26. Di Mana Chyra

Start from the beginning
                                    

"Benda betul, nak cakap I buat huru - hara pulak."

"Fuck you! Dah. Aku hantar kau balik ni, pandai - pandailah kau nak behave macam manusia." Daniel lepaskan gear, dan terus memecut keluar dari kawasan perumahan Chyra.

"You yang patut malu, sebab jadi manusia yang lupa janji." Suara Julia perlahan, antara dengar dan tidak.

"Seriously? Yang kau tak reti jaga diri kerja memantat je dengan jantan - jantan luar sana tu apa cerita pulak?"

"Tapi atleast I takde pulak berjanji untuk tak keluar dengan mana - mana lelaki kan?" Julia sama naik, mempertahankan diri.

Daniel diam, dia tahu berdebat dengan orang bodoh hanya membuatkan dia jadi bodoh sama. Baik lupakan saja keinginan untuk berdebat dengan orang sebegitu.

"Now ke mana pulak lagi ni? Bila nak sampai kampungnya kalau setiap masa nak singgah - singgah?"

"Kau diam je." Daniel memecut ke rumah Hana dan Herri pula.

* * *

"Apa yang buat you terfikir nak cari dia sampai ke sini eh? Dengan pompuan tu warded pun you tak bagitahu." Hana yang baru pulang kerja separuh hari pada hari itu, memeluk tubuh saat mendengar segala luahan Daniel tentang kehilangan Chyra. Sementara Julia, sudah masam mencuka menanti di dalam kereta.

"I takde fikir apa - apa pun Hana. Cuma sekarang I rasa kosong. Tak tahu entah ke mana dia pergi. You tahu I memang nak serious dengan Chyra kan?"

"Yes, and then?"

" Dia macam dah ada boyfriend je. Tapi dia macam bagi I harapan." Daniel meramas - ramas rambutnya, rasa kusut kerana seorang perempuan. Silap, kerana dua orang perempuan bernama Chyra dan Julia.

"Mana you tahu dia ada boyfriend pulak?" Dahi Hana berkerut memikirkan kemungkinan itu. Sejak bercerai dengan Shahfri, rasanya hampir setiap hari Chyra habiskan masa yang ada bersama - sama dengan Daniel. Semua orang pun tahu tu.

"I just, I macam dapat instinct." Daniel berbohong.

"Tak payah mengada dengan instinct you. Selama ni yang memerhati dia, you kan? Tiba - tiba nak cakap dia dah ada orang lain pulak. You pergi cari Chyra, explain everything. Perempuan dalam kereta tu, abaikan aja. Hantar dia balik, then selesai." Cadang Hana. Dia sebenarnya turut risau kerana berkali - kali menelefon Chyra namun tiada balasan dari wanita itu. Entah ke mana menghilangnya Chyra agaknya.

"Itulah, rasa macam I kena tanggung masalah yang bukan I penyebabnya. Benci." Daniel menggeleng.

"I rasa Chyra tenangkan fikiran dekat memana ni. Takpe nanti kita cuba cari dia." Hana cuba menenangkan Daniel. Sekurang - kurangnya, Daniel mampu berfikiran matang dan rasional di saat - saat sebegini. Masih mahu menerima nasihat dan pandangan orang lain.

Daniel ke kereta, melihat Julia sudah terbongkok - bongkok memuntahkan segala isi perutnya ke dalam longkang. Dalam meluatnya, kasihan pula dia lihat Julia yang muntah sambil menangis teresak - esak itu.

Perlahan- lahan, Daniel menghampiri Julia.
"Weh, kau okay ke tak ni?" Julia hanya menggeleng kepala, masih menangis.

Mungkin kerana berbadan dua, dia jadi sebegini. Serba salah Daniel, kerana menekan - nekan emosi Julia yang sememangnya sedang terganggu. Lalu, dia cuba membantu dengan mengusap - usap belakang tubuh Julia.

Happy ReunionWhere stories live. Discover now