DCJ39

8 0 0
                                    

"Kau nak aku ketuk kepala kau ke?"

Aku berpaling memandang ke arah Munir. Matanya tajam memandangku. Dia sedang berdiri sambil bercekak pinggang.

"Huh! Kenapa dengan kau ni? Nak ketuk kepala pula?" soalku kehairanan.

"Dari tadi aku tengok, kau tersenyum, kau tersengih. Kau pintal-pintal hujung baju kau. Macam orang angau. Kau dah cakap kau sukakan Luqman?"

Aku mengerling ke arah Munir. Mulut tak ada insuran. Mahu saja aku sapu sambal cili padi biar pedas mulutnya.

"Belum..." jawab aku acuh tak acuh.

"Habis tu, kenapa asyik tersengih dari tadi?" soalnya lagi sambil mengerut dahi.

Aku menghela nafas.

"Luqman cakap dia nak hubungan kami lebih dari seorang kawan," jawabku sambil tersenyum lagi.

Mata Munir terkejip-kejip seolah-olah tidak percaya. Dia terus menghampiriku. Memang dasar kepoh!

"Hah! Luqman cakap macam tu ke?" soalnya lagi.

Aku mengangguk.

"Emm.."

"Kau jawab apa?"

Amboi, macam-macam dia nak korek ya.

"Tak jawab apa. Aku diam jer. Eh, minggu depan aku tak datang yer? Aku nak ikut babah dan ibu Darlynna balik kampung. Ayah long aku nak buat kenduri tahlil," terangku cuba menukar topik. malas aku nak melayan kawan aku yang seorang ni.

"Tengok tu! Kau ni memang teruk tau!" bentak Munir.

"Apa?"

"Kau sengaja ubah topik. Aku baru semangat nak dengar cerita."

Ceh! Dasar kepoh!

"Mana ada tukar topik. Itu je lah ceritanya. Kami tak sempat cakap panjang, babah dah keluar panggil dia masuk rumah."

"Ceh! Sengal lah kau ni!" marah Munir sambil menapak ke arah rak buku.

"Kau lah sengal! Wekk! Kepoh!" jeritku kembali.

"Aku ketuk kepala perempuan ni baru dia tahu," ujar Munir seraya mengambil sebuah buku yang agak tebal di sisinya.

Aku terus melarikan diri masuk ke dalam pejabat sambil tertawa.

"Min!" panggil Munir dari luar bilik pejabatku.

"Ya.."

"Berapa hari kau kat kampung?"

"Seminggu kot. Babah cakap ada banyak kerja yang perlu diselesaikan."

"Kerja apa?"

"Entah! Aku tak tanya pun," jawabku sambil memasukkan beberapa keping kertas yang bertaburan atas meja ke dalam plastik sampah.

"Maksu kau balik tak?" soalnya lagi.

Hish, lelaki ini! Suka sembang sambil terjerit-jerit.

"Siapa?" soalku kembali. Buat-buat tidak ingat siapa yang dimaksudkannya.

"Kau ada ramai maksu ke? Nadheerah la!" jerit Munir marah.

Aku tergelak kecil.

"Tak balik kot. Ayah cu aku cakap, dah tak boleh travel jauh-jauh. Tengah terus alah."

"Owh!"

Telefon bimbit aku berbunyi nyaring. Aku pantas mencapainya.

Luqman!

DUNIA CINTA JASMINKde žijí příběhy. Začni objevovat