M.M | 11 🔥

4.3K 238 2
                                    

ARABELLA FLEKA POV

Aku masih tidak dapat melelapkan mata. Masih memikirkan tentang keberadaan daddy dan Aidyn.

Flashback

"Aidyn!" Jeritan Alvyn bergema di ruang tamu rumah agam milik daddy.

Aku turut mencari Aidyn di segenap ruangan. Rayyan dan Ryan pula mencarinya di tingkat dua manakala Edward dan Airis mencari Aidyn di tingkat tiga.

Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke ruangan dobi, mataku tertumpu pada satu kotak berbalut di atas meja makan. (Dalam scene ni, ruangan dobi terletak bersebelahan dengan ruang makan)

"Bro" aku memanggil Alvyn yang berada di ruangan dapur. Mataku masih tertumpu pada kotak berbalut di atas meja. 

"Kenapa?" Teguran Alvyn membuat bahuku sedikit terangkat. Aku mengangkat kotak berbalut lalu didekatkan kepada Alvyn.

"Birthday aku lama lagi"

"Bukan lah! Tadi aku nampak kotak ni atas meja" Aku menidakkan omongan Alvyn.

"April Fool dah limpas kan" tanyaku kepada Alvyn.

Tangan ku dengan perlahan mengangkat penutup kotak yang dibalut kemas itu. Mulutku kumat-kamit membaca doa. Tah doa apa aku baca.

Aku perlahan-lahan mendekatkan muka ke kotak. Penutupnya aku letak ke tepi. Terdapat sebuah sampul surat berwarna coklat. Alvyn segera mencapai sampul surat itu lalu dibukanya.

"LEPASKAN BUDAK AKU"

"BAPAK DAN ADIK KAU ADA DENGAN AKU"

"KAU NAK DIORANG HIDUP?"

"BUAT APA YANG AKU SURUH"

Satu-satu kertas bersaiz A4 dibaca yang ditulis seperti menggunakan darah.

END FLASHBACK

Lamunan ku tersentak apabila aku terdengar bunyi ketukan pintu.

"Masuklah, pintu tak kunci" jawabku apabila mendengar ada yang memanggil namaku.

Pintu terkuak luas. Kelibat Ryan muncul di muka pintu.

"Babe, diorang panggil kau. Katanya nak plan untuk serangan di gudang beras tu esok" ujar Ryan sambil mengorak langkah mendekatiku.

Aku mengangguk lalu berjalan mendekati Ryan. Lengannya aku rangkul. Aku mengukir senyuman lalu kami bersama-sama mengorak langkah keluar.

Sebaik sahaja pintu lif terbuka, kelihatan Rayyan yang duduk betul-betul berhadapan dengan pintu lif. Aku menyedari perubahan mukanya apabila aku memegang lengan Ryan.

Aku mengambil tempat di sebelah Edward dan berhadapan dengan Rayyan. Ryan pula duduk disebelahku. Muka Rayyan yang putih mulus bertukar merah melihat perbuatan selamba Ryan.

"Jangan nak cemburu sangat. Aku tak cium dia lagi lah" tegurku selamba. Semua mata tertumpu pads Rayyan. Dia menunduk malu apabila aku tegur.

"Woah, someone in love yah?" Edward mengukir senyum sinis.

"Kata tadi nak plan" Rayyan cuba menukar topik. Alvyn, Aland dan Airis hanya tersenyum melihat perlakuan kami yang suka sangat mengusik Rayyan.

"Okay sorry. Muka kau comel sangat bila marahAHAHAHAHAH"

Aku melepaskan ketawa apabila Rayyan mencebikkan mulutnya.

"Dah, jangan usik sangat budak ni. Karang nangis hah. Okay, so amacam esok?" Aland memberhentikan perbuatan terkutuk kami.

"Esok kita akan bertolak pukul 8 pagi. Serangan kita akan buat pukul 12 tengah hari." terang Alvyn.

"Rayyan dan Bella tunggu kat luar. Edward, Airis, Aland dan aku akan mula menyerang. Memandangkan headhunter sorang tu dah ada, kita bawa dua-dua. Mike akan serang dari atas atap. Steven akan tolong Mike buat serangan balas apabila diorang serang kita balik. Rayyan dan Bella akan masuk apabila aku arah" Panjang lebar Alvyn menerangkan.

"Tapi, kita nak communicate macam mana?" Edward mengutarakan soalan.

"Wireless earphone" jawab Aland selamba.

Semua yang berada di situ mengangguk apabila Aland menunjukkan satu benda agak kecil berwarna putih.

"Dah! Pergi tidur, esok pack barang. Semua kena bangun pukul 6 SHARP!" Sengaja perkataan 'SHARP' ditekan untuk menunjukkan ketegasan.

🌸🌸🌸

Sorry for the very slow update, lately ni always busy. Dengan nak beli barang sekolah, nak attend wedding family lagi. Takde masa nak update. Tambahan pula mood always barai. But, i promise, after this i'll try to update more and more 😘❤

BTW, HAPPY NEW YEAR GUYS! AUTHOR HARAP 2019 NI LEBIH BERMAKNA DENGAN VOTE YANG KORANG BAGI! 🤗😘❤💙💜💝💞

VOTE TAU! LOVE YALLS! ❤💙😘

Miss MafiaWhere stories live. Discover now