~~~
Majlis tahlil sudah pun selesai. Ramai tetamu sudah pun pulang. Keluarga Encik Adam berkumpul di ruang tamu.

"Habis juga hidangan kita." Kata Irdina. Dia melihat lauk-pauk habis licin dimakan oleh orang serta dibungkus.

"Habislah sangat. Sepatutnya terima kasih dekat kita orang, kau tu asyik tidur je." Balas Izhar.

"Apa abang ni, Dina mebuk lautlah. Takkan Dina nak tolong kalau condition Dina macam ni." Kata Irdina.

"Yelah tu mabuk laut. Entah-entah, mabuk mengandung. Am I right?" Soal Izhar.

"Yeke Dina? Dah berapa bulan?" Soal Puan Iffah pula.

"Hesy ibu ni. Takkan Dina pregnant. Macam-macamlah ibu ni. Dina kan memang mabuk laut kalau naik feri." Nafi Irdina.

Nazran pula seperti kerang busuk. Irdina menjeling Nazran. Haih, aku bini dia, patutnya back up lah sikit. Ini tak, lagi nak provoke aku.

~~~
Cuti mereka berbaki tiga hari lagi. Irdina dan Nazran sudah pun sampai ke rumah banglo yang mereka didiami. Syukur kerana perjalanan mereka lancar. Alhamdulillah.

Nazran rehat di bilik mereka. Sangat penat apabila dikira masa yang diambil untuk sampai ke sini.

Irdina mahu ke stor untuk mengambil barang. Stor itu penuh berselerak. Irdina memulakan kerja-kerja mengemas.

Selesai mengemas, baru Irdina berpuas hati. Irdina mahu mengambil kasut sukan lamanya. Dia mencapai lalu sebuah kotak terjatuh. Laju Irdina mennyambut kotak itu.

Kotak yang tidak pernah dilihat oleh Irdina. Irdina mula membuka kotak itu. Terdapat beberapa jenis gambar, surat dan sebagainya.

Gambar Nazran bersama bekas teman wanitanya, Maya. Dia membuka surat itu. Luluh hatinya apabila melihat benda itu.

Sayangku Maya,
Hari ini hari ulang tahun ke-6 kita berjumpa. Terima kasih kerana selalu ada dengan I waktu i susah dan senang. You selalu support I bila I down.

I love you so much sayang.
Hanya you yang faham I. Hopefully, you terima hadiah ni sebagai hadiah ke-6.

Tanpa Irdina sedar, kolam air mata sudah pun pecah. Air mata terus mengalir membasahi pipi. Dia mencapai kotak hadiah itu. Dia melihat seutas rantai. Sampai hati abang. Kenapa sembunyikan benda ni dari Dina.

"Dina... Dina...." panggil Nazran. Dia melihat pintu stor itu terbuka. Pasti Irdina ada di sana. Dia menuju ke stor itu.

"Sayang buat apa dekat sini?" Soal Nazran.

Nazran melihat mata Irdina sudah berair membasahi pipi. Pastinya Irdina sudah pegang kotak hadiah dan surat.

"Sayang itu bukan..." percakapan itu terus Irdina menyampuk.

"Bukan apa? Naz, Did you still love her?" Soal Irdina.

"No, I didn't. Sayang, please dengar apa yang abang kata." Nazran sedaya upaya mahu memujuk.

Irdina terus pergi meninggalkan Nazran. Pantas, Nazran menghalang Irdina dari naik tangga.

"Sayang." Panggil Nazran. Irdina kelihatan tunduk. Nazran menolak dagunya dengan perlahan. Rambutnya diselak tepi bagi memudahkan Nazran nampak wajah Irdina.

"Sayang. Bagi abang explain." Kata Nazran.

"Nak explain apa lagi. Dah terang-terang awak simpan lagi. Kalau awak sayang lagi, awak takkan simpan semua tu."

"Sayang. Okay, abang mengakuyang abang pernah sayangkan dia. Abang pernah cintakan dia. Tapi itu dulu. Untuk pengetahuan sayang, hati abang dah penuh sebab sayang. Tak ada ruang lagi dalam hati abang selain sayang." Terang Nazran.

"Barang-barang tu."

"Sayang, abang memang nak bagi barang tu dekat Maya tapi bila abang terdengar suara lelaki dalam rumah sewa Maya dekat Ireland, abang terus tak jadi nak bagi." Kata Nazran. Tangan Irdina dicapai lalu membawa ke arah dadanya.

"Sayang, dalam hidup abang cukup ada sayang. Hanya Irdina ada dalam hati abang. Hanya Irdina sahaja." Ucap Nazran dengan syahdu.

Irdina terkedu. Kata-katanya membuatkan hati Irdina tenang. Irdina memejamkan matanya. Menghadam kata-kata yang diucap oleh Nazran.

"Sayang nak abang buat apa dengan barang tu?" Soal Nazran.

"Itu barang abang, kan. Kenapa tanya Irdina?"

"Sebab sayang berhak atas kebaikan kita."

"Kalau macam tu,  suka hati abang nak buat apa." Kata Irdina.

Nazran mengambil plastik sampah lalu dibukanya. Dia mengambil kotak itu lalu memasukkan ke dalam plastik sampah itu. Kemudian, dia mengikat.

"Okay. No more merajuk. Abang dah buang." Kata Nazran.

Irdina tersengih. Dia terus memeluk tubuh Nazran. Dia bersyukur kerana dia memiliki lelaki yang setia dengannya.

Nazran tersenyum bahagia. Dia bersyukur kerana memilik wanita yang cepat sejuk hatinya. Mujur, Irdina tidak kuat merajuk tetapi manja.

~~~
Yeszza. Sis bagi double update hari ni. X sabar nak type penderitaan Irdina nanti. Jahatkan sis. Hahahaha. Okay, happy reading. Keep voting, comment and share!


Mr. Doktor I love youWhere stories live. Discover now