09💰

1.4K 252 21
                                    

| Tauke Downy'9 |

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

| Tauke Downy'9 |

Haeyo meletakkan buku-buku rujukan di atas meja seraya itu dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Telefon pintar dikeluarkan daripada poket seluarnya. Notifikasi daripada Namjoon membuatkan dia tersenyum kecil. Ada-ada saja si Namjoon tu.

Jam yang tertera di permukaan skrin telefon pintarnya, ditilik. Mana Jaeni? Pagi tadi mereka berjanji untuk makan tengahari di kafeteria bersama-sama setelah selesai kelas masing-masing namun batang hidung Jaeni masih tidak kelihatan. Dia mencebikkan mulutnya.

"Jungkook, bila I nak dapat downy tu? Pleaselah! I nak sangat. Takkan you nak suruh I pakai soflan. Euw, bau tak tahan lama." Rengek Jennie manja. Hujung baju digentel-gentel penuh gaya. Haeyo tersentak. Pantang ada orang mengutuk citarasa kesukaannya.

'Ni mesti tauke downy yang Jaeni kata tu. Ba..baik aku tutup muka aku dan dengar je perbualan mereka. Mana tahu sikit sebanyak aku dapat info.' Getus hati Haeyo lalu mengeluarkan mask daripada beg galasnya. Mask itu dipakainya dibahagian mulut dan hidung.

"Boleh tak kalau cakap dengan aku, biar normal. Aku tahu perempuan tak boleh lari dari sifat gedik even rock sekalipun tapi behavelah sikit. Aku geli tahu tak." Ujar Jungkook separuh berbisik. Tak mahu dia timbulkan masalah. Jatuhlah air mukanya nanti sebagai tauke downy terkenal even owner sebenar bapak dia.

"Jungkook, I dah tahu siapa perempuan yang beli downy you. Nama dia Kim Haeyo. Roomate dengan Ong Jaeni. You kenalkan Ong Jaeni? Perempuan yang berani tengking you sebab you marah dia guna soflan. I takut dia bawa pengaruh tak elok dekat budak baru yang beli downy you tu. Silap hari bulan dia hasut budak baru tu untuk rosakkan downy tu. Poor me! I baru nak try guna downy adorable tu." Panjang Nayeon bercerita. Riak wajah Jungkook berubah. Makin panas hati dia dengar cerita daripada Nayeon.

"Macam mana muka dia? Aku nak jumpa."

"Kita orang tak kenal muka dia, okay! Nama dia pun, kita orang tanya Jiwon." Balas Irene membuatkan Jungkook mengeluh.

'Oh my god! Aku beli downy tiga kotak pun dah tersebar atau diorang je yang sibuk nak raih perhatian jantan ni dengan menggunakan tajuk 'tak sempat nak beli downy sebab dah ada orang beli'. Baik aku tengok muka jantan ni. Macam pernah dengar suara'. Getus hati Haeyo buat sekali lagi. Haeyo memusingkan kepalanya. Namun sangkaannya meleset jauh apabila lelaki itu sudah jauh berjalan. Masknya ditanggal ke bawah.

"Aduh, macam mana ni woi?"

"Oi, dah kenapa muka resah macam nak berak. Kau sembelit?" Pertanyaan Jaeni secara mengejut membuatkan jantung Haeyo berdegup hebat. Tangan kiri Jaeni dipukul Haeyo.

"Kau ni kan suka buat terkejut orang. Wajarlah muka aku ni resah semacam. Kau nak tahu tak yang kes aku beli tiga kotak downy sekaligus semalam?"

"Ha dah kenapa dengan kes tu?"

"Viral sia. Aku dengar perbualan dia orang tadi dengan tauke downy tu. Nama dia Jeon Jungkook kan? Parah weh, kalau Jungkook cuba cari aku. Nanti kalau dia terserempak dengan kau, cakap jelah apa-apa sekalipun tapi jangan kait dengan nama aku." Ujae Haeyo tak senang duduk.

"Haeyo, kau dengar sini. Perkara tu takkan lama. Sehari dua nanti, lenyaplah. Lainlah kalau kau dan tauke downy tu jalin cinta. Eh by the way, kau dah usha muka Jungkook tu?" Kata Jaeni separuh berbisik.

"Malangnya tak sempat!"

"Tak ada rezekilah tu. Kalau dah usha jangan angau pula. Entah-entah kau yang benci downy tiba-tiba suka downy. Ha ha tak tahu."

"Ey tak kuasa aku."

💍

Saya datangkan part 9 seperti yang dijanjikan🌹 thanks ah wei terharu milky sebab dah capai 200 vote and 400++ view.🍇

↪Tauke Downy↩ ◽ jjk ✔Where stories live. Discover now