Sampai sahaja di rumah, Nazran terus ke bilik. Barang? Siapa lagi yang kena angkat melainkan Irdina. Nasiblah dapat isteri yang penyabar.

Selesai meletakkan barang di dapur, Irdina naik ke atas. Mahu membuka tudung dan menyiasat apa sebenarnya punca Nazran.

Apabila dikuak pintu, dia melihat Nazran di balkoni. Buku lima tangan lelaki itu digenggam kuat. Entah kenapa boleh jadi sebegitu.

Irdina cuba untuk merapati Nazran. Dia mahu mengambil perhatian Nazran. Jadi, dia berdiri di sebelah Nazran.

"Abang kenapa ni?" Tanya Irdina dengan nada yang biasa. Dia tidak mahu mencetuskan pergaduhannya.

"Jangan sibuk boleh tak?!" Maki Nazran. Irdina tersentak. Sunggub dia kecil hati dengan suaminya itu.

"Kenapa abang ni? Tiba-tiba je berubah. Abang, Dina sebagai isteri abang patut tahu keadaan abang sekarang ni. Abang tanggungjawab Dina."

"Perempuan tu ingat bagus sangat ke? Dia ingat orang boleh percaya dia bulat-bulat. Dia silap. Perbuatan dia yang dulu aku takkan maafkan dia."

"Dia ingat dia perempuan alim ke? Rak tahulah dah berapa jantan tidur dengan dia."

"Do you love me?" Soal Irdina.

"Apa ni Dina? Antara Dina tak ada kena mengena dengan Maya." Kata Nazran.

"Again, do you love me?"

"Of course i love you. Kenapa?"

"Kalau abang cintakan Dina, abang takkan kisah pada Maya. Abang langsung tak akan ambil tahu pun apa yang dia nak buat. Tapi, sebaliknya abang kisah pasal dia, sampaikan abang tengking Dina. "

"Kalau abang sayangkan dia, abang akan kisah pasal dia. Itu apa maksud Dina." Terang Irdina.

Irdina keluar dari bilik itu. Air matanya deras mengalir. Dia cuma perlukan masa untuk tenang. Dia tidak tahu mengapa pasal Maya saja, rumah tangga mereka pasti menghadapi masalah. Siapakah Maya?

~~~
Puan Iffah dan Encik Adam sudah sampai di rumah agam Datin Najihah. Sebenarnya, mereka berada di Sabah. Setelah tahu mengenai kematian rakan baik Encik Adam, mereka ingin ke sana tetapi mereka tidak berkesempatan untuk melihat Dato' Azhar buat kali terakhir.

Mereka duduk di ruang tamu. Air sudah dihidangkan oleh orang gaji di rumah agam itu. Keadaan semakin suram.

"Aku minta maaf Jihah. Aku nak ucapkan takziah buat kau. Aku tak sempat nak tengok Azhar buat kali terakhir." Ucap Puan Iffah.

"Tak apalah. Lagipun, kau ada perkara yang lagi mustahak." Datin Najihah merendahkan diri.

"Sebenarnya, arwah Azhar sakit apa?" Encik Adam bersuara.

"Tak tahulah. Doktor pun tak cakap apa. Tapi dekat surat kematian tu tulis serangan jantung." Terang Datin Najihah.

Mereka mengangguk. Memang betul, kematian Dato' Azhar diklasifikasikan sebagai serangan jantung.

~~~
Nazran setia di hadapaan pintu bilik mereka. Pergaduhan yang besar tadi memberikan impak yang besar. Kali ini, Nazran tidak boleh duduk sebilik bersama Irdina. Nasib kau lah Nazran.

"Sayang, buka pintu ni. Abang nak masuk." Pujuk Nazran dengan suara yang lembut. Kemudian, dia mengetuk pintu beberapa kali.

"Sayang, jangan buat abang macam ni." Tiada sahutan daripada Irdina.

Nazran turun ke bawah. Nampaknya, dia perlu tidur di mana-mana sahaja selain daripada bilik mereka. Isteri tengah dingin kot. Biarkan sejuk dulu.

Nazran memilih tempat di ruang tamu. Meskipun, rumah banglo itu mempunyai lima bilik tetapi Nazran seorang yang pengecut sikit. Dia tidak boleh tidur di tempat yang dia tidak pernah tidur. Dia berasa seram sejuk. Fuhh, jantan ke apa ni?

Dia baring di sofa. Cukuplah tempat untuk tidurnya malam ini walaupun ruang sofa itu terhad. Dia meletakkan tangan di atas dahinya. Mengeluh sebentar.

"Perempuan ni complecated lah. Asyik nak merajuk je." Rungut Nazran seorang diri.

Dia mahu memejamkan mata tetapi asyik terlalu memikirkan Irdina, dia tidak dapat memejamkan matanya.

Apa lagi Nazran, ambil henfon. Text dialah. Apa susah. Haih kau ni. Itu pun lembaplah. Fail betul dalam memujuk orang ni.

Nazran terus mencapai i phonennya di atas meja. Aplikasi whatsapp dibuka. Dia melihat Irdina online. Aik! Tak tidur lagi ke?

Sayang.

Bluetick. Itulah Nazran dapat. Haih, nasib bini.

Abang tahu abang buat sayang jadi macam ni. Abang mengaku salah abang. Abang terlalu memikirkan Maya sampai abang abaikan sayang. But please sayang. I need you. Abang tak boleh hidup kalau tak ada sayang. Even, abanh tak boleh tidur kalau sayang tak ada sebelah abang. Sayang, i love you so much. Abang dah lama lupakan kisah silam abang. Please sayang...

Sah! Bluetick je yang ditinggalkan. Nazran mula putus asa. Dia sudah penat. Dia mahu tidur. Esok, mahu bekerja.

Sayang, esok abang pujuk sayang.

Maya dah tunjuk belang dah!

Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now