11💰

1.3K 228 7
                                    


| Tauke Downy' 11 |

"Gosh! Help me, god!" Aku mundar-mandir di dalam bilik. Lepas saja habis kelas perakaunan, aku terus balik ke dorm. Dari tadi aku menggigil. Jeon Jungkook tu, tauke downy? Orang yang kutuk jenama kesukaan aku dan yang tegur bau ketiak aku even tak masam pun.

Ak..aku langsung tak takut dengan dia tapi aduh menyesal aku beli tiga kotak downy tu. Bahaya, bahaya! Mana Jaeni ni, tak balik lagi.

Kalau Jungkook tu tahu aku ni perempuan yang dia jumpa dekat kedai runcit hari tu, macam mana? Kalau dia tahu nama aku sebenar macam mana? Dahlah dalam kolej ni aku je Kim Haeyo dan kalau dia dapat tahu aku ni yang beli downy dia. Nanti dia malukan aku.

Masalah, masalah. Pintu diketuk berulang kali. Ni mesti Jaeni. Panjang umur kau. Aku memulas tombol pintu lalu menariknya ke dalam. Bu..bukan Jaeni.

"Si..siapa ya?"

"Oh yang nilah roomate Jaeni. Muka bolehlah. Jadi you lah yang beli downy tu. Sekarang ni, you bawa keluar downy tu sekotak. I dan kawan I nak beli." Arah perempuan ni sambil berpeluk tubuh. Tak silap perempuan ni yang minta downy dengan Jungkook.

"Aku dah hantar semua kotak tu ke rumah aku."

"What? I nak juga, Haeyo. You tahu tak, downy tu limited edition. Bukan you sorang je boleh guna. You kena kongsi. I bayar you dua kali ganda harga downy tu, boleh?"

"Tak faham ker yang aku dah hantar semua kotak tu ke rumah aku. Nanti aku call abang aku, suruh bagi dekat kau okay?" Kata aku cuba buat perempuan ni fed up.

"Okay. Kejap, I nak ambil gambar you. I nak bagi dekat Jungkook, sekurang-kurangnya I dapat habuan sebab tolong dia." Jantung aku berdegup kencang. Cepat-cepat aku tutup pintu.

"Yah, Haeyo! I nak ambil gambar you ni."

"Malangnya hidup aku dekat sini. Tak jumpa manusia bertalam-talam tapi jumpa manusia yang separuh gila." Omelku sendirian sambil menghenyak punggung di atas katil. Bunyi ketukan pintu bertalu-talu.

🍁

"Lambat kelas habis?" Soal Haeyo kepada Jaeni. Jaeni tak mendengar sebaliknya tersengih-sengih seorang diri sambil menatap skrin telefon. Dahi Haeyo berkerut.

"Ong Jaeni?"

"Ha ya ya. Hari ni aku ada kerja berpasangan so kena bincanglah dengan partner aku. Kau dah makan? Ambik plastik dekat tangan aku ni." Kata Jaeni lalu menghulurkan plastik makanan menggunakan tangan kiri. Haeyo mengambil plastik tersebut sambil mencuri pandang skrin telefon Jaeni. Apa sebab Jaeni tersengih-sengih macam kambing?

"Jangan tengoklah. Hak privasi aku ni." Kata Jaeni diselangi gelak tawa. Amboi, pandai berahsia kau sekarang! Haeyo merengus kasar, plastik yang berisi dua bekas makanan diletakkan di atas lantai.

Telefon pintar, Jaeni masukkan ke dalam poketnya. Buku-buku rujukan dan fail maklumat dihempas ke atas katil. Beg galas diletakkan pada penjuru kepala katil.

"Macam mana hari ni?" Tanya Jaeni seraya bersila di depan makanan. Haeyo hanya mengeluh kecil.

"Aku dah Jungkook terserempak tadi. Di..dia tegur aku kenapa aku pakai mask. Aku rasa nak buat sujud syukur je tadi, nasib baik aku pakai mask." Jaeni terkejut lalu menampakkan barisan giginya yang putih.

"Ha kau dah angau ker? Lah kenapa kau nak takut? Dia bukan kenal kau pun tapi lainlah kalau kau bagitahu nama kau. Memang nahas hidup kau sebab dia dah tahu yang Kim Haeyo beli downy tiga kotak. Sekarang ni, dia tinggal cari orang yang bernama Haeyo. Tak pun, dia cari aku." Balas Jaeni selamba. Pembungkus makanan dibuka. Perutnya dari tadi berkeroncong.

"Aku tak sebodoh tu lah nak bagitahu, Jaeni. Masalahnya aku dan dia pernah jumpa dekat kedai runcit. Jaeni, tolong aku! Mesti dia jumpa aku pula esok. Dahlah esok ada kelas perniagaan. Matilah hidup aku." Haeyo mengusutkan rambutnya. Gelisah tak tentu arah.

"What?"

| milky |

Habislah hidup Haeyo! Macam mana dia nak hadapi masalah yang menimpa dia acewah...

↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now