"Dia tu pelik." Riak wajah Irdina sudah pelik

"Pelik macam mana pulak?"

"Peliklah. Dia tu macam selalu senyum sendiri." Kata Hani.

Irdina semakin pelik apabila mendengar jawapan dari mulut Hani. Cerita yang diceritakan oleh Hani tidak menarik perhatiannya.Buku di tangannya menyelak helaian sebelah.

"Masa bila dia senyum?"

"Masa dia cakap dengan aku. Lepas itu, senyum sendiri. Aku tengok pun dah macam orang psiko." Terang Hani.

"Ouh, memang patutlah dia senyum. Maknanya dia dah jatuh suka dekat kau." Kata Irdina.

Hani terangguk-angguk. Dia tersengih. Tak sangka suaminya suka kepadanya. Rasa mahu menjerit di dunia ini dengan nama suaminya.

~~~
Buat pertama kalinya, Nazran menjejakkan kakinya di ofis milik Dato' Azhar. Entah kenapa dia mahu datang pun tak pasti. Cuma niatnya ingin melawat papanya.

Bangunan setinggi 20 tingkat itu dipandang kagum. Tidak pernah dia menjejakkan kaki di sini. Akhirnya, dia sampai ke sini juga.

Dia menekan butang lif anak panah ke atas. Sebelum dia sampai ke sini dia sudah menelefon Dato' Azhar. Katanya, bilik kerjanya di tingkat 20. Jadi, dia menekan butang nombor 20 apabila sudah masuk ke dalam lif.

Nazran lebih minat bidang perubatan daripada bidang perniagaan. Baginya, perubatan ialah cara dia menolong orang ramai untuk merawat kesihatan masyarakat. Dia juga mempunyai minat yang mendalam tentang sains. Dan sekarang ini, dia sudah pun mencapai cita-citanya.

Pintu lif terbuka dengan automatik. Nazran keluar dari lif tersebut. Dia berjalan. Ketika itu, dia nampak pintu yang mempunyai nama papanya. Jadi, dia menolak tombol pintu.

"Encik, encik ni siapa?" Tanya seorang perempuan yang bernama Fatihah yang merangkap setiausaha Dato' Azhar.

"Saya Nazran." Jawabnya.

"Encik ada buat appoiment ke?" Soalnya lagi. Seperti penyiasat pula.

"Saya anak Dato' Azhar." Jawab Nazran. Kenyataan itu membuatkan Fatihah terlopong sendiri. Akhirnya, Fatihah memberi kebenaran untuk masuk ke dalam bilik itu.

"Papa." Panggil Nazran.

Dia melihat tubuh Dato' Azhar yang sedang menggigil-gigil di sofa itu. Nazran pergi ke arahnya. Tubuh papanya berpeluh dan menggeletar.

"Papa makan ke tak?" Soal Nazran.

Kepala Dato' Azhar tergeleng-geleng apabila mendengar soalan itu. Nak atau tidak dia terpaksa tipu Nazran tentang penyakitnya. Mungkin dos insulin yang dicucuk oleh Dato' Azhar melebihi daripada yang disarankan.

"Hypoglasemia." Jawab Nazran. Hypoglasemia terjadi apabila gula dalam darah rendah.

Dia bergegas keluar dan menanyakan beberapa soalan pada Fatihah.

"Ada gula-gula tak?" Soal Nazran dengan tegas.

"Tak ada."

"Coklat, roti? Apa-apa benda yang manis?" Soalnya lagi.

Fatihah menyerahkan coklat yang baru dibelinya di kedai serbaneka semasa waktu lunch hour. Dia pelik sedikit kenapa Nazran memintanya coklat.

Nazran masuk ke dalam bilik semula bersama dengan coklat. Dia menghulurkan coklat itu lalu Dato' Azhar menyambut. Dia memasukkan ke dalam mulutnya dan mengunyahnya dengan perlahan-lahan.

Beberapa minit kemudian, Dato' Azhar mula pulih seperti biasa. Dia menarik nafas lega. Saat itu, dia bersyukur kepada Illahi kerana masih lagi jantungnya mengepam darah. Dia mula duduk tersandar.

"Lain kali, jangan skip makan." Nasihat Nazran.

"Papa, jaga kesihatan papa. Dalam usia macam ni, papa boleh dapat macam-macam penyakit. Papa makan ikut kuatiti yang betul. Jangan main makan je. Kesihatan tu kena jaga jugak." Sambung Nazran.

"Papa dah tua. Macam-macam penyakit boleh dapat." Kata Dato' Azhar. Sebenaranya, dia sudah makan tetapi dia terlupa untuk mencucuk insulin. Akhirnya, dia memebuat keputusan untuk mencucuk insulin selepas makan kerana takut kandungan gula dalam darah tinggi.

"Ya, tapi boleh cegahkan." Kata Nazran.

Dato' Azhar terdiam. Sudah terlambat untuk dicegah penyakit itu. Jadi, apa yang boleh dilakukan ialah kawal paras gula. Itu sahaja caranya.

~~~
Irdina menatang dulang yang berisi jus buah yang baru diisi di dalam cawan. Dia pergi ke arah ruang tamu. Dulang yang ditatang itu diletakkan di atas meja.

Irdina melihat Nazran yang sedang termenung. Dia berasa hairan kerana seharian dia seperti begitu. Irdina menyentuh tangan suaminya.

"Apa benda yang buat abang termenung macam ni?" Soal Irdina. Nazran terkejut apabila Irdina menanya soalan itu.

"Tak ada apa-apa lah." Nafinya. Padahal dia berasa hairan dengan papanya.

"I'm your wife. Sayang tahu, mesti ada sebab. Why abang?" Soalnya lagi. Dia mahu mengorek apa motifnya.

"Tadi abang pergi ofis papa. Abang nampak papa menggigil. Badan dia menggeletar. Abang hairan so I expect hypo. And then, abang try bagi dia coklat. After that, papa dah okay." Ceritanya.

"Okay, so?"

"Abang cuma pelik. Nak kata belum makan, papa dah lunch." Lagi bertambah pelik apabila Nazran kata begitu.

"So, abang suspect apa?"

"Diabetes."

"Maybe. Kita suruh papa buat check-up?" Cadangnya.

"Well, good idea. Nanti abang suruh papa buat check-up." Kata Nazran.

"So, how's your life today? Good?" Soal Nazran. Dia mahu mengubah topik.

"Hmmm..... good. Macam biasa. Check patient, report patient, layan karenah patient. Termasuk layan karenah abang nak jus buah malam-malam macam ni." Gurau Irdina.

"Ungkit ke? Kata ikhlas." Sakat Nazran.

"Dina buat semua tu ikhlas. But, Dina selalu penat. Rasa ngantuk. Nasib baik, Dina boleh fokus time ada patient." Luah Irdina.

"Alololo kesiannya isteri abang ni." Pujuk Nazran.

"Sayang, weekend ni kita pergi rumah mama nak?" Ajak Nazran.

"Boleh je. Lagi pun dah lama tak jenguk mama." Kata Irdina.

Nazran tersenyum. Entah kenapa dia mahu jumpa sangat dengan mama dan papanya. Rasa rindu lain macam. Padahal minggu lepas baru sahaja jumpa.


Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now