waktu pertunjukkan menunjukkan kereta si pelanggar.

Plat kereta itu...

Tengku Harith terasa sekelilingnya gelap. Otaknya terhenti bekerja.

Dia percaya itu Tengku Qasyrin punya angkara.

Tapi kenapa bila melihat buktinya ini yang dia rasa?

Sukarnya untuk percaya.

Bagai kejadian yang menimpa Nadia suatu ketika dulu bagai ditayang balik tabirnya. Cuma bezanya kali ini Jazee yang memandu bersama Wais dan belum ke tahap berlaku kebakaran.

Komputer kembali dipandang.

"888"

Nombor plat itu adalah nombor plat yang dipakai oleh semua orang suruhan Tengku Qasyrin. Hanya wanita itu. "Lagi satu..."  Jazee mengeluarkan kertas dari poket bagi kemejanya menggunakan sebelah tangan yang masih boleh bergerak.  Kertas yang sudah dilipat itu diserahkan pada Tengku Harith

Possession √Where stories live. Discover now