Aku cuba melelapkan mata walaupun sukar. Beberapa saat kemudian, terdengar alunan bacaan ayat-ayat suci dari Anaqi di dalam solatnya.

Aku berpura-pura tidur sebaik mendengar Anaqi memberi salam.

Sangkaanku bahawa Anaqi akan terus keluar dari bilik setelah dia selesai solat meleset apabila aku merasakan tilam di sebelahku tenggelam.

Tubuhku yang berselubung dengan comforter disentuh.

"Sayang..," panggilnya lembut.

Sengaja aku tidak menyahut. "Sayang, sorry okay?" Ucapnya. Perlahan-lahan tangannya memegang comforter lalu diselak. 

Aku menutup muka dengan lengan.

Kali ini, lenganku pula disentuh dan dialihkan dari muka. "Jangan kacau saya!"

"Aku minta maaf. Aku tak sengaja nak tinggikan suara tadi..," katanya. Tangannya memegang bahuku dan mengangkat tubuhku supaya duduk menghadapnya.

Mataku masih terpejam. Aku tak nak tengok muka dia. 

"Look at me," ujarnya penuh sensual. Daguku dipegang.

Aku menggeleng. "Saya tak nak tengok muka awak.."

"Sayang, please. Pandang aku. Aku akan explain kat kau pasal tadi".

Perlahan aku buka kelopak mata. Anaqi tersenyum. Lelaki itu menyandar pada kepala katil. Tangannya menarik aku supaya mendekat.

Sebaik sahaja aku duduk di sebelah, Anaqi mencapai tanganku dan digenggamnya. Lelaki itu berdehem sebelum memulakan bicaranya.

"Esok, aku nak bawa kau pergi jumpa someone. Lepas tu baru aku akan ceritakan semuanya. Boleh?". Matanya memandang anak mataku.

"Kenapa tak boleh cerita sekarang? Tadi awak kata nak explain?"

"Esok. Aku janji esok aku ceritakan. No more secrets..okay, sayang?"

Akhirnya aku mengalah lalu mengangguk.

"Tapi saya nak tahu satu dulu. Siapa Farahin pada awak?" Soalku. Kedengarannya seperti cemburu namun aku tak peduli.

Sejak dari pertemuan pertama tadi lagi aku terus berteka-teki. Anaqi tersengih. "Cemburu?"

"Answer me, Anaqi," desakku.

"Okay-okay. Kau rasa?"

"Hurmm.. mesti ex-girlfriend awak, kan?". Lelaki itu menggeleng.

"Wrong. Farahin is just my old friend. To be exact, my best friend...," jawab Anaqi sebelum menyambung. "..was my best friend.."

Aku termangu. Was? "Maksudnya, sekarang bukan lagi kawan baik awak?" 

"Dalam kamus hidup kau, ada perkataan sabar tak? Kan aku dah janji nak cerita semuanya esok?"

"Ish, suka buat saya tertunggu-tunggu. Tak sukalah," rajukku.

"Tengok? Tadi kau kata okay? Sekarang dah jadi tak sabar.."

"Yelah, saya curiouslah dengan hubungan awak, Farahin dengan Izad tu," balasku.

"Dah, tak payah fikir. Esok kau akan tahu juga. Sekarang, jom!"

"Yelah! Saya tunggu. Kalau awak mungkir janji, saya tak nak kawan awak lagi, tau?"

"Iye, aku janji. Dah, jom turun. Aku lapar ni," rengeknya.

Aku mengikut Anaqi turun dari katil, meninggalkan bilik kami. Menapak sahaja ke tingkat bawah, mama dan papa sedang bersantai di depan kaca televisyen.

ULYA MIKAYLA ©️Where stories live. Discover now