Puan Maryam hanya menunduk malu. Mahu tak malu, tua-tua bangka baru nak pergi honeymoon. Bukan selalu, kan?

"Seronok aje!" jawab Encik Azmi selamba sambil tersenyum lebar dengan matanya tertumpu ke arah televisyen. Seketika, dia memaling memandang Fasha sebelum matanya dikenyitkan.

Seperti dapat mengagak, Fasha mengangkat ibu jarinya. "Ibu adik sihat?"

Soalan Fasha membuatkan Puan Maryam sedikit tersentak. Adik? Bukan ke aku ada anak sorang aje ke? Gumamnya perlahan dengan riak muka yang tidak dapat diterangkan.

Muka si anak ditatap dengan penuh tanda soal di buah fikiran. "Maksud Fasha?" Entah apa yang dingarotkan oleh Fasha, Puan Maryam tidak tahu.

"Yang dalam perut ibu tu." Fasha membuat mulut muncung sambil tengok di bahagian perut ibunya sebelum tawa dilepaskan.

Membulat mata Puan Maryam mendengar bicara anaknya. "Ya Allah, budak bertuah ni!" Puan Maryam terus mencekak pinggang sebelum...

"Auchhh!" Fasha terjerit kecil saat telinganya ditarik oleh Puan Maryam. Dengan mulut yang sedikit terbuka, telinganya diusap-usap. Cuba menghilangkan rasa sakit.

"Apa kamu cakap ni? Ibu kan dah tua, mana boleh mengandung dah, kamu tak apalah kalau mengandung. Meriah sikit rumah kita ni."

"Eh, kita pulak yang kena!" Muka Fasha sudah merona merah. Mulutnya turut memuncung.

"Dah macam itik opah kamu pulak ibu tengok." Puan Maryam tergelak kecil melihat sikap anak tunggalnya yang semakin hari semakin kebudak-budakan.

"Ibu!"

Bola yang disepak oleh Fasha kini sudah berada di dalam gawang gol. Dengan senyuman bangga, Fasha menjerit kecil.

"Aaaaaa, gol!" Fasha menekup mulut dengan kedua tangannya. Reaksi wajahnya turut berubah gembira.

Iskandar beriak biasa. "Eleh, baru satu gol dah bangga." Iskandar bersuara berbaur sindiran. Bibirnya terjuih tak puas hati.

"Suka hatilah!" Fasha jeling Iskandar sebelum dia merapati lelaki itu. Tanpa isyarat mahupun kata, bahu Iskandar ditepuk kuat.

"Waduh!" Iskandar gelak kecil selepas sempat mengelak bahunya daripada terkena tepukan Fasha tadi. "Pendek sangat sampai tak kena!"

"Woi!" Mata Fasha membuntang tak puas hati. Kata-kata Iskandar benar-benar menikam hatinya. Pedih!

Dalam beberapa saat, Iskandar gelak tak ingat dunia. Habis termengah-mengah nafas lelaki itu. "Sorry! Sorry! Aku melawak jelah."  Selepas tawa sedikit reda, Iskandar terus berujar maaf. Wajah cemberut Fasha sudah terpapar jelas.

Kuat sentap!

Fasha tercebik merajuk sebelum... Pap! Belakang badan Iskandar ditolaknya kuat sehinggakan Iskandar terdorong sedikit ke depan.

"Eyy, budak ni!" Iskandar mencerlung tajam ke arah Fasha yang sudah menghilangkan diri dari padang. Gadis itu laju berlari ke pondok yang ada berdekatan mereka tika ini.

Dari jauh, Fasha terkekek-kekek ketawa jahat. "Werk! Padan muka!" Fasha jatuhkan punggungnya ke atas pondok sebelum dia meneguk air kosong yang dibawanya tadi.

Hehe! Padan muka!

"Tak guna punya pendek." Iskandar mengencil-ngencilkan kedua matanya. Wajah bahagia Fasha jelas kelihatan sekarang. Dalam beberapa saat, lelaki itu senyum nipis.

Selamat comel.

Melihat sahaja Iskandar senyum, Fasha turut mempamerkan senyuman manis. Terkelip-kelip mata gadis itu menatap Iskandar dari jauh. Botol air yang ada di tangannya dibawa ke dalam dakapan.

Aaaaaaaa!

"Kau tengok apa?"

Fasha tersedar. Tubuhnya sudah duduk menegak seperti selalu. "Aaa... aku tengok pokok." Fasha senyum hambar, cuba membalas pertanyaan cemas Iskandar.

"Oh, yakah? Ingat tengok aku."

"Eyy, tolong jangan perasan!" Secara spontan, kepala Fasha tergeleng-geleng tak mengaku. Seolah dia betul-betul merenung pokok tadi. Walhal...

Dia tengok Iskandar!

Damn it.

DENDAM MR DEVILWhere stories live. Discover now