Nazran menyeluk poketnya. Dia mengeluarkan sesuatu.

"Sayang stres?" Tanya Nazran. irdina mengangguk.

Nazran menghulurkan coklat itu kepada Irdina. Caldburry. Irdina senyum ikhlas. Nazran sudah gembira apabila riak wajah Irdina sudah betukar.

"Thank you abang. Selalu faham apa yang sayang nak." Ucap Irdina.

"Welcome. Rupanya, senang nak pujuk sayang eh. Bagi coklat je terus senyum. Lepas ni nak marah-marah sayang lagi lah."

Irdina sudah senyum sinis. Amboi, pantang sudah lembut nak buat lagi eh.

"Okay, tengoklah kalau abang marah-marah macam tu lagi. Nanti, bukan coklat ni yang sayang terima. Dengan abang-abang sekali sayang tak nak terima." Ugut Irdina. Padan muka.

"Alaa sayang ni. Marah-marah manja je. Itupun nak merajuk. Alahai sayang. Nasib baik sayang ni isteri abang." Nazran ketawa.

Mata mereka bersatu. Mata Irdina bercahaya. Itu yang membuatkan Nazran tertarik dengan Irdina. Malah, dengan keperibadian Irdina juga buat Nazran tertarik dengan Irdina.

~~~
Khairul tenung surat perletakan jawatan itu. Dia sedar yang Shah Alam Medical Centre bakal kehilangan seorang pengamal perubatan yang cekap seperti Nazran.

"Kau dah fikir masak-masak?" Soalnya. Dia tidak mahu keputusan yang Nazran buat ini memburukkan lagi keadaan.

"Kakak aku nak tak lama lagi nak dapat anak. Company papa aku bary maju. I have no choice, Khairul."

"Kau tak rasa ke usaha kau selama kau belajar lima tahun dekat Ireland, sambung sini jadi Houseman dan sekarang kau dah jadi medical officer. Macam sia-sia je usaha kau." Khairul mahu melunturkan semangat Nazran untuk berhenti dari kerja ini. Nazran berpotensi besar untuk menjadi seorang doktor senior malah dia juga mahu melihat Nazran menjadi pakar ortopedik.

"I'm sorry. Aku perlu ke company papa aku." Kata Nazran sambil tertunduk.

"Aku akan notice tiga bulan dari sekarang." Kata Nazran.

Dia berdiri lalu menuju keluar meninggalkan Khairul di dalam bilik itu. Kesemua keputusan itu telah dibuat oleh sendiri. Memang berat hati untuk meninggalkan kerjayanya tetapi amanah seorang anak lagi dia tidak sanggup untuk tinggalkan. Sungguh membuatkan dia sedih. Dalam keadaan tersepit begini, dia perlu mencari solusi yang sesuai dan solusinya adalah dengan gantikan tempat Dato' Azhar.

Tempat duduk untuk pelawat itu diduduk oleh Nazran. Kepalanya sedikit serabut sama ada mahu teruskan profesyen dia sebagai seorang doktor atau tidak. Dia buntu. Buntu sangat.

Air mineral dihulur oleh Irdina. Dia tahu suaminya serabut. Untuk permulaan, dia mahu suaminya tenang dahulu. Air mineral itu diambil dan dibuka.

"Thank you sayang." Ucapnya.

""Welcome." Terus air mineral itu diteguk rakus. Dah tahu dah. Mesti haus ni.

"Abang dah buat keputusan?" Soal Irdina. Mahu memulakan.

"Dah."

"So, the answer is yay or nay?"

"Yes. Abang nak resign. Abang akan gantikan tempat arwah papa." Dengan ayat itu membuatkan Irdina faham dan jelas.

"Abang, abang dah tak boleh pandang belakang lagi dah. Pandang depan. Sebab masa tak boleh diputarkan lagi. Dina sokong apa yang abang buat. Dina tahu, abang dah buat keputusan yang terbaik untuk diri abang, kak Naurah dan mama." Nasihat Irdina.

Nazran senyum lalu mengangguk. Dia memahami apa yang dikatakan oleh Irdina. Sungguhpun begitu, hatinya sudah mula dihadiri titik-titik rasa redha dengan keputusan yang dilakukan. Biarpun sedikit kecewa tetapi dia anggap ini sebagai balas jasa terhadap Dato' Azhar.

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now