M.M | 14 🔥

4.3K 220 8
                                    

"Edward, cuba detect. Diorang masih dekat tempat tu ke? Ni number fon caller tu" ujar Bella seraya mendekati Edward.

Edward menyambut iPhone X milik Bella lalu memulakan kerjanya. Tangannya laju sahaja menaip sesuatu pada papan kekunci Macbooknya.

"Diorang masih di tempat yang sama. Cuma kedudukan diorang berubah" ujar Edward setelah beberapa ketika.

"Maksud kau?" soal Alvyn yang sudah melabuhkan punggungnya di sebelah Edward.

"Haritu, diorang di sebelah utara bangunan ni. Tapi sekarang kedudukan diorang berubah ke timur. Sebelah timur tingkat 3" ujar Edward kembali.

"Gudang ni ada tingkat erk? Tak tau pulak" ujar Bella

"Dahtu? Dulu gudang ni office jugak. Lepas jadi office, tempat ni jadi gudang. Tapi sekarang bisnes owner ni dah lingkup, tu yang tutup gudang" terang Edward

"Oh! Kalau macam tu, kita guna plan B" ujar Alvyn. Badan disandarkan pada sofa, kaki kanan dinaikkan ke paha kaki kiri dan tangan disilangkan ke dada.

"Tapi plan B kita tak cukup ahli" Kata Bella seraya melabuhkan punggung di hadapan Edward.

"Said who?" muncul kelibat di muka pintu.

"Ryan!" Bella mendekati Ryan sambil mengukir senyuman lebar.

Langkahnya terhenti apabila kelibat Rayyan muncul di muka pintu. Senyuman manis hilang dibibir. Ketika dia cuba untuk berpusing ke belakang, tangannya ditarik dan digenggam rapi.

"Just let me go!" Bella separa menjerit

"I won't sampailah kau cakap kau dah maafkan aku" Rayyan cuba bertindak tenang apabila Bella meronta ingin dilepaskan.

"Sumpah aku tak sengaja naikkan suara dekat kau. Aku tak sengaja marah kau. Tahap cemburu aku makin membuak lepas aku nampak Ryan peluk kau. Aku nak minta maaf" Rayyan membuat suara menggoda. Rontaan Bella terhenti apabila mendengar perkataan 'maaf'.

"Okey aku maafkan! Puas hati!? Lepaskan aku!" kali ini suara Bella naik satu oktaf.

Genggaman tangan semakin terlerai. Senyuman terukir di bibir Rayyan.

"Thanks babe!" Jerit Rayyan sambil mencium dahi Bella.

"Euw! Suka hati je nak cium aku" Bella menjauhkan diri dari Rayyan.

"Dari tadi duk tengok drama live ja ni. Bilanya nak gerak?" Edward membuat muka loya

" Tau arh engko dengki dekat aku. Yelah kau ann takde awek" Sengihan Rayyan mengugat Edward. Edward mengetap gigi sambil menaikkan jari hantu. Beso kecik beso kecik je aku tengok jari dia naik.

Alvyn yang melihat perlakuan mereka hanya menggeleng kepala.

"Woi! Jom lah gerak! Bapak aku tu" Alvyn menjerit apabila keadaan bertukar riuh.

"Baby aku ada tak?" Tanya Ryan kepada Edward

Bomber jacket hitam diselak ke tepi. Kelihatan sepucuk Revolver terselit rapi di tali pinggang Edward. Ryan tersenyum manis apabila melihat babynya.

"Come to me, darling!"

Revolver bertukar tangan. Ryan menyeluk poket seluarnya lalu mengeluarkan sehelai sapu tangan berwarna hitam. Revolver dilap dengan penuh penghayatan. Sambil itu kaki mengorak langkah keluar untuk memulakan misi.

***

"Kau nak pergi ke mana hah? Halah halah dah OKU pun masih nak melawan eh? Meh aku tolong. Sakit ye jatuh" Steven mendekati Tiger yang terduduk di atas jalan raya.

Miss MafiaWhere stories live. Discover now