M.M | 16 🔥

4.2K 226 12
                                    

"Finally! Dapat jugak balik Rusia!!!" Bella menjerit kegembiraan dihadapan private jet milik King.

"Next time, kalau ada masa, datanglah sini lagi ye. Mickey boleh bawa jalan-jalan dekat resort aunty." ujar Martha.

"Nanti kitorang datang sini tau, aunty. Kan MICKEY?!" sengaja perkataan 'MICKEY' ditekan agar Mike mendengar nama manjanya disebut Bella.

Mike yang sibuk mengangkat luggage ke tepi private jet terus menoleh apabila namanya dipanggil.

"Hah yelah. Kau tunggu dalam plane nanti. Taulah aku nak buat apa dekat kau." ugut Mike sambil mengecilkan matanya.

"Okeylah, aunty. Gotta go now. Aland and Airis tak habis-habis mesej Bella tanya bila sampai Rusia" ujar Bella lalu memeluk Martha. Entah kenapa dia berasa selesa berada dalam pelukan Martha. Mungkin kerana sudah lama dia tidak merasa kasih sayang seorang ibu.

"Take care of yourself, Mickey. Jangan naughty tau. Rayyan, tolong tengok-tengokkan Mickey ni. Kalau dia naughty, tarik telinga dia." kata Martha sambil menjeling Mickey.

"Halah halah mummy ni. Yelah mummy. Tak naughty dah. Dulu je" Ujar Mike sambil mengenyitkan mata.

Setelah selesai sesi peluk-memeluk, semua menarik luggage ke atas plane. Kecuali Bella. Yes Bella. Luggage milik Bella ditarik oleh Rayyan sedangkan Bella hanya bersenang-lenang naik ke private jet.

"Mendarat di markas" arah King sebaik sahaja masuk ke private jet. Private pilot itu mengangguk faham sebaik menerima arahan daripada King.

Untuk pengetahuan readers, private pilot ni juga salah seorang daripada ahli Russian Mafia.

Usai daripada tandas, mata Rayyan tertumpu pada Bella yang duduk membelakanginya. Dia tersenyum lalu menghampiri Bella.

"Jangan sed.." belum sempat Rayyan menghabiskan ayatnya, dia melihat Bella yang lena dibuai mimpi.

"Hm, takpelah. Sleep well princess" ujar Rayyan sambil mencium dahi Bella.

Dia mengambil tempat duduk berhadapan dengan Bella lalu ikut melangkah ke alam lain.

Skip arrived at Rusia

"Huahhhhhhhh!! Dah sampai ke?" Bella menguap sambil menggosok-gosok matanya.

"Evening, Miss Xandra" Ujar Ryan yang berada ditepinya. Ke mana yang lain? Entahlah.

"Mana yang lain?" tanya Bella terpinga-pinga apabila hanya mereka berdua di situ.

"Ada dekat dalam markas. Tengah urus Tiger lembik tu. Rayyan suruh aku jaga kau." jawab Ryan. Milk tea dan waffle yang terletak elok di atas meja di hadapan mereka dicapai lalu dihulurkan kepada Bella.

"Nah. Aku buat sendiri." ujar Ryan selamba.

"Takde racun ke? Tapi aku nak smoothie. Tak nak milk tea." Perangai manja Bella keluar.

"Manjanye engko ni. Kejap aku call Rayyan. Nak bagitau aku bawa kau pergi makan." ujar Ryan lalu berdiri dan menekan sesuatu pada telefonnya.

"Bro, aku bawa bini kau pergi makan tau. Dia nak smoothie sekali. Nak kirim apa-apa tak?" kata Ryan.

"Itu je? Okay. Dalam masa 30 minit aku datang markas" kata Ryan lagi sambil memandang jam tangan di tangan kirinya.

Miss MafiaOn viuen les histories. Descobreix ara