M.M | 18 🔥

3.9K 196 6
                                    

ARABELLA FLEKA POV

"Jaga diri elok-elok tau. Alvyn, jaga Bella elok-elok. Anything, just call me" ujar Daddy sambil memandang Alvyn.

"Attention to first-class CK Airlines passengers, you are asked to be ready in the waiting room as the plane will land within 5 minutes"

"Gotta go now! Take care of yourself, my princess" ujar Daddy seraya memelukku. 4A turut memeluk Daddy (4A is Alvyn, Aland, Airis and Aidyn) Setelah selesai sesi family-hug, Daddy terus menarik bagasinya untuk bersedia di ruang menunggu.

"Daddyy jangan lupa call kalau dah sampai tau! Love you!" jeritku sambil melambai ke arah Daddy yang sudah jauh di hadapan.

Sebaik Daddy hilang dari pandangan, Aidyn bersuara.

"Jom tengok wayang nak?" cadangnya.

"Em.. Tak nak lah. Better tengok wayang dekat rumah. Ajak sekali Geng Rayyan" cadang Alvyn pula.

"Okeylah kalau macam tu. Aku pergi beli popcorn. Sementara korang tunggu aku, Alvyn call Rayyan. Ajak diorang datang rumah" arah Aidyn lalu bergerak ke arah kereta mewah miliknya.

Aku hanya memerhati mata-mata yang memandang Aidyn yang mula hilang dari pandangan.

Aku, Alvyn, Aland dan Airis berjalan ke arah kereta mewah masing-masing yang betul-betul berada di hadapan pintu masuk lapangan terbang.

"Kau perasan sesuatu tak" bisik Alvyn kepadaku.

"Perasan apa?" tanyaku kehairanan.

"Macam ada orang ikut kitalah" ujarnya lagi.

Aku perlahan-lahan menoleh ke belakang dan kelihatan seorang lelaki memakai hoodie hitam yang menutupi mukanya. Dia juga memakai mask berwarna hitam menyebabkan aku tidak dapat mengenalpasti wajahnya.

"Jangan pandang lama-lama. Aku dah atur strategi dalam otak aku ni. Nanti dia lari" kata Alvyn sambil menyiku tanganku.

Kami berjalan seolah-olah tiada apa-apa yang berlaku. Ketika masing-masing sudah memasuki kereta, kedengaran bunyi tembakan dari arah kaki lima lapangan terbang.

"Weh! Sekarang, aku nak korang buka dashboard kereta masing-masing dan ambil pistol kat dalam tu. Fleka, dalam dashboard kau, aku letak Revolver" suara Alvyn bergema di ruangan kereta. Kami berhubung menggunakan radio kereta yang sudah diatur oleh Rdward agar mudah untuk kami berhubung tanpa perlu menggunakan telefon.

Tanpa berkata apa, aku terus mencapai Revolver yang dimaksudkan. Sempat aku meneliti badan Revolver yang berwarna gangsa itu. Terdapat juga dua jaluran emas pada Revolver tersebut.

Aku segera membuka pintu kereta lalu menyerang semula lelaki tadi. Serangan lelaki itu menyebabkan banyak orang awam tercedera. Seranganku menyebabkan lelaki itu tercedera pada lengan. Dia terus berlari ke belakang lalu lenyap dari pandangan.

"Dah, jom balik" arah Airis selamba. Aku mengikut Airis masuk ke dalam kereta.

Keadaan dalam kereta sunyi. Terlalu sunyi.

"Grandpa dekat mana?" tanyaku. Saja bertanya kerana ingin memecahkan kesunyian dalam kereta.

"Somewhere that we did not even know" jawab Airis selamba.

"Kenapa kau tanya?" tanya Airis semula.

"Aku hairan. Kenapa Daddy tak nak Grandpa tau pasal aku? Aku tak pernah tengok muka Grandpa. Nama pun aku tak tau" jawabku. Nadaku bertukar sebak.

"Walter Kief Xandra"

Aku memaling muka ke Airis sebaik mendengar nama itu.

"That devil's name" jawab Airis sambil memandangku sebentar lalu kembali fokus pada pemanduannya.

Miss MafiaTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon