M.M | 19 🔥

3.6K 201 4
                                    

"K-Kauuuu?!!" jeritku kuat.

Kelibat dihadapanku tersenyum lebar sehingga tersembul keluar lesung pipinya.

"How are you? Kenal aku lagi?" kata kelibat itu.

"Ethan Frank!! How are you, bro!!" jeritku lagi lalu memeluk jejaka yang ku panggil Ethan.

"Ohhh, jadi kaulah ni kononnya nak bunuh Ryan. Meh aku sekeh kepala kau!" lantas aku menyekeh kepala Ethan yang berada dihadapanku.

"Edward macam mana? Dia okay tak?" tanya Ethan yang sedang membetulkan rambutnya yang sudah serabut selepas aku sekeh.

"Alololo, macam comel je" kataku sambil memegang dagu Ethan.

"Eih, gelilah bodoh. Jangan nak jadi kunyit kat sini boleh tak? Salah ke aku rindu dia? 3 tahun tak jumpa doh" ujar Ethan selepas mengalihkan tanganku daripada dagunya.

"Aku nak buat surprise untuk Edward. Engkau- boleh tolong aku tak pergi beli barang party?" ujar Ethan dengan mimik muka comel bercampur sedih.

"Dah, jangan nak sedih sangat. Jom aku teman kau beli barang untuk birthday party. By the way, kau nak party kat mana ni?" tanyaku seraya meneguk air Ethan.

"Dekat rumah aku jelah. Aku dah bagitau dah maid aku suruh kemas ballroom. Eh, jomlah kita pergi beli barang tu" ujar Ethan seraya menarik aku untuk berdiri.

"Kejap kejap. Aku nak call awek aku. Nak mintak tolong dia teman kita. Kalau nak shopping, lebih-lebih lagi shopping untuk party, adalah lebih baik kita membawa seorang gadis agar mampu mengurus kewangan kita" ujarku panjang lebar sebelum menelefon Bella.

"You talked like a pro, man!" ujar Ethan perlahan namun masih dapat aku dengar.

"Beb, boleh teman aku tak? Eh, tapi kalau diorang tanya kau nak pergi mana, cakap je aku ajak kau keluar breakfast. Kau sampai sini, aku bagitau hal sebenar. Aku dah send location dekat whatsapp dah. See you there!" Talian aku putuskan.

"Jom! Kita jumpa dia dekat mall" ujarku kepada Ethan, kembar Edward sambil memegang bahunya.

***

"Hah, apa hal kau yang sebenar sangat tu?" Bella menegurku setelah melabuhkan punggungnya disebelahku.

"Siapa ni?" tanya Bella kehairanan melihat Ethan yang sibuk bermain telefon di sebelahku.

"Ni kembar Edward, Ethan. Ethan, ni adik Alvyn" aku menepuk paha Ethan yang sama sekali tidak menyedari kehadiran Bella.

"Alvyn? Alvyn yang takut pegang pistol tu?" Ethan memberhentikan aktiviti bermain telefonnya.

"Haa. Tapi sekarang, kalau kau nak dia bunuh kau, boleh je" sengaja aku mengusik Ethan.

"Fleka" Bella menghulurkan tangannya kepada Ethan.

"Ethan" Ethan menyambut huluran tangan Bella.

"Eh, jomlah pergi cari barang. Kang lewat, tak sempat nak hias dewan" ujarku lalu menarik tangan Bella.

"Kau...... Jeles ?" Bella mendekatiku sambil tersengih bak kerang busuk.

"Tak" jawabku sepatah.

Miss MafiaWhere stories live. Discover now