"TNKP bukan dah mati ke??"

  "Bodoh. Kalau TNKP dah mati, Kerajaan Diamond akan lesap dan musnah!"

  Kelas itu terdiam. Rien hanya memandang lantai memandangkan dia bukanlah berasal dari dunia itu seperti Violet.

  "Hah.. Siapa nama kau?" soal lelaki tadi dengan sombong.

  "Rien... Kuasa.. Minda tahap.. Satu.." Rien menanggalkan lencananya lalu diberi kepada Leo.

  "Keturunan?"

  Rien diam.

  Mereka mula bergosip sesama sendiri. Cis!.
 
  "Jangan sampai satu hari nanti, kalian ternganga melihat dia!" tegas Leo.

  "Eleh! Kau pun tak cakap tahap kuasa! Ada hati nak berlagak kuat!! Alamak budak acah!" ejek lelaki tadi.

  Leo mengukir senyuman sinis. Leo dan Rise bukanlah malaikat maut, tapi mereka akan bertugas mencabut nyawa haiwan di Secret Kingdom. Demon power kan? Biasalah..

  "Kau tahap berapa?" Leo memasang jerat.

  "Aku tahap enam!" Lelaki itu mendabik dada dengan 'kejayaannya'.

  "Ops! Bukan apa.. Setahu aku, di Dunia Fantasi hanya ada seorang sahaja pemilik tahap enam. Siapa eh? Oh, ya... Vladeric Neflos! The Great Vladeric! Kejap, kau nak kata kau tahap lima pula? Maaflah. Tahap lima pun baru dua orang dan kenapa kau tak masuk kelas elit je? " bidas Leo. Hah, tahulah siapa kan?

  "Akulah salah seorangnya! Takkan tak boleh fikir, lembap!" ejeknya.

  Pap!

  Jarinya dipetik. Kini, mereka berada di colosseum. Sebuah mesin muncul di hadapan lelaki tadi. Guru itu sekadar menyaksikan mereka dengan senyuman.

  "Cikgu, budak ni tahap berapa?" soal Leo.

  Cikgu itu menggelengkan kepala. Dia mahu lihat gelagat anak-anak muridnya.

  "Aku tahap lima!"

  "Jangan tipu aku! Aku boleh rasa kuasa dalam tubuh kau! Kau hanya orang biasa dan bertahap satu!"

  Dia terdiam.

  "Ni... Serang dengan kuasa penuh kau.. Mesin ni akan kira tahap kuasa kau!"

  Uhuk! Rys ambil idea dari The Cursed Guardian. Hehehe..

  Dia mengetap gigi. Lelaki itu menumpukan perhatian penuh lalu menyerang mesin itu dengan sebuah bebola kuasa kilat.

  ZZAPP!!

  214 damage points. Power's level, one.

  Semua ketawa terbahak-bahak. Leo menyerahkan sesuatu kepada Rien. Tawa mereka mula reda. Erm, kalau diikutkan tahap dua tu tahap paling okaylah. Kebanyakan penduduk mencapai tahap dua sahaja kerana tahap tiga sangat susah dan memerlukan latihan yang sangat tinggi dan hebat. Apatah lagi tahap lima dan enam.

  "Pergi libas mesin tu dengan pedang ni," arah Leo. Dia umpama seorang guru jika dilihat sekilas. Dengan ketinggiannya yang tinggi lampai, hah, memanglah akan disalah erti sebagai guru!

  Rien memejam mata. Pegangan pada pedang itu diperkemaskan. Dia menapak ke belakang lalu berlari ke hadapan dan melibas mesin itu sekuat hati.

  6523 damage points.

  Ternganga semua orang. Leo tersengih. Itu boleh diklasifikasikan sebagai tahap empat.

  "Tengok... Rien lagi kuat daripada kau!"

  Rien mendiamkan dirinya. Dia berasa rendah diri tatkala itu. Tidak dapat melakukan apa-apa. Dia bukanlah berasal dari dunia itu. Tiba-tiba dia berasa bahunya dirangkul erat. Rien mengangkat wajah. Al maklumlah, dirinya dan Violet ni agak pendek kalau berhadapan dengan jejaka-jejaka itu.

  Leo menjentik dahi Rien. Rien terus memegang dahinya. Dia memandang tajam lelaki itu.

  "Kenapa jentik dahi saya?" marah Rien.

  "Kenapa kau bagi aku semula lencana ni?" soal Leo sambil mengeluarkan sebuah lencana emas yang dihiasi corak keturunan naga.

  "Hmm... Saya bukan berasal dari sini dan saya tiada kuasa. Saya manusia!" bentak Rien. Perlahan jelah...

  Leo terus memandang gadis itu semula dengan tajam. Pandangannya umpama pedang atau pemangsa yang menunggu mahu membaham mangsa. "Kau. Berasal dari sini. Kau. Tetap ada kuasa. Kuasa kau. Ialah hati kau. Kebaikan kau. Jadi, jangan kata kau tiada kelebihan, kuasa.. Faham?"

  Rien menunduk. Dia rasa dia sekadar menyemak di dunia itu. Tuhan, kembalikanlah dia semula ke Bumi, dia bukanlah makhluk dunia ini.

••••

  Rise dan Violet bersembang. Mereka duduk bersebelahan sahaja. Kadangkala kepala Violet disekeh Rise. Wajah Violet pastinya cemberut dan masam mengalahkan buah lemon.

  "Hmm.. Adakah Rien baik-baik sahaja?" soal Violet dengan sedih. Dia mahu sekelas dengan Rien! Perlawanan Rien dan Crya itu diganggu Rys, mana adil!

  "Takpe.. Leo kan ada.." pujuk Rise. Gelagat mereka seperti pasangan kekasih yang asyik bercinta. Ehek, jangan lupa.. Rise dan Leo sudah ada pasangan hidup!

  "Rys punya pasallah perlawanan itu terganggu! Sebab itulah Rien masuk kelas pertama, bukan kelas elit!" bentak Violet.

  Dia tetap menyalahkan Rys yang tengah geram ni. Tanpa membuang masa dan tenaga, Rys menaip, mencampakkannya ke lautan Hindi. Inilah kuasa seorang penulis. 😎

  Rise menggeleng. Nanti-nantilah dia ambil balik budak kecik tu. Hohoho.. Tidur dulu, guys!














To be continued

The Night Knight Princesses ✔Where stories live. Discover now